18 November 2014

Indahnya Kain Batik Sarung


Saya dilahirkan dan dibesarkan dikampung
jadi pemakaian kain batik sarung
menjadi pakaian harian saya
sehinggalah sekarang...saya sangat2 selesa berkain batik sarung ni

Bila kali terakhir anda bersarung?
Setahun yang lepas?
 Ketika kanak-kanak?
Adakah  kain batik itu menjadi pakaian harian ??
sekadar pakaian di rumah / kampung ??
 atau dijadikan sebagai pengubat rindu sekiranya rindukan Malaysia?

SARUNG,
sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m
dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.
 Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi
lazimnya menutupi bahagian perut atau pinggang hingga ke paras buku lali.
 Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara
seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa),
 Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei.
(maksud sarung oleh DBP)



"Apa guna berkain batik, 
Kalau tidak berbaju kasa, 
Apa guna memandang cantik, 
Kalau tidak berbudi Bahasa...."


 Kain sarung bunga emas, kain sarung doa ibu, kain sarung ayam serama,
dan kain sarung Terengganu tiga lapis
merupakan antara jenama kain batik sarung tempatan yang terkenal.


 Kain batik sarung sinonim dengan orang Melayu,
khususnya kaum wanita sehingga diabadikan dalam pantun Melayu.

"Apa guna berkain batik,
 Kalau tidak dengan sujinya,
 Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya."

Tahukah anda kain sarung mempunyai nilai estetika
dan nilai kebudayaan timur yang lebih dari yang kita bayangkan.
Nilainya bukan sekadar pada kain basahan seharian, 
tetapi mempunyai nilai sentimental pada agama, 
kedudukan dan adab sopan.



Sayangnya anak2 perempuan saya pula
sorg pun takde yg pandai pakai kain batik sarung
depa dgn track suit 24 jam
Tasha pulak..kalau dapat kain batik sarung saya
akan buat mcm ni la..

semasa saya masih bersekolah dulu
sorg guru wanita yg baru blk dari New Zealand memberitahu
jirannya (mat saleh) seolah terlopong mulutnya
sambil menunjuk2 tangannya kearah kain batik sarung yg 
dipakai oleh guru saya tu...

Very nice...amazing..
(ucap jirannya itu tak putus2)

Seorang lagi cikgu saya meberi petua
supaya kain batik sarung tu kekal lama warnanya

semasa dibasuh kali pertama tu...
rendam beberapa minit dlm besen/ baldi yg dicampur air dan cuka
cuka makan ya...bkn cuka getah 

49 comments:

  1. wah.. kali pertama saya tahu pasal rendam dengan cuka makan masa kali pertama basuh ni, nak elak pudar warna ea? lain kali leh try.. saya pakai juga seklai sekal, tapi ada 3 jelah kain batik ni..

    ReplyDelete
  2. Salam pagi, dulu bertelekung seperti Tasha. maktok yang buatkan:) baru ni ja terfikir kain batik sebab duk hias rumah..kain batik memang nampak santai.

    ReplyDelete
  3. Generasi lama jer yg masih pakai kain batik sarung ni. Generasi sekarang...nak ikat di pinggang pun xreti...mau asyik terlucut jer.

    ReplyDelete
  4. Mrs. A pun tak pandai sangat pakai sarung ni. Adapun yang dah siap jahit. Rajin pakai semasa berpantang bersalin dulu.

    ReplyDelete
  5. .anak2 kakak nk ikat kain batik pun tak pandai kamsiah...kalau dibiarkan mau terburai kain ...

    ReplyDelete
  6. .anak2 kakak nk ikat kain batik pun tak pandai kamsiah...kalau dibiarkan mau terburai kain ...

    ReplyDelete
  7. dana kt umah or kt kampung suke berkain batik kak, lbh mudah kot n sopan... kalu kt kampung kadang mak sbk suh pakai kain batik dr kami berseluar...

    n dana suke pakai kain batik yg lebar n bsr skit dr biasa kot, almaklum bdn beso kalu pakai yg kecik tu rasa tak puas lak...

    ReplyDelete
  8. selalu juga pakai di rumah..tapi sebenarnya lebih selesa bertracksuit,macam anak-anak akak jugak

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah lamo nyo tok paka kain sarung...

    ReplyDelete
  10. Saya kalau dok kat rumah lebih selesa pakai kain batik....Kamsiah. Mungkin dah terbiasa dari dulu kot.

