28 February 2014

Bougainvilla

POKOK bunga kertas atau bougainvillea 
mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. 
Justeru, ia menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular 
kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan 
bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. 
Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, 
pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.


Pokok yang tergolong dalam famili nyctaginaceae mengandungi terdiri daripada 250 spesies. 



Di Malaysia banyak kacukan dilakukan untuk menghasilkan
 pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak.
 Penjagaannya mudah, 
tidak memerlukan masa yang lebih kerana spesies tumbuhan ini 
sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan khatulistiwa 
seperti negara kita dan boleh memanjat hingga 10 meter tinggi .
Bunga ini juga mempunyai bahagian yang berwarna-warni
yang dinamakan pengasuh bunga
yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna
yang menawan pandangan mata sesiapa saja.
Jika mahukan pokok ini berbunga sepanjang masa, 
kita perlu mengurangkan air dan baja
 serta letakkan pasu bunga itu terdedah dengan matahari.

25 February 2014

Sambal Serbaguna

Saya mengaku memang agak malas utk blend cili kering
tiap kali ingin mengunakannya
(tp tak suka guna cili boh)

jadinya ketika ada mood
pes cili kering ni
akan dibuat dalam kuantiti yg banyak

boleh ditumis separuh masak atau sehingga pekat

-cili kering
-bawang putih
-bawang besar/ bawang merah
-asam keping
-garam & sedikit gula*

blend kesemua bahan kecuali yg ber *
panaskan minyak dan tumis kesemuanya
masukkan sekeping asam keping/gelugur dan sedikit garam dan gula

boleh bertahan berbulan2 dalam petiais
cuma cedok ja bila nak digunakan
menjimatkan masa dan memudahkan kerja memasak anda..


24 February 2014

Gila Meroyan..???

Saya fikirkan selepas mengadakan majlis bacaan yassin minggu lepas
atas saranan tok imam masjid
gangguan dari jiran depan rumah akan tamat

Tidakkah dia terfikir
jika betul saya 'menternak' hantu
saya akan terbakar kepanasan bila dibacakan yassin

Sangkaan saya meleset kerana pagi kelmarin
saya dimaki hamun lagi
tp kali ni hanya anak perempuannya yg
masih dalam pantang tu ja
yg menyumpah seranah saya

Saya terfikir adakah beliau terkena gila meroyan


MEROYAN atau kemurungan posnatum ialah satu masalah 
yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin. 

 Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius.
 Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah
 yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.

 Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara 
yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

 Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, 
tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ 
lebih banyak menyerang wanita di Barat.
 Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi
 sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional.

 Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu
 lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin,
 wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat. 

 Siapa yang diserang? 

 Tiada kajian khusus kenapa setengah 
wanita menjadi murung dan yang lain tidak.
 Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya 
adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan 
yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya
 terjadi pada hari kelima selepas bersalin. 
 Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan 
keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih untuk berdepan dengan tugas baru mereka. 

 Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental 
terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga
 boleh menjadi penyebab perkara itu berulang
 di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga terdekat.

 Simptom awal meroyan

 Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu,
 tetapi anda akan merasa:
 perasaan putus asa;
 -bersalah;
 -amat letih;
 -muram; 
-sering menangis;
 -sunyi;
 -gelisah;
-terperangkap. 

Apakah antara kesan penyakit ini ?

 Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin 
secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang 
menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka.
 Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . 

 Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. 
Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun 
bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam 
dan selepas itu tidak dapat tidur semula , 
sebaliknya menjadi resah dan gelisah .

 Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. 
Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan. 

Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut 
yang digelar delusi saperti mendakwa anak 
yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat
 penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.

 Akibat pengalaman yang tidak normal ini,
 ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri 
atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. 

Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain . 
Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .

Jenis2 Meroyan

Meroyan Api 
 Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang,
 ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh
sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa.
Kemarahan adalah melampau,
adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas
atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis).

