27 January 2015

Pokok Kekabu

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu.
 Ini kerana buahnya berbentuk kekapas,
merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa. 
 Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai 
isian bantal dan tilam cara tradisional. 
Bunganya berukuran 4cm lebar, 
bewarna putih kekuningan,
 mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting.
 Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit,
 bunga yang berbau susu ini disukai oleh kelawar dan keluang pada waktu malam.
Buah kekabu ialah sejenis buah pepisang. 
Buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih,
 tergantung seperti timun pada hujung ranting. 
Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam
 apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. 
Daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak.
 Daunnya luruh tidak tentu masa.
 Ada masanya daunnya luruh serentak. 




Kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses
 mengasingkannya daripada biji dan empulur.
 Kekabu sering digunakan untuk membuat tilam dan bantal.
 Kekabu juga disebut sebagai kapuk.
 Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk.

saya suka mengunakan bantal kekabu
di Kulim ni
sebiji bantal kekabu berharga antara RM25-RM30 sebiji..

24 January 2015

Jeruk Mangga Asam Boi

Bahan2:
-2kg mangga
-beberapa biji asam boi
-gula
-kupas mangga-potong nipis2
-gaulkan dgn kesemua bahan
-Simpan dalam petiais beberapa jam

20 January 2015

Resepi Kerabu Buah Beko

Buah beko a.k.a buah bonglai

1 biji buah beko 
1 ekor ikan kembung-rebus 
1/2 biji kelapa parut-buat kerisik dan simpan sikit
untuk amik santan pekat. 
15 biji lada hitam 
2 labu bawang merah . 
1 biji asam limau nipis 
Garam secukup rasa 
5 biji cili api. 

 Cara-cara 
 1.Buah beko hendaklah di layurkan diatas api hingga lembik atau
kulit tertanggal dan dihiris nipis-nipis. 

2.Kelapa parut di buat kerisik dalam 3 sudu dan
selebihnya di perah santannya

3.Tumbuk lada hitam dan juga 1 labu bawang merah,
 kemudian masukkan isi ikan yang direbus tadi.

 4.Masukkan dalam bekas besar buah beko yang dihiris dan juga lada hitam 
yang ditumbuk dengan bawang dan isi ikan tadi.

 5.Masukkan kerisik dan perah santan.

6.Masukkan garam secukup rasa

7.Perah asam limau serta  cili api...sedia dimakan...

16 January 2015

Wahai Jiwa Yang Tenang

Tenanglah.. 
 Bila engkau yakin Allah itu bersamamu
 Pasti Qolbu mu dapat merasakan bertapa luasnya kuasa Rabb
 yang selalu memandangmu dengan kasih sayang 
nikmat Nya yang luas tidak terhitung olehmu..

 Renungkan seketika jari jemari yang bergerak,
 Kaki yang mengorak langkah
 Mata yang berkedip untuk melihat,
 lidah mu yang lembut sehingga engkau mampu berkata-kata
 telinga yang mampu mendengar
 jiwa mu bisa merasakan bertapa kekuasaan Rabb ada dalam diri mu..


Renungkan lagi langit luas yang terbentang di atasmu
 tanpa tiang yang mengukuhkannya
 burung yang berterbangan bebas dengan kehendakNya
 adanya terbit mentari di pagi hari dan terbenam dipetang hari
 bulan dan bintang cantik menhiasi langit dalam kegelapan malam siang silih berganti

 Cukup luas KuasaNya
 yang tidak tercapai di akal insan yang mudah lalai dan alpa
 Apa masih kurang keyakinan untuk dekat denganNYA 
 Mintalah, pohonlah, berharaplah dan berdoalah kepadaNYA
 Maka jangan takut pada Kehidupan

 Yakinlah!
 Kita bisa menjalani semuanya!
 selama diri kita dekat dengan Allah
 Kesulitan itu bukan apa-apa
 Segala kesulitan ada kemudahan
 itu janji ALLAH
 yang penting kita YAKIN pada Kebesaran & Kekuasaan-Nya
Tiada yang Mustahil Bagi Allah

 Bisikkanlah pada hati
 Tiada yang mustahil bila Allah berkehendak! 
 Tiada yang mustahil bila Allah berkehendak!

14 January 2015

WW :Dah Berani Marahkan Orang...

Pada 3 hb lepas
Tasha menghadiri kem motivasi pengawas disekolahnya
dari jam 7.30 pagi sampai 4 petang

Semalam...balik dari sekolah dia memberitahu
telah marahkan pelajar2 yg membuat bising serta
tak mendengar kata

"Ya ka..?"
tanya saya sebab mcm tak percaya dia  boleh 'marahkan ' pelajar2 lain

"tak takut ke.." tanya saya lagi..

"tak.."jawabnya selamba..

Dia memang banyak cakap....jika kt rumah
Sampai kami sekeluarga dah tau sangat sifatnya tu

"mak..mcm mana mak boleh jumpa dgn ayah.."
"mak..mcm mana mak boleh kawen dgn ayah.."

