05 November 2014

Resepi Cream Puff

BAHAN-BAHAN CREAM PUFF :-) 

75 gram tepung gandum 
50 gram mentega
 125 ml air 
1/3 camca teh garam 
1 biji telur + 1 kuning telur 
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit gula aising, untuk hiasan

Cara2:

Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. 
Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut.
Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja.
 Matikan api dan biar suam. 

Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan.
 Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu. 
Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur.
 Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip.
 Matikan mixer.

 Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang 
 Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar 
(akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat).
 Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit 
atau hingga kuning keemasan.
 Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan 




BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :-) 
2/3 cawan susu segar
1 camca besa penuh tepung kastard
 1 camca besar penuh gula halus (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi) 
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega 
Secubit garam


Cara2:
Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.



 CREAM PUFF  CUSTARD VANILLA :- 
Ambil satu biji cream puff, gunting bahagian tengahnya
tp jangan sampai terputus
 Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping).
 Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana. 
Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard.
 Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....

30 comments:

  1. aisehhh... sedapnya kak.. lama sangat dah tak membaking

    ReplyDelete
  2. salam pagi..menggoda betul cream puff akak ni..imm x berani baking kek, biskut dan seangkatan..mesti fail huhuh

    ReplyDelete
  3. cantik menarik ja pn Kamsiah buat, saya paip tak cantik kat penyudahnya...kena buat lagi ni..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak...saya belum brekfes lagi nie, kalau rumah Kam di Aloq Staq tentu saya dah pi serbu...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak...saya belum brekfes lagi nie, kalau rumah Kam di Aloq Staq tentu saya dah pi serbu...

    ReplyDelete
  6. cream puff feveret...tapi tak reti nak buat...:)

    ReplyDelete
  7. sedapnya,lama nak try buat tp blm buat2 lg,huhuhu......

    ReplyDelete
  8. Resepi ni saya belum buat lagi.. ntah bila nak cuba buat sebab kalau nak beli rasa macam membazir sebab tak puas makan..
    T.kasih ye kak kongsi resepi kat sini.. ;)

    ReplyDelete
  9. Kamsiah, curahkan coklat cair atasnya... fuuh! lagi sedap!

    ReplyDelete
  10. sedapnya cream puff ni,
    inti cream tu rasa sejuk je kat tekak kan kak
    thanks sharing recipes :)

    ReplyDelete
  11. dah lama wife saya tak buat..
    dulu manjang buat pasal musim orang order cream puff :P

    ReplyDelete
  12. asalam ..nampak resipi ni memnag terbaik...rasa nak pergi beli bahan biar isteri masak sedap...

    ReplyDelete
  13. Comey2 jer ...warna keemasan..mesti sedap ni..buat sendiri puas hati.

    ReplyDelete
  14. Pernah buat sekali, tapi tak menjadi.... Rasa dah sedap, cuma bentuk tak berapa cantik.... Nanti nak cuba resepi ni pulak...

    ReplyDelete
  15. kalau rajin saya buatlah.. ahaks.. ^_^

    ReplyDelete
  16. aduhai... bertuahlah suami dapat isteri rajin ke dapur...

    ReplyDelete
  17. Salam. Hee sungguh rajin membuat kuih cream puff.

    ReplyDelete
  18. nmpak best je.. KA mmg lama x membaking sebab kerja2 ni dah diturnkan pada anagh. hehehe, neway tq share resepi yer

    ReplyDelete
  19. teringin juga nak buat
    tapi entah bila nak datang rajinnya tu =)

    ReplyDelete
  20. sedapnya...ntah bila nak buat agaknya ni

    ReplyDelete
  21. sedapnya. tapi CT tiada kerajinan nak buat. beli aja all the time :P

    ReplyDelete
  22. Wah! sungguh menyelerakan...sejibik macam jual kat kedai! Boleh dikomersialkan ni akak...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.