    ReplyDelete
  11. Salam kak kam.. zaman anak dara dulu mmg selalu berkain batik.. dh kawin jarang pakai sbb mak mertua jenis xpakai kain batik, jd husben pon xbape suka tgk tun pakai kain batik.. hehe.. so ber-skirt labuh la kat umah.. hihi

    ReplyDelete
  12. saya baru tau petua tu kak.. mungkin sebab saya bukan penggemar kain sarung..
    Pemakaian pun hanya waktu pantang dan kebanyakkan dari kain batik yang ada saya hantar pada tailor untuk dijadikan kain baju kurung dan pakai ke pejabat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya sama ada kain sarung boleh dijadikan baju kurung? Untuk tujuan pemakaian ke pejabat secara formal. Ribuan terima kasih.

      Delete
  13. hehe..kita mmg selesa ngan kain sarung ni tp ank2 skrg xreti ikat kain sarung,kalu nak pkai gak kena siap jahit buat pinggang getah.

    Penah dgr gak kalu nak bg kain tahan lama kalernya tp xpenah pun buat!

    ReplyDelete
  14. Assalam Kak..

    Saya mmg x leh jauh dari kain batik..kalau kat umah, mmg selesa berkain batik jer..senang...pegi mane2 @ bercuti pun kene bwk 2 helai kain batik... nak salin2 lepas mandi or buat kain basahan... dah biasa dari dulu2...hehehe

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak kamsiah..

    Masa saya anak dara dulu memang tak reti pakai kain batik. Belajar pakai selepas kahwin dan memang pemakai tegar selepas bersalinkan anak sulung dulu.skrg ni kalau balik kampung, kadang2 kain batik emak pon saya rembat..hihi (^_^)

    ReplyDelete
  16. ooo tu petuanya...

    dulu, 1st timne dpt kain batik, sy pakai smpi lusuh ;-)

    ReplyDelete
  17. Batik... tulah seni yang unik nusantara kan?

    ReplyDelete
  18. Hehehe comel.. tp kalo pakai kain batik ni tak reja lekat.. asyik terburai jer.. pakai pun masa pantang.. heheheh

    salam perkenalan dr saya.. tq kak sebab sudi follow saya...

    ReplyDelete
  19. Saya bila sampai saja ke rumah terus gantikan seluar dengan kain pelikat. Pergi solat di surau atau di masjid juga berkain pelikat. Isteri pula lepas balik kerja mesti di rumah berkain batik. Tapi anak-anak lelaki dan perempuan kami tak reti (sebenarnya tak suka) pakai kain pelikat dan kain batik.....

    ReplyDelete
  20. Saya bila sampai saja ke rumah terus gantikan seluar dengan kain pelikat. Pergi solat di surau atau di masjid juga berkain pelikat. Isteri pula lepas balik kerja mesti di rumah berkain batik. Tapi anak-anak lelaki dan perempuan kami tak reti (sebenarnya tak suka) pakai kain pelikat dan kain batik.....

    ReplyDelete
  21. salam k.kamsiah..
    eheh.. cma sendiri belum lulus pakai kain batik.. mesti terjelir *lidahnya*

    ada sesetengah org tua yg menitik berat anak2 dara mereka harus disuruh memakain kain batik setiap masa..

    ReplyDelete
  22. KY pun jarang berkain batik, kecuali waktu bersolat di rumah.

    ReplyDelete
  23. Sy jns buas klo tdo. Kt uma mak jeLa sy pkai kain batik..tmpt lain x..hihi
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  24. saya pun suka berkain batik.. selesa hehe..

    ReplyDelete
  25. Errmmm kali terakhir idah pakai kain batik rasanya lebih 2 tahun lepas... huhuhu... kain batik nie idah pakai time dalam pantang jer kak... kekeke...

    ReplyDelete
  26. saya x reti berkain batik... asyik terlondeh... masa pantang pon, saya pakai kain baju kurung ;)

    ReplyDelete
  27. sejak ibu_suri jadi obes, kain sarung dia IM lah yang pakai...sesekali..ha..ha..

    (saja nak bagi dia senang hati...)

    ReplyDelete
  28. Puan Kamsiah,

    Melihat kain batik, teringat arwah ibunda saya. Sewaktu saya bertugas di Singapura dahulu seringkali apabila pulang ke rumah akan membelikan sepasang dua untuk arwah ibu saya.

    Terima kasih atas entri ini kerana secara tidak langsung mengingatkan saya kepada arwah ibu saya yang tercinta...

