25 February 2021

Asam Pedas Ikan Talapia



Haa..bab menyiang ikan ni
En suami yg setelkan
Ikan siakap,talapia..ikan yg besar2
Susah nk dikerjakan
Serahkan pada dia

Kali ni talapia dimasak asam pedas

2 ulas bawang putih
Beberapa ulas bwg merah
Sebiji bawang holland
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
Sedikit lengkuas

Blend halus kemudian tumis hingga garing
Masukkan sesenduk dua cili kering 
Yg telah diblend

Dh garing masukkan air,air asam jawa
Dan biarkan merenih hingga kuah agak pekat
Masukkan ikan,bunga kantan,bendi dan daun kesum
Garam dan serbuk perasa
Boleh jugak diletakkan tomato
Kemudian tutup api
Saya suka bendi yg masih ranggup bila dikunyah

22 February 2021

Borong Kerongsang

Wanita dan kerongsang umpama isi dan kuku
melainkan wanita itu pakai tudung instant
pakai sauk ja kata org kedah


bila anak2 dara dah besar ni
apa ja hak milik mak 
jadi hak milik dia org jugak

"mak nak pinjam kerongsang 1...ehh 2.."
lps tu pinjam terus..

yg ni pun entah berapa  lama dapat bertahan
rm12/box
saya bel 10 box
harganya rm80


19 February 2021

Adab Menziarahi Orang Sakit


Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat  mu’akkadah iaitu  sunat yang sangat dituntut.

Adab-adab menziarah orang sakit.

1. Mendoakan kesembuhan dan perkara yang baik-baik kepada pesakit.

2. Memilih waktu yang sesuai untuk melakukan ziarah, jika di hospital tentulah terpaksa mengikut masa melawat yang ditetapkan. Bagi pesakit yang berada di rumah elakkan melawat pesakit ketika waktu tengahari dan malam. Waktu sepatutnya berehat.

3. Menghadkan masa. Tidak mengambil tempoh masa yang lama ketika ziarah. Mengambil kira keselesaan pesakit dan keluarga.

4. Tidak banyak bertanya atau bercakap, kita melawat orang sakit bukan ziarah untuk berborak kosong.

5. Menzahirkan kebimbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap orang yang sakit.

6. Menjaga pandangan dari pada perkara-perkara yang diharamkan terutama sekali aurat-aurat pesakit.

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ

Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” 

[Riwayat Muslim (919)]


Minyak Angin Bubble Belly

Hidup  saya dan minyak angin berpisah tiada
malam2...samada suami atau anak2 akan mengurut kaki,betis utk menghilangkan lenguh2,kebas2..
urut2 manja gitu
sbb sbg pesakit jantung tak boleh diurut dgn kuat
mcm tukang urut tu
nanti jantung akan bekerja dgn kuat



ok..ni minyak angin yg sangat best baunya
tak terlalu kuat
tak terlalu panas
botolnya yg jernih
boleh lihat apa isi kandungannya

boleh beli kt Shopee
tp saya oder kat kwn fb
rm40 sebotol

17 February 2021

Cili Kering Gemuk

Saya selalu surrender
Bila Alia bikin sambal tumis..
Pedas dia tahap takleh bawak bincang
Tertanya2 jugak budak ni dh hilang deria pedas ke
Bayangkan kalau dia beli cili kering
Wajib dia pilih yg super extra hot& spicy
Dah tu masa blend tambah lg cili padi yg merah menyala tu

Katanya apa gunanya cili kalau takda rasa pedasnya

Akhirnya saya oder cili kering
Yg montel2 ni dari kelantan
Beli kt shopee
Kalau kt utara ni cilinya kecik2 berkerinting
Tp kat kelantan cilinya gemuk2 ,pendek2
Dan langsung tak pedas

Gunting,rebus dan basuh 2,3 kali utk buang bijinya
Kemudian blend dan simpan dlm petiais




