30 April 2014

WW :Udang,Ikan,Kerang

Kampung Sg Udang,Kedah

merah bagaikan udang kena bakar
(kolam penternakan udang,Langkawi)

Lumut
jangan ditanya replika ikan apa
kerana saya tak mengenalinya
 yg ni..pun tak kenal jugak..
(tau makan ja)

makan seafood kat Teluk Tempyak,Penang...sedapppp..

28 April 2014

Resepi Sotong Rebus Serai

Menu yg sangat2 simple
tp sangat2 sedap (di tekak saya)
menu yg sangat2 familiar kat Kelantan

Sotong rebus serai


Seeloknya guna anak2 sotong
kalau yg ada telur,lagi la terangkat


-sotong dibersihkan namun jangan buang kulitnya
-kalau sotong kecik2,tak perlu dipotong2
-tp saya cuma jumpa sotong yg dah akil baligh,terpaksa la dipotong2

-2,3 batang serai,diketuk2
-seulas bawang putih,diketuk
-sebiji bawang besar/atau bawang putih
-garam dan sedikit gula melaka atau serbuk perasa
-kalau nak pedas,tambah cili padi

campurkan kesemuanya dan rebus
jgn masukkan air terlalu banyak
cukup sekadar tenggelam sotong tu ja
saya suka kepala sotong

27 April 2014

Sambal Belacan Lebih Sedap

...cinta itu boleh diumpamakan 
bagai makan sambal belacan, 
walau pedas,
 hingga mengalir air mata, 
masih mahu dimakan jua..

 Alleycats - Cinta Sambal Belacan (Cinta Itu)  

haha..sambal belacan pun boleh dijadikan lirik lagu 

 Membuat sambal belacan mmg mudah
 tp menghasilkan sambal belacan yg sedap,
 memerlukan sedikit kerajinan

 1 ) Pilih cili yang segar sahaja. 
 Jika ada bahagian yang sudah lembik atau layu, 
 akan mempengaruhi rasanya.
2) Tumbuk cili bersama garam terlebih dulu.
 Lepas itu baru masukkan belacan atau bahan lain jika ada.
 Ini kerana garam akan lebih mudah meresap ke dalam cili
 berbanding jika dicampurkan kesemua bahan lain sekaligus.

(belacan hendaklah dibakar 
atau goreng tanpa minyak sekejap)
3) Guna lesung batu atau batu giling. 
Tapi ramai yang gunakan blender sekarang
-sebab nak cepat …( termasuk saya)
-sbb tak mau pijar tgk kepanasan terpercik cili

tumbuk ya puan2,
sambil buat senaman lengan

berbagai bahan tambahan boleh digunakan
utk 'meng up kan' rasanya
boleh tambah seulas dua bawang putih
atau sedikit ikan bilis
buah bacang atau kuini 
amat sedap jika dicincang dan gaul kedalam sambal belacan

semua jenis ulam2an sedap dicicah sambal belacan


tarik..tarik..petik..petik..pucuk gajus
sampai terkopak dahannya
(dan masalahnya..pokok ni kt rumah org haha)

25 April 2014

Terlalu Sensitif

Saya melihat gambar tersebut tahun lepas
secara tak sengaja
gambar apa??

Gambar ulat dalam mata
akibat pakai contact lens murahan
(sila google kalau nak tgk mcm mana)

Yang saya cuba sampaikan ialah
tiap kali saya teringat gambar tersebut
saya geli geleman dan rasa 'kembang pipi'...nak termuntah..
rasa menyesal tak sudah kerana melihatnya...

Ada sesetengah orang
jika ada org bercerita
sesuatu yg kurang enak didengar,dipandang
dia selamba ja walaupun tengah makan

ada pulak..walaupun hanya mendengar,tanpa melihat
terus termuntah2...

haha daya imaginasi yg sungguh tajam...

(anak saya ,Eleena termuntah bila saya
cerita kes ada cicak dalam teh ais)

OVER SENSITIF..!!

