30 April 2015

Mobile Friendly Test

Jom pakat2 test
samada blog anda semua  'mesra hp' atau tak

29 April 2015

WW : Bunga Apakah Ini..??

Ternampak bunga unik dan cantik ni
kat sebuah nurseri
sayangnya saya tak tau namanya

27 April 2015

Kerinduan Seorang Anak

Pagi ni agak sebak
bila membaca post anak bongsu...Tasha di laman IG nya
semalam dia buat post ni

membaca captionnya membuatkan airmata ni menitis

Saya bertanya..kenapa hashtag kucinghappy?

Laa..mak tak tau ke
#kucinghappy akan tunaikan wish kita..jawabnya..

24 April 2015

Larangan Ghibah, Berkhianat Dan Membuka Aib

Membicarakan keburukkan orang lain, apabila benar disebut Ghibah (gosip),
 apabila salah disebut mem-Fitnah 

 "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, 
maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam." (HR. Al-Bukhari) 

 QS.49-Al-Hujurat:12 
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (kecurigaan), 
sesungguhnya sebagian dari prasangka itu dosa. 
 Dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang lain,
 dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing satu sama lain.
 Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? 
Tentu kamu merasa jijik. 
 Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Tubat lagi Maha Penyayang.”

 QS.17-Al Israa':53
"Dan katakanlah kepada hamba² KU: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. 
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”

 QS.28 Al-Qashas:55 :
 “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, 
mereka berpaling dari padanya. 
 Dan mereka berkata: "Bagi kami amal² kami dan bagimu amal² mu, 
semoga selamatlah kamu, kami tidak ingin bergaul dengan orang² yg jahil"


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk,
 kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. 
Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain,
 saling mengata, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci.
 Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” 

 [H.R. Al-Bukhari hadits no. 6064 dan Muslim hadits no. 2563]

22 April 2015

RM270,000 Oleh TM

Huhu kayo la makcik 
tp terimakasih ajalah ya..

mcm2 cara nak menipu..

20 April 2015

1 Rejab 1436

“Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab
 dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.” 

Doa Rasulullah s.a.w apabila tibanya bulan Rejab.
 Riwayat Imam al-Thabrani daripada Anas bin Malik.

Rejab bulan menabur benih 
Sya'ban bulan menyiram tanaman
 Ramadan bulan menuai 

 Rejab menyuci badannya 
Sya'ban menyucikan hati
 Ramadan menyucikan rohnya 

 Rejab bulan marghfirah
 Sya'ban bulan syafaat 
Ramadan bulan menggandakan kebajikan 

 Rejab bulan taubat 
Sya'ban bulan muhibbah 
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

 Rejab digandakan 70 pahala
 Sya'ban diganda 700 pahala 
Ramadan diganda 1000 pahala

 Syair ini adalah salah satu contoh yang menjadi rujukan
 sebahagian dari kita dalam beramal ibadah. 
Bolehkah syair ini dijadikan rujukan?
 Mungkin ada yang benar atau ada yang ditokok tambah?

18 April 2015

Nota Kebosanan

Ketika mengemas
terjumpa sekeping nota
yg ditulis si bongsu saya...

 Keesokan harinya,aku rasa bosan
sebab besok cuti sekolah.
So bored,but so many homework.
Just that for today.Good bye.


uihh panjangnya signature  dia...


16 April 2015

Tahniah Utk Anakanda

Semoga dapat mengekalkan prestasi utk sem depan..Insya ALLAH..
(meskipun tak dapat 3.85..;)

15 April 2015

Kilat Dan Petir

Boleh dikatakan hampir setiap hari
hujan akan turun membasahi bumi
berserta kilat dan petir
hujan yg teramat lebat

Biasanya bila hujan mula turun
saya akan  cepat2 off kan PC...
dan cabut plugnya..

4,5 hari lepas
guruh berdentum dgn teramatlah kuatnya

dan seperti dijangka..line streamyx pun 'hang'
utk beberapa hari


kata anak saya yg sekolah menengah tu
kelasnya tercabut bumbung
so terpaksa mengunakan Bilik Tayangan
dan kerusi batu turut terpelanting..