    ReplyDelete
  29. kak kamsiah, ana memang pemakai kain batik sarung tegar, selesa dan mudah..anak2 ana langsung tak pandai nak ikat kain sarung ni.. seronok dapat kumpul batik sarung ni kan..:)

    ReplyDelete
  30. Asalam wah berkiasa bahasa penuh makna..Batik Malayasia bagus juga memakainnya, Etuza suka pakai baju batik pada hari Khmais..kalau di Sabah tenmpat Etuza dikatakan sarung atau ( tapi) yang wanita pakai kan..sesuai dipadankan dengan baju kebaya...

    ReplyDelete
  31. Kam..ummi ni jual batik sarong, tapi tak pandai2 pakai batik sarong, asyik nak terlucut je hehe..

    ReplyDelete
  32. saya pun selalu pakai kain sarung batik.. Ada la beberapa helai bawak datang ke UK ni... Tapi dua tiga dah terkoyak.... Betullah lah org kata pakai dryer kain baju mudah jadi reput...

    ReplyDelete
  33. saya guna kain batik sarung kat sini untuk alas tilan budak tipah.. suka tengok. sejuk kat sini nak pakai sarung jer hehehehe tapi kalau boleh saya nak kirim lagi la kain batik sarung ni boleh buat macam2... sedap kain dia tak berbulu.

    ReplyDelete
  34. saya pun kadang2 pakai kain batik kalau nak tidur.. selesa and sejuk.. kalau saya berkelah atau bercuti di pulau pulau, biasanya bawak kain batik lepas (yang tak di jahit) untuk alas dan juga extra selimut, atau jadikan pario .. sayangnya ramai budak2 zaman sekarang dah tak suka pakai kain batik ni

    ReplyDelete
  35. Com imenso carinho
    estou aqui espero sinceramente ,
    que possa me entender.
    Ñ estou conseguindo digitar
    infelizmente .
    Espero , que não me deixe
    de me visitar por estar avisando ,
    que terei que visitar sem poder fazer comentário.
    È triste , mas tem coisa pior tenho esperança
    de recuperar um pouco de tudo que perdi
    a cada dia aos pouco.
    Conto com seu entendimento ,
    as coisa ficaram serias demais.
    Na medida do possível estarei deixando uma
    mensagem de amor e carinho.
    Estou triste porque sei ,
    que muitos ñ entendera.
    Um beijo terno e carinhoso.
    Evanir.
    PS:Estarei fazendo sorteio de um vestido Indiano
    caso gostar da brincadeira na lateral do
    eu blog tem um vestido ,Como selo de participação
    (homem uma camisa Polo.)
    Desejo desde já boa sorte quem sabe ñ será vc
    a entrar no novo ano com vestido mais um vestido novo.
    Vale para qualquer Pais..

    ReplyDelete
  36. Kakak suka berkain batik. Anak-anak kakak pun kakak dah ajar berkain batik. Utk elakkan perut buncit satu cara ialah dgn berkain batik..

    ReplyDelete
  37. farah pun tak berapa pandai pakai kain sarung akak ..huhuhu

    ReplyDelete
  38. selalu je pakai kain batik kak kamsiah.. senang nak pakai.. ^_^

    ReplyDelete
  39. oh..itu ke petuanya..kalau x main basuh camtu je

    ReplyDelete
  40. Ini pertma kali saya dengar tips menajaga warna kain batik

    ReplyDelete
  41. selalu pakai..nak nak lagi baru aje lps brpantang hihi
    suka pakai kain batik dr bertrack suit .lg selesa..

    lawak je pic bawah tu

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah, budaya berkain sarong masih dapat diterapkan dirumah, bagaimana.. ajar dari kecil, saya mengenalkan mereka dengan kain batik dan kain pelekat sejak seusia 5 ke 6 tahun. sekarang kakak yang sulung darjah 2 sudah selesa dan biasa berkain batik. beli kain sarong kanak2 kepada mereka.

    ReplyDelete
  43. gee hee jusoh@ yahoo .comFriday, May 15, 2015 12:54:00 pm

    Saya sangat berminat dengan kain batik doa ibu.di manatempat atau kedai yg menjual kain batik jenis ini d klntn? Unt pengetahuan saya bertujuan brniaga.harhp boleh bantu saya

    ReplyDelete
  44. gee hee jusoh..saya tak pasti di kelantan terdapat brand ni ke tidak..sbb kain ni saya beli kat Langkawi melalui biras saya..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.