Aku telah dilamar malaikat maut,
Aku bakal bernikah dengan kematian,
Aku bercerai dengan dunia yg aku kejar
Maharku adalah nazak dan kain kafan,
Pelaminku diwangikan dgn gaharu cendana
Disitu aku akan diarak dgn laungan azan
Berakadkan talkin,berwalikan liang lahad,
bersaksikan nisan..
Dan malam pertamaku akan diserikan dgn Munkar Nakir..
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian
dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu
dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu
diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti
Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam,
apa yang telah engkau persiapkan
saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia),
dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama,
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama,
demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan
apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Kematian itu pasti.
Ia tidak meleset meski hanya sedetik.
Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba.
Ia misteri.
Kerananya setiap orang semestinya selalu siap.
Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan.
Untuk mencapai itu,
harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan
segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala.
suka entry ni. terima kasih.
ReplyDeletePasti datang...
ReplyDeleteTerima kasih kak kerana mengingatkan akan kematian dan alam kubur ini..berdiri bulu roma melihat melihatnya...tp persediaan...wallahua'lam...
ReplyDeleteAssalamualaikum my lovely Kamsiah
ReplyDeleteBagus perkongsian ini. Tadi pagi terpercik sedikit minyak panas ketika mengoreng ikan..terasa panas pedihnya jari jemari apalagi siksaan panas di kuburan yg sempit tanpa aircond. masya allah. Istigfar berkali2...
Salam kenal kembali...:)
ReplyDeletePerkara yg paling dekatadalah kematian...dan yg paling jauh adalah masa lalu. nice sharing kak. Suka n3 ni.
ReplyDeleteSgt menyedarkan :)
ReplyDeletesesungguhnya mati itu adalah bagi setiap yang bernyawa...
ReplyDeletegd sharing, ingatan untuk diri sendiri juga ni !
ReplyDeleteSangat menginsafkan betapa diri kakak ini terlalu kerdil dan perlu banyak bekalan sebelum ke alam itu..
ReplyDeleteentry akak langkah demi langkah ni .. bua sy terkedu sekejap .. saat kematian adalah tidak diketahui kan..
ReplyDeletesaat ini pasti..tapi kita ni sering lupakan kak...
ReplyDeletekematian ada di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, cuma kita yang tidak mengetahuinya...oleh itu perlu bersedia sentiasa....
ReplyDeleteselalu bila bersembang dgn husband cikda .. dia selalu tanya cikda.."apa yang pasti dalam hidup kita ni..??" .. jawapannya - MATI..dia selalu pesan kat cikda, siapkan bekalan pada benda yang pasti, jgn asik mengejar perkara yg tak pasti.. bila baca n3 ni.. takut mengenang amalan sendiri
ReplyDeleteAl Fatihah pd semua yg pergi....sendu seketika teringatkan arwah....
ReplyDeleteya saat itu memang pasti.... bersediakah kita..
ReplyDeleteSesungguhnya mati itu adalah pasti..tq kak sharing
ReplyDeleteAlangkah indahnya jika keinsafan selepas membaca bait kata2 ini berterusan selama...Kadang2 keinsafan cuma timbul seketika, kemudian hilang bersama bayu semalam.....
ReplyDeleteTerima kasih Kam..
ReplyDeleteIngatan buat Makchaq yang kerap terleka dengan dunia..
terima kasih kongsi post ni kak..sekurang2nya bila baca terus mengingati mati..kerana mati itu pasti..org yg cerdik adalah org yg slalu mengingati mati.. :-)
ReplyDeleteYa Allah..
ReplyDeleteAmpunilah dosa dosa ibu bapa kami..
Ampunilah dosa dosa kami
Lapangkan lah kubur kami, terangkan lah kubur kami..
salam Kak Kamsiah...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih kerana mengingatkan cma tentang kematian..
muhasabah diri kak... bila lah turn kita pula yg menyusul....
cukup ke amal ibadat yg nk dibawa ke sana nnti..??? :(
salam kak.
ReplyDeleteingat mengingati tentang kematian ni sangat bagus...bila ingat mati dpat pahala,bila ingat mati takut nak buat dosa...kita selalu lihat orang mati,tapi tak ambil pengajaran,yang kita juga akan mati akhirnya...saya mengingatkan diri saya juga...
terima kasih..
ReplyDeletegood sharing kak...
Sabtu pegi Kulim insha Allah.... :)
Allahuakbar..makin tua ni sebenarnya semakin teringat akan kematian, takut 'bekal' ke sana tidak mencukupi. InsyaAllah masih memperbaiki kekurangan diri.
ReplyDeletemati itu pasti, yang masih hidup ni bersiap sedialah...
ReplyDeleteassalam kak kamsiah,
ReplyDeleteterima kasih berkongsi.
saling ingat-mengingati.
salam kak kamsiah..
ReplyDeletetermenung saya seketika..
bilalah tiba masa saya pula..
asyik sangat dengan dunia...
ya Allah..
Alamak.....seram plak......
ReplyDeleteSubhanallah... terima kasih atas ingatan. Bila sampai masanya tidak sedetikpun ditunda.... Perbanyakkan salawat istighfar dan zikir...
ReplyDeleteterima kasih atas prkongsian...
ReplyDeleteMati itu pasti.....
insaf....
ReplyDeleteTQ sharing Kak..
ReplyDeletesentiasa mengingati mati itu di tuntut...
subhanallahh
ReplyDeletegood sharing kak
meremang bulu roma kerana mengigatkan betapa daifnya saya nie
banyak lagi yg perlu saya dalami dan persiapkan diri
insyaallahh sama2 kita perbaiki ..
suke dgn entry nie ;)
salam sis kamsiah
ReplyDeleteMati itu pasti,-
ya Allah..insaf baca entry ni..thanks for the reminder...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.
ReplyDeletethanks berkongsi, seram sejuk membaca.namun tahu mati itu pasti
tima kasih atas ingatan ni kak Kam...amat menginsafkan...
ReplyDeletethanks for reminding,selalunya manusia terlupa,
ReplyDeleteasyik dgn kesenangan di alam ini.
alam kubur itu pasti, semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang tak rugi..rebutlah peluang mencari sinar syurga. Insha Allah.terima kasih
ReplyDeleteKematian itu pasti..
ReplyDelete