29 September 2016

Ulangtahun Perkahwinan Ke 25

 Tanggal 29 sept
tarikh saya bergelar isteri
kepada seorang lelaki yg saya cintai
 buku nikah dulu2
lesen penuh...

 Untuk kamu .......
yang telah aku pilih menjadi sayap kananku,
 aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah.
aku bukan perempuan setabah Fatimah.
 aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah.

 aku hanyalah perempuan akhir zaman. 

yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku.
 aku hanyalah perempuan akhir zaman, 
yang kadang kala mudah terasa jiwanya 
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
 yang cuba dan berusaha melengkapkan diriku 
untuk menjadi pelengkap rusuk kirimu. 

Untuk kamu....

 yang telah aku pilih  menjadi sayap kananku, 
kekhilafanku dalam tindak tanduk dan bahasaku,
 perlu dinasihati dan diperingati 
kerana aku perempuan akhir zaman yang mudah terlupa.
nasihati dan peringatilah aku
 selayaknya manusia dan selayaknya sebagai perempuan
25 tahun telah berlalu..
pahit manis kehidupan berumahtangga telah kita lalui..
semoga jodoh hingga ke hujung usia..Insya ALLAH..

17 comments:

  1. Tahniah kak...kami yg masih setahun jagung ini terlalu banyak pancaroba kena tempuh.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    selamat menyambut ulangtahu perkahwinan ^_^
    semoga segalanya dipermudahkan Allah S.W.T

    ReplyDelete
  3. Barokallah... alhamdulillah dah 25 tahun:)
    Comel-cute lagi masa tu kan hihi...

    Happy anniversary dari kakak.

    ReplyDelete
  4. Tahniah ....Semoga bahagia berkekalan till jannah.
    Sama lah buku akuan nikah akak...macam passport kan.

    ReplyDelete
  5. Salam ulang tahun yang manis, semoga berkekalan hingga 25 tahun lagi, 25 tahun lagi..sehingga ke jannah lah.
    Indah puisi tu

    ReplyDelete
  6. eppy anniversary kak... moga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  7. selamat ulang tahun perkahwinan
    semoga sentiasa disulami dengan kebahagian

    ReplyDelete
  8. Happy annivesary Kam. Moga kekal hingga keakhir hayat.

    ReplyDelete
  9. Selamat Ulang tahun perkahwinan akk...alaa comelnye akk....muda belia...mcm bdk skulah je....

    ReplyDelete
  10. zaman saya takada buku.

    cuma sijil saiz kertas kajang...

    ReplyDelete
  11. Tahniah Kak Kam...Selamat ulang tahun perkahwinan ke 25! Jubli Emas! Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  12. selamat ulang tahun perkahwinan kak kam.. comelnya gambor muda-muda dulu..
    doakan saya pun dapat menginjak ke ulang tahun 25 seperti kak kam ye..
    saya doakan agar jodoh kak kam berpanjangan sehingga ke jannah.. macam lagu KRU tu.. hihi..

    ReplyDelete
  13. Lamanya kak.. selamat ulangtahun perkahwinan akak dan suami. Alhamdullilah. Semoga bahagia hingga ke Jannah kak :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.