Walau bagaimanapun sensitifnya korang
rasanya tak boleh 'lawan'
deria sensitif cucu saudara saya ni

Hafiz yg dipanggil Along,berumur 8 th


Ketika dia buang air besar-dia muntah

Tengok budak2 kecik buang air besar pun dia muntah

Dia tengok pampers yg dah digunakan-muntah

Dia terkentut-muntah

Dengar/terbau orang kentut-muntah

Dia tengok taik ayam/kambing-muntah

Dia tengok tong sampah yg tak ditutup,berbau-muntah

Dia terbau ikan dalam periuk yg sedang direbus-muntah

Pendek kata,matanya tak boleh melihat benda2 kotor
Hidungnya tak boleh tercium bau kurang enak

Muntahnya bkn main2..bkn manja2 gitu
tp dh ala2 perempuan mengandung

kalau diajak kerumah sedara mara/jiran
dia kan bertanya

"tandas rumah dia busuk tak.."

Sebabnya jika dia terasa nak buang air dirumah org
dan tandasnya tak bersih
dia akan mengamuk ajak balik rumah sendiri...

Normal tak budak ni..??

23 April 2014

Sama Tapi Tak Serupa

Saya memang fail bab2 mendeko dan props segala bagai
bila mengambil gambar
saya hanya fokuskan  pada objek tersebut saja
takde nya nak sediakan benda2 lain sbg latar

Berbanding anak saya,Alia
lps masak,berjam2 pulak menyediakan props
(props means peralatan pentas, benda penyokong,)

cuba bandingkan hasil kerja saya
yg sangat kaku,tak kreatif
berbanding hasil kerja si anak
(dan dia biasanya gelakkan saya)

dikiri adalah kerja saya
manakala gambar kanan adalah hasil kerja Alia

ya..makanan yg sama tp gambar oleh individu yg berbeza

mee hailam yg saya masak kelmarin
dan mee hailam yg dimasak Alia
dgn carrot berbunga2 bagai...





bila dia dah takde..
saya terpaksa 'berimaginasi' sendiri ketika mengambil gambar hehe

(Alia mengadu sekotak markernya yg berwarna warni 
berharga lbh rm50
lesap dikebas housemate sendiri...
hmmm budak U pun perangai tak senonoh ..panjang tangan)

22 April 2014

Resepi Mee Hailam

Waktu siang cuma tinggal 3 beranak ja kat rumah
suami  pula berazam tak mau makan malam
dalam usaha mengurangkan keadaan perut yg makin kedepan

Anak2 pulak jenis makan apa yg ada
(lagi la senang keje mak nya)

-tumis bawang merah dan bawang putih
yg telah diblend/tumbuk
-masukkan cili kering yg telah diblend
(kalau malas,guna ja cili boh)
-bila telah naik baunya,masukkan air
-masukkan kicap dan sos tiram
-masukkan isi ayam yg dipotong dadu,udang dan sotong
-saya tambah seketul kiub ayam Knorr
-kalau suka,masukkan serbuk lada hitam
-akhir sekali masukkan tepung jagung
yg dibancuh dgn air

sayur2an tu dimasukkan ketika nak makan
yalah kalau masukkan kesemuanya
lecur pula bila asyik dipanaskan kuahnya



21 April 2014

Pemberian Terbaik





Ketahuilah bahawa pemberian itu dalam berbagai bentuk bentuk... 

 - Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, 
adalah suatu pemberian.... 

 -Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) 
adalah suatu pemberian... 

 - Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

 - Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi. 

-Pemberian terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang

 -Pemberian terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah

 -Pemberian terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian

 -Pemberian terbaik untuk isteri adalah penghargaan

-Pemberian terbaik untuk suami adalah kesetiaan 

-Pemberian terbaik untuk anak adalah pendidikan

 -Pemberian terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran 

-Pemberian terbaik untuk org yg tak dikenali adalah senyuman 

-Pemberian terbaik untuk Rasulullah adalah selawat



Sentiasalah Bermurah Hati Untuk Menghadiahkan
 Sesuatu Kepada Insan Di Sekeliling Kita,
Kerana Pemberian Kita Hari Ini,
Adalah Ganjaran Untuk Hari Esok..