 Meroyan Kentung (Kertung) 
 Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis,
 perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh
sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal.

 Meroyan Urat 
 Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa
 mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut
 oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".

 Meroyan Lendir
 Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.

 Meroyan Tinggal 
 Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah.
Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri.
 Dia sering tertawa,
 mengilai seperti dirasuk atau dalam kes
 yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.

 Meroyan Bulu 
 Ibu sentiasa berasa seram sejuk,
 bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar
kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi.
 Adakalanya mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.

 Meroyan Kulit 

 Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera.
 Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.

Semalam suami saya menjemput seorang lagi ustaz
datang kerumah sbg ikhtiar akhir
ustaz tu cakap
kalau rumah yg ada sesuatu
memang dia akan dapat merasa,akan meremang bulu romanya

"Ustaz...adakah dia (jiran) saya tu nampak sesuatu bila tgk saya/rumah saya?"
saya bertanya

"Tidak..dia tak nampak apa2...cuma bomoh yg memberitahunya
sekian..sekian..
ni semua angkara jin yg nak merosakkan umat manusia"
jelas ustaz..



19 February 2014

Carilah Ketenangan Dalam Diri Sendiri..



Rabbul Alamin Awallul Kalam
 Suci Wajah  sepanjang hayat
 Singkap dingin  tabir malam
 Sujud dan berdoalah mohon hidayah

 Kita Khalifah punya amanah
 Luhur batin  sempurna jiwa
Bukan mudah  rindu jannah
 Jika janji diizin ketemu jua

 Biar nadi seribu tahun
Esok pulang di dalam iman
Dosa hati ampunNya dipohon
 Di akhirat jua yang berkekalan

 Carilah ketenangan dalam diri sendiri
 Munajat di sepertiga malam
Temulah keagungan
Tika alam berseri
Hakikat indah mengutus salam

 Segala puji hanya padaMu
 Syukur selalu

 Teguhlah Iman di dalam diri
Suci hati  hidup berseri
Ketaqwaan ... keredhaan
 Sinar penyuluh jiwa dikegelapan

 Kurniakanku kasih sayangMu
Perjalanan penuh berliku
 Dunia ini hanya persinggahan
Di akhirat jua yang berkekalan


18 February 2014

Kerana Bomoh Badan Binasa

Agak lama blog terbiar sepi
tanpa entri mahupun berblogwalking
sesungguhnya saya baru melepasi sebuah ujian
yg memberi pengajaran,pelajaran serta pengalaman

Ahad-16 hb-7.05 pagi

Seperti biasa saya menemani anak bongsu menunggu van sekolah didepan rumah
jiran didepan rumah membuka pintu rumahnya
serewntak dgn itu jugak saya mendengar maki hamun dan segala
perkataan yg mencarut

Saya buat2 tak tahu ja
sbb fikir mungkin kakak tu kena histeria lagi
(sbb sblm ni dia pernah
lari keluar rumah menjerit2 dgn rambut dan pakaian serabut serabai)

kemudian baru saya menyedari
dia menyebut2 nama saya dalam caci makinya itu
saya berlari kedalam rumah memanggil suami

"awat hang lariii...kalau berani mai sini"
itu yg sempat saya dgr

bila suami saya keluar dan cuba bertanya apa masalahnya
kakak tu,bersama anak perempuannya yg masih dlm pantang
serta suaminya  terus menyerang dgn kata2 bagaikan org kurang siuman

semua org yg lalu lalang berpaling tgk keadaan ini

Selepas anak saya menaiki van
saya terus masuk kedalam rumah 
tp saya sempat mendengar kata2 suami jiran saya ni
(kalau layak dipanggil jiran)

