30 March 2011

Ketagih CityVille

Sejujurnya..
sejak mendaftar dgn FB
saya tak pernah buka/main game
Tak pernah...!!!!

Melihat anak2 bermain segala game kat FB
saya mencebik
buang masa...takde faedah...

dan dia org membalas balik
"mak tak main..
mak tak tau best giler..."

Anak lelaki saya 'memberi amaran'

"mak jgn main..
nnt mak ketagih
mcm cikgu abang
lambat masuk kelas
rupanya dok layan game"

dan beratus notifications kat FB saya
ajak join game tu,game ni
jadi neighbour la
jadi crew apa2 tah la
dia org igt saya yg main

tidak...!!
anak saya yg main
guna akaun FB saya

sehinggalah disatu hari
anak saya 'menunjukkan' bandar saya
yg dibinanya...
bla..bla..bla..
dia beri penerangan

sekali saya cuba...
ok..biasa ja..
kali kedua cuba...
eh best jugak ya
kali ke 3..
kali ke 4..

seterusnya...
saya dah kemaruk main cityville

seronok membina bandar
membeli tanah
membina rumah
melawat jiran2
mengutip syiling hehe
dan segalanya..

patutlah pernah keluar kat paper
tahun lepas

jutaan org didunia(penguna FB)
kemaruk dgn permainan ini..


oppss...mai la jadi 'jiran' saya :)

26 March 2011

Surirumah....





1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh.
Mungkin kerana mereka sepanjang hari
berada di rumah dan tidak perlu
buat kerja dengan segera.
Sepatutnya suri rumah sepenuh
masa dapat mengurus rumah
dengan lebih baik dan kemas.
Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa
hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas
rumah sebagai satu budaya hidup.
Sesungguhnya apabila mengemas
menjadi budaya harian,
mereka tidak memerlukan masa
yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak
supaya sentiasa bersih dan kemas.
Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi
dididik agar menghargai kebersihan.
Jika sejak kecil sentiasa
hidup dalam suasana bersih,
sudah tentu ia akan menjadi
budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah.
Hal ini berkemungkinan kerana mereka
sudah biasa hidup dalam suasana
yang tidak kemas dan tak terurus.
Akibatnya bila sudah berkahwin,
budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah
bukan perkara penting malah
merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa
mengira waktu sehingga tidak
sempat hendak mengemas rumah.
Macam ahli mesyuarat tingkap

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan
peribadi sebenar seseorang wanita.
Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan
kebersihan dan kekemasan rumahtangga,
sedangkan Islam amat menyuruh
umatnya sentiasa bersih.

buatlah segala kerja dgn redha dan ikhlas
kerana segala rungutan
akan menghilangkan segala pahala

'syurga bagi lelaki adalah didunia
syurga wanita adalah disana..'


SESUNGGUHNYA BKN
SENANG MENJADI SURIRUMAH..


23 March 2011

Di Rumah Ayah

Dari Gua Musang ke kampung saya
Gunung,Bachok
mengambil masa lbh kurang 2 jam


sebelah ptg,mengunjungi pantai irama



ada pasar malam disitu


berbagai warna dan bentuk layang2 dijual


sekolah ku dulu
berada disini selama 2 th (6 rendah & atas)
nasib baik lah FB menemukan semula
bekas2 pelajar sekolah ni



pasar jelawat..
mencari kuih muih tradisional kelantan
yang dicari dah jumpa
tapai ubi kayu..


pagi sebelum bertolak balik
berposing didapur yg sgt berselerak...

kanan sekali
mak sedara (adik arwah emak)
dari Thailand
beliau sampai beberapa minit sebelum saya bertolak balik


semoga ini bukan pertemuan
yg terakhir..