19 April 2014

Cara Meredakan Sakit Hati Dan Marah

"Jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya,
maka  sesungguhnya iblis telah berkuasa keatas dirimu.."

(Al Hujuraat : 49)


CARA MEREDAKAN SAKIT HATI DAN MARAH

*beristighfar
 *berlapang dada -tarik nafas dalam dan hembus mellaui mulut
 *elakkan dari bermasam muka 
 *anggaplah ini ujian Allah untuk menguji kekuatan iman
 *berwuduk dan solat
 *baca Al-Quran.. inshaa Allah tenang.
 *solat sunat 
 *menangis.. mengadulah pada Allah
 *berdoalah agar diberi kekuatan jiwa 
 *maafkan orang yang telah menyakiti hati kita 
 *pandanglah sesuatu yang menenangkan dan cantik 
 *tidur

pssttt...tgk cermin masa marah tu..cantik tak muka masa tu..
silap2 nampak tanduk kat kepala..:)

18 April 2014

Roti

Setiap hari membeli roti
Yang dalam plastik bersimpul 
adalah kulit roti yg ditolak tepi

Semakin tinggi nilai GI
semakin baik roti tersebut utk dimakan

  kulit roti yg terkumpul
jangan dibuang...tak baik membazir
sedap jika dicampur dalam adunan cekodok

atau ..kalau rajin..bolehlah dibuat bengkang roti

 sedap nak habaqqq...


kalau rajin,simpan tag harga ni
tp banyak yg dibuang...

17 April 2014

Award Untuk Top Commentator

Mereka rajin mengomen pada setiap entri
Mereka membuatkan saya tersenyum sendiri
Walaupun kebanyakan komen tak sempat dibalas


           http://anumzakie.blogspot.com/          

            

16 April 2014

Pucuk Cemumar & Ikan Lengat

Sebenarnya ni pertama kali saya melihat / mengetahui
akan kewujudan pokok ni
Cemumaq a.k a cemumar

di utara disebut cemumaq

haha jakunnya saya,sehingga terpaksa google utk 
mengetahui khasiat serta kegunaan pokok ni

Cemumar biasa dijadikan ulam dalam makanan harian masyarakat Melayu
 terutamanya di kawasan utara seperti Perlis dan Kedah. 
Daunnya mempunyai bau yang kuat dan menusuk hidung. 
 Tergolong dalam keluarga yang sama dengan daun Kari, 
Cemumur mempunyai daun yang seakan sama 
dengan daun kari tetapi saiz daunnya lebih besar. 
Daun ini panas dan biasa digunakan bagi mempercepatkan 
proses pmeraman buah-buahan seperti nangka, cempedak dan pisang.

KEGUNAANNYA 
 Cemumar dikatakan mempunyai khasiat tenaga batin
 apabila pemakanan sebagai ulam diamalkan. 
Ini disebabkan oleh sifatnya yang panas dan
 ia juga dapat membantu melacarkan pengaliran darah. 
Namun, pengambilan tumbuhan ini perlu dilakukan
 dalam kuantiti yang sederhana kerana ia terlalu panas.
saya suka makan ulam tp pucuk cemumar ni tak tertelan..
dipetik dan dibawa balik oleh suami dan...dia sendiri pun tak lalu makan..:)

Ikan Temenung Lengat

Lengat adalah kukus
ikan temenung pulak adalah ikan kembung
ikan ni dijual yg telah siap dikukus ya
so tak perlu susah payah menbersihkannya lagi

sedap samada digoreng bersama bawang besar,cili dan halia
pastu perah jus limau

ataupun dibuat masak asam
ala..buat air asam
-bawang besar didadu,cili merah,cili padi,air asam jawa,belacan,garam ,tomato

15 April 2014

Kala Malam Bulan Mengambang

Hari ni
15 April = 15 J,Akhir
Bermakna 74 hari lagi Ramadhan akan disambut
(ada yg tak ganti puasa lagi ke..)

