29 September 2019

Ulangtahun Perkahwinan Ke 28

Alhamdulillah..
hari ni genap 28 tahun kita melayari hidup bersama

Maaf diatas ketidaksempurnaanku sbg isteri
halalkan segala kekuranganku
semoga Allah memanjangkan jodoh kita hingga ke syurga

26 September 2019

Ladang Nipah Ismail Che Kar

Jika di kelantan
air nira kelapa
dipanggil 'tuak'
Di kedah pulak ada air nira nipah
dh tentu rasanya keduanya berbeza

Menikmati keenakan air nira nipah didalam 
ladang nipah
sesuatu yg sungguh menarik
Terletak di jalan Kuala Sedaka 
dlm daerah Yan
ketika saya sampai
11.30 pagi...tak ramai pengunjung lagi...
boleh la pilih tempat duduk yg dekat dgn parking 


Suasana nyaman dgn angin bertiup sepoi2
mengembalikan nostalgia duduk dikampung dulu2

redup ja suasananya
Itu bunga pokok nipah
nira keluar dari situ


Oleh kerana saya tak boleh minum air
melebihi 300ml ja
so yg dlm gelas kecik tu saya punya
bihun grg kuah laksa pilihan en suami



25 September 2019

Bermalam Di Merdeka Beach Resort

Pulang dari hospital
suami dh tak larat nk drive dh
dek tido2 ayam ja kt hospital tu

so pusing2 pantai merdeka
akhirnya dia mengambil keputusan
utk bermalam disini ja

Yang bagusnya resort ni
menyediakan kerusi roda utk yg memerlukan

Bilik yg menghadap pantai extra rm10
ok lah tu..
malam2 boleh dengar deburan ombak
Menghayati matahari terbenam
kejap lagi maghrib
semoga ada sinar dihujung perjalanan


Kut2 ada yg berminat utk bermalam 
disini

24 September 2019

Angiogram Yang Tak Jadi..


Pada pertemuan dgn doktor Hospital Sultanah Bahiyah
bulan 7 yg lepas
saya diberi surat utk masuk wad pada 4/8
Angiogram akan dibuat pada 5/8

So pada tarikh ditetapkan
saya telah mendaftar utk masuk wad pukul 2 ptg
wad 6
tunggu punya tunggu..
akhirnya pukul 9 lbh (malam)
baru ada kekosongan tempat
tu pun disediakan katil tambahan

Saya disuruh berpuasa
mula jam 10 mlm

Pagi esoknya..disuruh tukar pakaian utk masuk dewan bedah
tau2 pukul 9 lbh
datang doktor pakar bgtau
angiogram tak boleh dibuat hari ni 
badan saya kekurangan darah
pulakkkk...!!!

So saya disuruh blk dulu
dan dibekalkan  beberapa jenis ubat utk tambah darah
dan surat rujukan ke Hospital Kulim
utk buat Endoskopi

Hospital Sultanah Bahiyah
dan Hospital Kulim
dh jd rumah kedua saya dah...

23 September 2019

Ketam Masak Telur Masin


"Mak...depa dok bergerak2 lagi..
mcm mana nk bg depa mati..."
Alia menghantar wasap
ketika itu saya dan suami bermalam di Pantai Merdeka
"Letak ja dlm petiais kt atas tu..."

Hai chef pun tak tau nk matikan ketam ke..
 

Akhirnya siketam selamat dimasak telur masin
sedap dimakan mcm tu ja

21 September 2019

Magnetic Resonance Imaging (MRI)

Assalamualaikum
Sejak dikesan mempunyai masalah jantung
berbagai istilah perubatan telah saya pelajari
MRI,Endoskopi,Angiogram,Angioplastry ..
macam2 la..

Saya melakukan MRI di Hospital Seberang  Jaya
pada bln 7 th lepas
setelah berbulan menunggu giliran

Sebelum ditolak masuk kedalam mesin tu
pesakit diminta menanggalkan segala perhiasan
dan menukar pakaian
setelah itu diambil ukuran ketinggian dan berat badan
setelah mendengar penjelasan
saya diminta berbaring 
saya juga diberi sebiji bola utk digenggam
dan dipicit andai terasa sesak nafas atau lemas
yg paling penting
langsung tak boleh bergerak

Dengan perlahan2 katil ditolak masuk
walaupun dipasang pendakap telinga
masih jelas dipendengaran saya segala arahan dan bunyi2an

"Puan tahan nafas...30 saat.."
"Ok..bernafas mcm biasa.."
Saya didalam tak henti2 berzikir
terpikir keadaan dlm kubur kelak
sempit..

Lebih kurang 2 jam
saya terdengar bunyi beepppp..beepp..
alhamdulillah..dah selesai..

"Mcm mana puan...selesa tak.."

Saya hanya mampu mengangguk
kerana mulut terasa amat kering..
"tahniah puan kerana berjaya..kalau tak kena ulang semula,2 jam lg.."

Ya Allah...jika diberi pilihan
saya rasa dh takmau mengulanginya lagi..

19 September 2019

Makan Tengahari Di Ilyana Cafe

Ketika ke Penang utk mengambil
surat tawaran kerja Alia
suami  membawa saya dan Alia mkn tengahari
di Ilyana cafe
terletak di Teluk Kumbar,berhampiran pantai


semua lauk pauk pilihan saya
mungkin si suami menyedari saya dah lama tak makan kt luar
yg ni siakap masak stim
kangkung goreng belacan

Kerabu mangga...pedas yang amat..

No 10,gerai JKKK
jalan gertak sanggul,teluk kumbar,bayan lepas