Buku istimewa ni
telah 2 th terperap...tak terbaca..
Ianya dihadiahkan sorg guru
kepada anak perempuan saya
(lupa pulak saya sempena apa..)
dan saya tahu
beliau takkan membacanya
Harry Porter yg tebal bagai tu
anak2 sanggup membacanya..
last2...mak jugak la yg membacanya
Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia
Penulis: Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
"Buku ini saya umpamakan sebagai
almari yang penuh perhiasan
supaya anda dapat memperelok diri dengannya.
Di dalamnya ada semburan keindahan,
kilauan kecantikan,
cahaya kebenaran,
yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.
Jika anda merasa telah
mencapai apa yang anda cita-citakan,
janganlah terus berpuas hati sebelum
anda benar-benar telah mencecah bintang.
Bukankah purnama tersenyum simpul
dan bintang-bintang berseronok riang?
Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan
anda menjadi racun yang akan membunuhmu? "