14 April 2014

10 Pantai Tercantik Di Asia

Pantai2 di Malaysia
tak tersenarai sbg pantai
yg tercantik di Asia

Ia dimonopoli oleh India,Thailand dan Filipina

10 pantai tercantik di Asia

1) Pantai Agonda,Gao India
2) Pantai Cavelossim,Cavelossim,India
3) Pantai Radhanagar,Pulau Havelock,India
4) Pantai Nai Harn,Karon,Thai
5) Pantai Phra Nang,Krabi,Thai
6) Pantai Railay,Thai
7) Pantai Secret Lagoon,El Nido,Filipina
8) Teluk Yalong,Sanya,China
9) White Beach,Boracay,Filipina
10) Pantai Yapak,Boracay,Filipina


Pantai2 di Malaysia tak cantik kah?
ni Pantai Irama ,Bachok,Kelantan


yg ni kat Gertak Sanggul,Penang
maaf cakap..pantai2 kat penang tak layak utk mandi

pantai batu burok,terenganu
pasir pantainya sangat halus,putih dan gebu

13 April 2014

Oral B Supernova 3-Undangan Nuffnang

Beberapa undangan dari Nuffnang
utk menjayakan kempen sebelum ni
telah terlepas pandang
tengok2 dah tamat tarikhnya

Saya pasti ramai pemilik akaun Nuff terima undanagn blogbuster ni,kan..

Saya bukanlah org halus seni yg punya idea kreatif
amik gambar pun keras kejung ja


Here's a summary of what you need to do: 
1. Record a short video (approx. 10 seconds) 
creatively based on the brief below in your own preferred language.
 Please note that video should not be a reproduction of client's materials 
(purely copy paste images) 
and should include your own recordings. 

2. Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos.

 3. If your video(s) is chosen for the campaign, 
it will be shown on the ad displayed on your blog. 
Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.

 4. Please note that approved videos will be compressed and a 5-sec branding clip will be added to the end of your video. 
 You will earn: RM0.50 for each complete play of the video that is shown on your ad unit (this rate applies to Glitterati members only). 

 For more information: Video reference – (Lisa Surihani Video and FB App)https://apps.facebook.com/oralbrethink/?fb_source=search&ref=ts&fref=ts Brief: Who can make their friends “voice it out” first in 15sec? -Relate the video with Lisa’s FB App, make it as a challenge/prove/experiment. Record a video: - Bloggers saw FB App and Lisa says “garlic is the bad breath king”. - Bloggers challenge and eat a lot of garlic/petai/local favourite stinky food then purposely walk close to friends and talk non-stop, just to make their friends feel nausea/smelly of the garlic smell. - Until the friend couldn’t stay with it anymore and complaint: “Why didn’t you brush your teeth or why your mouth stinky etc!?”. - After all, bloggers show it’s actually an experiment and agree to the FB App to #ReThinkYourMouth. -Bloggers to encourage readers to rethink what have you done to protect your mouth and see what Lisa says – FB App. Video to be with an Oral B end tag. Your video should also include the below message, and this message should appear for at least 3 secs (either in text or speech): 
ReThink Your Mouth today and give your mouth the best oral protection!

 Big Idea:
 Rethink your mouth! -Make them realize that mouth plays an important role in a day to day life but currently limited care was given to oral care

 IMPORTANT:
 Do not wear any red and green coloured clothings. 
No product placement required in the video. 
Do not show any competitor brands in the video.

Upload Video: 

1)You may upload up to 5 videos per campaign, 
all of which will be displayed on your blog on a rotation basis

2) The duration of each video should not exceed 15 seconds

3) Note that approved videos will be compressed and branding may be added to the end depending on the requirements of the campaign 

4)Autoplay will be enabled on videos for first-time viewers, after which users will be required to click on the video if they wish to play it again 

5)Supported video formats: MOV, MPG MP4, 3GP, FLV and M4V 

6)By uploading this video, you are allowing Nuffnang the rights to modify,
 reproduce, and distribute this video for any purpose.

11 April 2014

Camera Museum (Part 2)



Muzium Kamera Pulau Pinang

Ni di hari yg berlainan
dan kamera yg berlainan jugak..

 



 



 















 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.