Menitis airmata ini merindukan kampung halaman tercinta
Masih ada lagi,
rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang,
masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi,
haruman mu ibu
Keringat ayah,
di kamar yang tinggal
Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram,
kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan,
aku kini rasa disayangi
Pulang abang,
pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi
Ku mohon ampunmu,
pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua,
desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti,
tempat ku berpegang
Selepas kau pergi,
kami yang tertinggal
Saudaraku,
dengar nyanyianku
Kalau boleh,
pulanglah selalu3
Syahdu. Kenangan memang tidak dapat dilupakan.
ReplyDeleteSetiap kali nyanyi lagu ni, mesti airmata meleleh, kak
ReplyDeletebanyak kenangan di kampung..
ReplyDeleteindahnya kampung dlm kenangn tiasa
ReplyDeleteSedih mengenangkan sekarang susah nak balik kampung :(
ReplyDeletekenangan lama juga yang manis kann :)
ReplyDeleteRamai yang sedih tak dapat balik kampung dan susah nak balik kampung
ReplyDeleteWak dari lahir sampai tua ni pun masih duduk di kampung.
ReplyDeleteNamun ada juga orang bandar sudah lupakan asal usul. Sudah lupa kampung, desa yang permai. Segelintir mereka sudah selesa di bandar, sebelum covid-19 pun raya pun tak nak balik kampung.
ReplyDelete