08 April 2015

Ketupat Daun Buluh

Sapa pernah makan ketupat ni
ketupat daun buluh a.k.a ketupat gajah

Jangan ditanya saya mcm mana nak membuatnya
tp saya diberitahu
ketupat ni perlu direbus sehinnga 7 jam..!!
mak oii..lamanya..

isinya kenyal2 ala2 dodol gitu
rasanya tawar-sesuai dicicah dgn rendang

07 April 2015

TIDAKLAH BERGUGURAN SEHELAI DAUN PUN MELAINKAN ALLAH S.W.T MENGETAHUINYA

Ramai insan yang kurang sedar betapa alam semesta ini dan segala isinya, 
setiap masa dan ketikanya, 
tenggelam asyik di dalam irama Tasbih, Tahmid, Tamjid dan Taqdis memuji Khaliqnya, Allah Tabaraka Wa Ta’ala. 
 Semuanya mengulang-ulang penuh kesyahduan :
 “Allah Tuhanku. Dialah sebaik-baik Pencipta”. 
Subhanaka Ya Rabb. 

 Para Ulul Albab nescaya melihat sekelian alam ini meriah dengan 
zikir dan wirid mereka,
 bersahut-sahutan tanpa henti.

 Sebaliknya si mulhid atau si kafir musyrik,
 dengan jiwa mereka yang ‘mati’ telah dan akan terus beranggapan bahawa 
semesta alam ini kaku, bungkam, tiada jiwa, jumud persis jiwa mereka.

 Alangkah menyimpang fikiran mereka.
 Alangkah buta hati mereka dari tanda-tanda kebesaranNya. 

 Bercakap tentang DAUN sahaja, 
nescaya akan menyerlahkan tanda-tanda kebesaran yang Esa, 
walaupun orang yang mulhid melihat ia sebagai satu tajuk yang remeh-temeh,
 buang masa dan kacau DAUN! 

 Pernahkah kita membaca sebaris firman Allah yang bermaksud: 
“Tidaklah berguguran sehelai daun pun melainkan Dia (Allah) mengetahuinya”.
(Ayat 59: Al An’am). 

 Pernahkah kita semua merenung ‘kesyumulan’ tajuk penciptaan DAUN ini? 
Nescaya kita akan takjub dan menjadi amat teruja di hadapan keagunganNya.

 Pada satu-satu masa adakah hanya sehelai daun sahaja yang jatuh gugur ke bumi?
 Nescaya tidak!

 Dari satu pokok pun kita sudah jahil dan letih untuk
 mengira berapa helaian daun yang berguguran ke bumi. 

 Pendek kata, tak terbilang jumlahnya dan akhirnya otak kita 
menjadi letih untuk memikir apalagi menjangkauinya. 

 Apapun kita harus beriman, yakin dan percaya penuh kemampuan ‘ilmu’ dan ‘tadbir’ Allah SWT berkenaan makhluk ciptaanNya. 
Ilmunya meliputi segala sesuatu. 

 Tiada sehelai daun pun yang berguguran di muka bumi ini melainkan 
Dia Maha Tahu kenapa daun itu gugur,
 di mana daun itu gugur bahkan bilakah saatnya daun itu gugur.

 Ya ‘Aliim Ya Khabir.. 
 Lalu apa daya kita dan apa pemilikkan kita berbanding kebesaranNya?,
 melain akhirnya kita hanya akan tunduk mengaku, 
menangis keharuan, bercucuran airmata seterusnya mendekat kepadaNya,
 tersembam sujud di hadapan Qudrah dan JabarutNya.

04 April 2015

SAPS

membolehkan para ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak2

Alhamdulillah...keputusan yg diperolehi Tasha
menduduki tempat pertama dalam kelas serta dalam darjah

01 April 2015

Wahai Anak2 ..

Wahai anak-anak sekalian...dengarkanlah.....
" Anak-anak....
 Tahu tak sebenarnya mak ayah kita adalah seorang jutawan? 
Kerana apa?
 Kos membesarkan kita seorang anak mencecah ratusan ribuan ringgit. 
Membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. 
Mereka menggunakan duit gaji mereka.
 Duit itu digunakan untuk memenuhi keperluan kita.
 Keperluan sekolah, keperluan harian, raya dan sebagainya.

Tahu tak dengan jutaan ringgit itu sebenarnya mak ayah 
kita boleh hidup senang lenang? 
Boleh beli kereta mewah, beli rumah mewah. 

Tapi kenapa mereka tidak boleh ada kereta mewah?
 Kenapa mereka tidak boleh ada rumah mewah?

Sebab mereka ada KAMU. 
Mereka memilih untuk membesarkan kamu daripada menjadi jutawan. 
Duit yang sepatutnya boleh menjadikan hidup mereka senang lenang diberikan kepada kamu, disalurkan untuk memenuhi keperluan & kehendak kamu.

Itu pun masih ada yang kata mak ayah tak sayangkan dia.
Itu pun masih ada yang tak nak hormat mak ayah dia.

Bukalah mata wahai anak.
Sedarlah diri wahai anak.
Jangan sakiti hati ibu ayah kita.
Jasa mereka terlalu besar dalam hidup kita.
Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.