14 December 2020

Menu Yang Simple

Hari ni seawal pukul 9 lbh
Dah bersilat didapur utk masak tengahari
Menu yg simple2 ja
Masak apa yg ada dlm petiais

biasanya saya beli sekilo bawang merah,
bawag putih,bawang besar
semua dikupas siap2 dan simpan dalam petiais
cili merah,cili padi dibuang tangaki siap2
cili kering diblend siap2

nak masak cuma amik ja

taugeh goreng ala2 chicken rice shop
takde kuah sup utk celur taugeh
so celur dalam air biasa ja


kurma telur campur kentang

ikan goreng berkicap

haaa memang simple kan...

10 December 2020

Kampung People

Petang semalam
kami pulang kekampung
menjenguk2 rumah yg bakal diduduki



otw balik tu singgah la rumah kakak sulung suami
yg terletak dikampung tu jugak
kiranya kena lalu rumah maklong dulu sebelum kerumah kami
anak2 saya mula buat jakun
tengok ayam,dikejarnya
tgk kelawar yg dah mati ,menjerit takut

ros nan sekuntum dilaman maklong


Tasha kata
Mak jadi Puan Mona
Dia nak jadi Yummy yummy
Kakak jadi Lailer

09 December 2020

Gulai Udang Kacang Buncis

Gulai udang campur kacang buncis
Boleh juga guna kacang panjang
Kalau kt utara ni
Biasnya lauk ni selain utk makan nasi biasa
Jugak ada nasi lemak gulai udang
Biasanya dibungkus dlm daun pisang

Kalau ada sesiapa nk cuba boleh la try resepi ni

Udang sederhana besar-dibersihkan
Kacang buncis
Bwg putih
Bwg merah
Santan
Serbuk kari ikan

Tumiskan bwg metah dan bwg putih yg dihiris nipis
Kemudian masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dgn air
Dgn naik minyak
Masukkan santan
Biarkan 2,3 kali mendidih masukkan kacang dan udang
Masukkan garam secukup rasa
Lebih kurang 3,4 minit dh boleh tutup api

 

04 December 2020

Hari- Hari Terakhir Di Rumah Ini..


Sebenarnya saya sibuk berkemas utk berpindah
Insya Alah akan keluar dari rumah ni penghujung bln ni
ehh saya tak kemas apa pun
suami dan anak2 ja yg dok buat keje packing segala bagai tu


ni buah katak puru
diutara ni dipanggil bah nam-nam
ada orang bg
anak2 langsung tak pandang
errr mak nya pun tak makan jugak

cekodok pisang jejari ni 
dibuat oleh chf Alia


nasi ayam made by me

Kuaci
Antara kudapan ketika bersantai2
Saya sejenis yg kalau mula mengunyah kuaci
Bermasalah utk berhenti selagi tak habis

Kini ada kuaci perisa terbaru 
Salted egg
Siap dibuang kulitnya
Ngap ngap tak sedar habis sebungkus
Ketagih memang ketagih

terdapat dalam pelbagai perisa seperti BBQ,Spicy,Ori

Yg ni pulak berkulit




01 December 2020

Bihun Goreng

Selamat datang Desember
Saya masih berperang dgn ketiadaan nafsu makan
Tp demi anak2 terpaksa gagahkan diri memasak jugak

Kali ni cuma masak bihun goreng ja
Bolehlah makan sesuap dua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.