"hang nak mengaku ke tak..
kalau aku dapat hang,mampuih hang aku buat.."
(sambil tangganya menunjuk2 muka saya)
ya..ada unsur ugutan disitu

saya masuk kerumah
sambil beristigfar,tarik nafas dalam2
dan berharap suami saya yg masih diluar tidak diapa2kan

kemudian suami saya masuk kerumah
sambil menjelaskan kenapa mereka anak beranak naik angin

kata mereka:
-saya bela hantu dan hantar kerumah mereka
anak cucu mereka tak boleh tido
(dh 20 th saya dok sini
kenapa baru skrg hantu tu kacau mereka hehe)

'-mereka tahu semua pergerakan saya suami isteri
kemana saya pergi,apa saya buat
(siapa yg bela hantu sbnrnya ni)

-mereka kata tiap kali saya blk kg dikelantan
saya ke Siam utk amik hantu
(Siam-saya cuma pernah smp ke Wang Kelian ja)

-saya pergi tanam sesuatu didepan rumah mereka
hingga mereka
terpaksa simen seluruh halaman/depan rumah
(lalu depan rumah mereka pun tak pernah)

-saya mengambil gambar makanan diluar utk
utk blog/FB
dikatanya saya menjamu hantu makan

YA ALLAH YA TUHANKU..

Aku hambaMU yg lemah
aku difitnah sebegini rupa
KAU ampunkan mereka
yg begitu taksub bertuhankan bomoh
hinggakan lampu jalan didepan rumah saya
tak menyala pun dikatakan hantu dok bertenggek diatasnya

saya bukan mangsa pertamanya difitnah sebegini
dah ramai,
malah jiran dikiri dan kanan berpindah dek tak tahan

Sya takkan berpindah kerananya
Saya takkan mengalah dgnnya
Kerana saya tak bersalah


Mereka memcabar saya supaya mengangkat sumpah dgn al quran dimasjid
yaa...anytime..anywhere..saya nak..!!

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam


Isnin-17 hb

Suami saya mengambil cuti
bimbang sesuatu yg buruk terjadi
bimbang mereka menyerang lagi

Kami kerumah Imam masjid taman ni
(nak jumpa tok imam pun bkn main susah)

Pak imam menyuruh saya mengadakan majlis bacaan yassin kat rumah
beliau akan menjemput org2 kat majid
sementara suami saya menjemput jiran2 berhampiran

Alhamdulillah semalam berlangsungnya
majlis bacaan yassin
imam 1,iman no 2 dan imam no 3 masjid...semua datang

Demi ALLAH saya tak meminta
sesuatu yg buruk terjadi pada mereka
saya juga tak mengharapkan mereka datang meminta maaf atau sebagainya
cukuplah jgn menganggu saya sekeluarga

Khurafat..sirik..biarlah..
itu urusannya dgn TUHAN

Selasa-18 hb

Hari ni suami keje halfday
apa yg dilihat dan didengar beliau pagi tadi adalah
kakak tu memcarut,memaki sorg diri
sambil sapu sampah depan rumahnya

Sungguh...saya sunnguh merasa kesian
dgn masalah jiwa yg dihadapinya..!!

Ramai yg meminta saya membuat laporan polis
tp biarlah..biarlah TUHAN saja
yg membalasnya
kerana doa org yg teraniaya dimakbulkan TUHAN...


oppsss...saya nak bela anak 4 org pun semput
ni nak bela hantu pula..

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu,
jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. 
Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman
sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu,
 dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka,
 akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.

 Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan
 yang buruk di kalangan orang yang beriman, 
bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia
 dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui
 segala perkara sedang kamu tidak mengetahui.." (an-Nur: 11-20

Sesungguhnya ujianMU ini semakin mendekatkan aku denganMU YA ALLAH..