16 February 2021

Laksa Lemak Kelantan

Tekak dah lama dok mengidam nak makan laksa lemak kelantan ni
nak buatnya pun bukan susah
cuma antara rajin dan malas ja

kalau dibeli pulak memang kelaut rasanya
so merajinkan diri utk buat laksa lemak ni

kuahnya cuma perlu blend isi ikan yg telah direbus
bersama sedikit halia,bawang merah dan lada hitam
asam keping,gula dan garam dan santan
yg penting sentiasa kena kacau supaya ianya tak berketul2


14 February 2021

Kerabu Kacang Botor

kerabu..antara menu yg mampu membuka selera
teringat la pulak kerabu buah beko, kerabu sare yg popular di kelantan


ni kerabu kacang botor campur daun selom
saya suka makan kerabu dgn meratahnya begitu saja

tempe grg


pekasam nan sekor



talapia grg



13 February 2021

Sambal Petai VS Sambal Belacan


Mana satu pilihan hati
sambal petai atau sambal belacan

ikan talapia grg vs ikan termenung grg



sedikit ulam2an

pekasam ni jugak yg membuka selera


11 February 2021

Ikan Keli Berlado

Sesetengah org tak lalu nk makan ikan keli
seperti anak saya Alia
terjerit2 kalau tgk ikan keli yg masih hidup

saya makan ja
sedap kalau dibuat gulai
goreng garing,  masak berlado ataupun bakar cicah air asam















09 February 2021

Masak Apa Hari Ni

Saya percaya,berkurung dalam rumah 
membuatkan otak asyik terpikir nak makan..
mcm sya,lunch antara jam 11-12 tghari
tp mkn sesenduk
ataupun setengah senduk nasi ja
sbb cepat kenyang ataupun kurang selera

ayak goreng campur kacang buncis dn karrot


sambal kering tempe campur ikan bilis

tumis petola


anak2 memang gemar menu aam
mak ayahnya dah tua2 ni kurang sikit



07 February 2021

Daging Harimau Menangis

Dalam org dok viral daging harimau menangis
Alia pun beli la sepaket
nak bagi emaknya rasa katanya

saya tak teruja sangat pasal makanan yg diviralkan ni
sbb kadang2 tak ena dgn selera

Alamak Alia..
ni harimau nangis ka ma yg nak nangis ni
rm35 sepaket






eemmm boleh la..

05 February 2021

Resepi Daging Gulai Darat Kelantan

Sejak duduk di kampung ni
selang sehari atau dua
pasti poslaju..J&T datang hantar barang
haha kain batik pun oder kat Shoppee

ni daging masak gulai darat kelantan
rempahnya dioder dari kelantan kt Shoppee
kalau guna daging tetel lagi terangkat
tp nk suruh suami belikan daging tetel tu yg payah sikit
nanti berjela bebelannya
yalah saya ni ada masalah jantung tersumbat
nak sumbat dgn lemak lagi
masukkan dlm periuk

cuma blend beberapa ulas bawang merah,bawang putih
hirisan lengkuas dan ketumbar yg disanggai

masukkan kedalam periuk bersama serbuk kari darat ni
kacau dan biarkan airnya hingga kering
masukkan santan,asam keping
garam dan sedikit gula melaka
nak letak kentang atau kacang panjang pun boleh

ni lah rempahnya
boleh jugak digunakan utk masak
gulai ikan kayu utk makan dgn nasi dagang
ni rempah kuzi
sedap ayam masak kuzi dicicah dgn roti jala atau pulut kuning




ni pulak rempah kerutuk
kalau kt kelantan dia orang suka masak itik,itik serati
guna rempah ni
tp saya tak makan itik


haha amik kau cik kiah
ni sebahagian ja

03 February 2021

Nasi Daging

Nasi daging chef hotel 5 bintang

dalca tak cukup bahan
kacang panjang dan terung tak ada


air asam utk cicah daging


jeng jeng...siapp.
jemput makan semua


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.