Pergi dan balik sekolah jalan kaki ja
harap2 kuruslah sikit ya Tasha...

10 January 2015

Terimakasih Cikgu Etuza

Barang yg dikirim cikgu Etuza
dah sampai
terimakasih banyak2 cikgu
Hanya ALLAH saja yg mampu membalas budi baik cikgu tu

papan guasa Elken

Papan Guasa:
 Ia diperbuat daripada tanduk kerbau dan merupakan alat yang penebat elektrik.
 Ini menyebabkannya berkesan dan sesuai untuk membuang kepanasan dan toksin dari badan. Kegunaan papan ini tidak menghasilkan sebarang geseran atau haba.
Keberkesanan terapi guasa boleh ditingkatkan dengan menggunakan papan ini.
Kebaikan Guasa
 Untuk meningkatkan metabolisma
 Untuk meningkatkan sistem pengangkutan darah
Untuk merangsangkan sel-sel badan dengan membekalkan 
oksigen yang mencukupi dan membuang darah statis
 Untuk menguatkan sistem pertahanan badan 
Untuk menyerikan kulit dan tolong melambatkan proses penuaan 
Untuk menguatkan proses penuaan
 Untuk menguatkan badan 
Untuk merawat penyakit 
Untuk menunjukkan sumber penyakit

dan sebotol cecair pencuci mulut ni

terimakasih sekali lagi cikgu

08 January 2015

Khasiat Petai Belalang


Biji Petai

 Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), 
usung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes).
 Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis. 

 Daun 

Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning.
 Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum. 

 Akar (kulit akar)

 Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes),
 juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

 Khasiat Petai Belalang 

Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung.
 Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, 
caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang.
 Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. 
Minumlah ia setelah membiarkan seketika. 
Sangat mujarab.
 Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba.
 Setelah beberapa kali meminumnya, 
boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan. 


 Kajian berkenanaan dengan Khasiat Petai

 Kajian 1:

 Strok. 
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine
 mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko 
kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

 Merokok. 
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok.
Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai
 dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin. 

 1. Anemia.
 Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya 
menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

 2. Sembelit.
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. 
la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

3. Kegemukan.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria,
 mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai
yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. 
Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. 
Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

 4. Depresi. 
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan 
yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.


07 January 2015

WW : Hasad Dengki

Jangan berhasad dengki...
iri hati...

05 January 2015

Ubi Kayu

Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan 
tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. 
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah.
Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar
 pada bahagian batang yang dikambus dalam masa 
beberapa hari sahaja selepas ditanam. 
Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula 
menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat 
bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. 
Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan

Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi 

Untuk mengubati Radang Sendi
 (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain)
 rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. 
Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. 
Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

 Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. 
Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml.
 Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari.
 Lakukan selama dua hari.

 Manfaat Ubi Kayu untuk Demam 

Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air.
 Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. 
Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari. 

Khasiat Ubi Kayu untuk Luka 

Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka 
yang telah memasuki tahap jangkitan. 
Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka.
Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. 
Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, 
Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. 
Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.

 Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit 

Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu. 
 Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu dengan 800 ml air, 
biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.

 Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala 

Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. 
Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu
 hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.

 Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout

 Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, 
kerana akan terhindar dari penyakit ini.
 Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, 
harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.

 Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina 

Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu, 
 5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. 
Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.

 Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi

Untuk mengubati Radang Sendi
 (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain)
 rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar.
 Pada pemakaian luar, 
gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. 
Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

 Ubi kayu mampu mengubati pendarahan 

 Ubi kayu atau nama botaninya manihot ezculenta crantz 
merupakan tumbuhan tropika dan subtropika 
yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia 
kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi.

 Ðaunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.


ubi kayu jugak boleh 
menghasilkan berbagai jenis kuih muih


03 January 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H

Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 tahun ini adalah 
Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.
Marilah kita bersalawat ke atas Nabi Junjungan Besar kita.

 “Allahumma Shalli’ alaa sayyidinaa muhammadin wa’ alaa aali sayyidina muhammad.” 

 Bersabda Rasululullah Saw:
 “Barangsiapa bershalawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali waktu petang sepuluh kali,
 maka ia akan mendapat syafa’atku di hari qiamat, ” 
(HR. Al-Thabarî).

02 January 2015

Khasiat Buah Apricot

KHASIAT BUAH APRIKOT: 

 - mengandungi Carotenoids (antioksidan) yang membantu pencegahan serangan jantung. 
 - mengurangkan paras kolestrol jahat dalam tubuh &,melindungi badan dari serangan kanser. 
 - menjaga kesihatan mata.
 - memperkuatkan sistem respirasi untuk mengurangkan batuk dan asma.
 - merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen.
 - menjaga kesihatan jantung.
 - zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan
 - menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.


tp sya lebih sukakan 'apricot' tempatan ni hehe
buah kundang...

01 January 2015

BH Dah Naik Harga

Sebelum ni RM1.50

Tahun ni dah naik 30 sen
dah jadi RM1.80...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.