13 February 2014

Kering

Cuaca hanyalah pertanda 
 Tentang musim ...
Yang sering berubah
 dari hujan jadi kemarau 
 dari kering kerontang  menjadi gersang




Kontang..tali yg takde air

12 February 2014

WW :Laksam

Apa yg sianak teringin nak makan
saya pasti  semua ibu2 sanggup buatkan

bila balik cuti
mcm2 yg diidamkan

ok..nasi kerabu dah buat minggu lepas
hari ni turn laksam pulak
15 hb ni dah nak balik kampus semula
so makan puas2..

resepi laksam kat SINI

10 February 2014

Menara Condong Teluk Intan

Mercu tanda bagi bandar Teluk Intan
Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. 
Menara ini dibina pada tahun 1885

  Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki
Fungsi utama ketika dibina adalah sebagai tangki simpanan air
untuk bekalan penduduk sekitar
disamping berfungsi sebagai jam.
Masih teguh walau berusia lebih 100 tahun
Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8  tingkat; 
sebenarnya hanya terdapat 3  tingkat sahaja.
Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

 
Menara jam ini memiliki 110 anak tangga 
yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki.



Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu;
 terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 kaki lebar
 berdindingkan tembok rendah 2 kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau.

Didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat 
bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya
 condong sedikit ke arah barat laut.

Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut,
 pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak
 telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling menara ini
 dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus
 dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan 
kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

06 February 2014

Karipap Gergasi

hanya RM 1 sebiji


 jom minum petang


Dari Abu Hurairah r.a beliau mengatakan, 
“Rasulullah SAW sama sekali tak pernah mencela makanan. 
Jika beliau menyukai satu makanan, maka beliau memakannya. 
Jika beliau tak suka, maka beliau meninggalkannya.” 
(HR. Bukhari  & Muslim )

 Mencela makanan adalah ketika seseorang menikmati hidangan yang disajikan
lalu ia berkata makanan tersebut  terlalu masin,
terkurang masin, lembek, terlalu keras, 
tak masak dan sebagainya 

05 February 2014

Cekodok Montok Dan Gebu

Jemput-jemput a.k.a cekodok a.k.a coq kodok
sedap dimakan pagi atau petang

kalau di Kelantan
pisang yg digunakan utk membuat cekodok adalah pisang kapas
(pisang yg tak berharga)

saya mengunakan 1 sikat pisang emas
3 cawan tepung gandum
secawan air
2 sudu gula perang
sedikit soda bikarbonat
(soda berfungsi sbg pelembut
dan cekodok tak berminyak)

supaya cekodok menjadi bentuk bulat2
celupkan hujung jari
kedalam mangkuk berisi air
ambil sedikit adunan dgn mengunakan hujung jari
dan masukkan kedalam minyak yg telah panas
hasilnya cekodok menjadi garing diluar dan gebu didalamnya

04 February 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Jambatan kedua Pulau Pinang ini menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai 
dan Batu Maung di Pulau Pinang.
 Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar 
dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang, 
 bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
pemandangan dari Teluk Tempoyak

Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut 
dan 7 km di atas darat,
 direka dengan mengutamakan kelestarian alam.
 Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion
 dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Dijangka dibuka kepada umum akhir bulan ni

03 February 2014

Betong -Pengkalan Hulu

Mungkin ada yg tidak menyedari
Perak mempunyai bandar yang bersempadan dengan negara Thailand
Pengkalan Hulu-bandar paling utara di Perak
bersempadan dengan Betong,Thailand

Mungkin ianya tak sepopular 
Wang Klian atau Padang Besar di Perlis
Bukit Kayu Htam di Kedah
atau Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang di Kelantan


CIQ
walaupun datang pada hari cuti/hari minggu
namun ianya lengang saja
mungkin pergolakan di Thailand sekarang
memberi kesan kepada kemasukan pelancung kesana

haha sapa yg berani menempah maut bergadai nyawa kesana...

 

Melepasi pintu gerbang adalah Thailand

disini ada kedai yang menjual seragam tentera
dan berbagai peralatan kelengkapan tentera


tiada apa yang istimewa dalam kompleks bebas cukai ni

ditingkat bawah
dipenuhi dengan berbagai bentuk dan warna coklat

harganya...sedikit murah berbanding kedai2 biasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.