Dalam keluarga saya
4 org anak perempuan arwah emak mengalami masalah dgn jantung
Emak sendiri meninggal disebabkan sakit jantung
Semasa hayatnya arwah tak pernah ke hospital utk rawatan
Puas dipujuk,dipaksa tetap tak mahu pergi
Beliau lebih rela berhabis duit membeli berbagai suplement
atau ubat yg disyorkan kawan2nya
Malam kejadian arwah meninggal tu
Dek kerana tak tahan sakit
Dia sendiri yg meminta abang saya menghantarnya ke HUSM
Dalam perjalanan arwah bertanya jauh lagi ke nak sampai
Mak dah tak tahan sakit
Rupanya itulah suara terakhir yg didengar oleh abang Dan ayah saya
Beberapa minit selepas tiba di HUSM
Emak meninggal ketika azan subuh berkumandang
Ni kakak sulung saya
Beliau mengalami masalah dgn injap jantungnya
Skrg dok ulang alik ke HUSM utk rawatan
Ni kakak no 3
Menjalani pembedahan menukar injap jantung dah 2 kali
Pertama kali semasa saya berusia belasan th lg
Dibuat di IJN
Yg kedua 2 th lps dibuat di HUSM
Katanya kena operate dari leher hingga ke pusat
Ni adik saya
Seminggu sblm raya puasa baru ni
Dia mengalami sakit dada teramat sangat
Sempat,berpeluh,tido tak boleh,bangun pun serba tak kena
Esoknya selepas subuh beliau terus ke Hospital Pakar Perdana,KB
Kena marah dgn doktor pulak
“U berani drive sendiri dlm keadaan mcm ni...”
Setelah dibuat ECG
Disahkan mengalami masalah jantung tersumbat mcm saya
Esoknya terus dibuat angiogram dgn 2 stent
Dimasukkan kedalam saluran darah jantungnya
Tak mengapalah dia cepat dibuat angiogram
Sebab ke hospital swasta
Yg menelan kos 62k
Companynya biayai sehingga 75k utk staff yg ada masalah berkaitan jantung
Dia ni la yg dok bg semangat kt saya sekarang
Katanya angiogram tak sakit la
Tak rasa apa langsung
Harap2 la..