22 March 2011

Aktiviti di Gua Musang

Aktiviti di rumah kakak kedua saya
di Gua Musang
rumah ni ala2 rumah kedua saya
lepas mak meninggal
dia yg jadi mangsa saya..
nak makan laksam..minta dia buatkan
nak sambal kelantan..minta dia kirimkan..



saya tak pasti
berapa pinggan laksam
telah saya habiskan..


kolam ikan ni dibelakang rumahnya
patin,talapia dan kelah
antara yg diternak dlm kolam ni


saya tak 'berlama-lamaan' dikolam ni
kerana byk pacat...hehe

2 ekor kelah yg berjaya dipukat..






patin yg telah diperap sekejap
utk masak tempoyak
blend cili padi,kunyit hidup dan tempoyak
perap ikan tu lbh kurang 10-20 minit



mandi sungai
oleh sbb malam hari
dan pada paginya hujan
air sungai keruh dan deras
so pilih anak sungai ja
sesuai utk budak2 mandi



Balik Kampung ( Gua Musang)

Selepas melalui tanah tinggi Lojing
penguna jalanraya pasti jumpa sekolah ni
Sek Keb Post Brooke

Lambang Jajahan Gua Musang
gunung batu kapur kiri kanan jalan..cantik..


memasuki Felda Perasu
anak2 sawit yg baru ditanam semula
sapa yg kuat semangat ja
berani melalui jalan ni waktu malam..


dah sampai...


bersambung...

21 March 2011

Balik Kampung (Lojing-Tiada Lagi Kehijauan..)

Seperti Tanah Tinggi Cameron,
Lojing terletak di atas Banjaran Titiwangsa.

Secara geopolitik pula,
Lojing bersempadankan
Daerah Cameron Highlands
di Pahang dan dan
Daerah Kinta di Perak.

Dengan ketinggian dari aras laut
adalah sekitar 800 ~ 1000 meter,
suhu pula antara 18 C ~ 27 C.

Lojing tidaklah sesejuk Cameron
dan juga ternyata agak panas.
Tetapi masih dikira ber "suhu sederhana "
jika dibandingkan dengan lain lain tempat
di Kelantan dan juga di Malaysia.


Saya pasti ramai
yg masih ingat
isu tanah tinggi Lojing ni
agak panas sedikit masa dulu

Karam Singh Walia
pernah kesini ke..:)








Tiada lagi pemandangan menghijau
bukit ditarah dan digondol
utk tujuan pertanian

Yang pasti, setiap tindakan kita ke atas alam ini,
sememangnya ada kesan
keatas sistem ekologi

ALLAH jadikan bumi dengan
sebegitu indah,cantik..
bergunung ganang
tanah tinggi rendah
lautan,banjaran
semuanya ada fungsi...

sesekali alam merajuk
ketika itulah semuanya kelam kabut...


bersambung...........

20 March 2011

Balik Kampung ( Kulim--Cameron Highlands)

Salam...
seperti yg diberitahu
pada entri sebelum ni
saya sekeluarga pulang ke kampung di Kelantan

Bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi
hari Rabu
semua barang2 di pack pada malam hari lagi



singgah bersarapan di R&R Sg Perak

selesai makan..anak2 dan hubby
memanjat menara..
melihat pemandangan sekitar..
sedangkan saya..
tak sanggup mendaki anak2 tangga
utk keatas..

anak2 sapa la tu...


berbagai pilihan buah2an


jam 10...dah sampai Cameron Highlands
musim cuti persekolahan
manusia bagaikan semut menghurung gula..






gatal ja tgn ni nak petik buah tu

merah meranum...siapa yg tak terliur..

gerbera sedang mekar...cantik sangat...

bunga2 di taman
dan 'bunga2' di 'rumah' saya...








berada di CH beberapa jam
anak2 sedara di Gua Musang
dah beberapa kali sms,call
bertanya bila nak sampai..
nak lunch bersama

"sudah2lah tu...mcm awak tak biasa gi cameron"
"kami dah lapar ni.."

haha ...kita org sibuk berposing


Bersambung........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.