27 March 2015

Warna Warni Bukit Bunga

Bukit Bunga merupakan kampung yang bersempadan dengan Malaysia-Thailand. 
Bukit Bunga terletak 30 km dari Tanah Merah
 sekiranya melalui Lebuhraya Timur Barat. 
Ianya beroperasi dari 9.00 hingga 7.00 malam.
ia seolah merupakan destinasi 'wajib' singgah..
 
antara yg dijual disini ialah makanan ringan

terdapat jugak periuk belanga,pinggan mangkuk,tikar dsb
buah2an pun ada..


beraneka warna serta saiz teddy bear

hmmm..ada yg berkenan la tu

24 March 2015

Resepi Apam Beras

Apam beras ni sesuai utk sarapan atau minum petang


Bahan-bahan 

 2 cwn nasi 
 2 cwn tepung gandum
 2 cwn tepung beras
 1/2 cwn gula pasir
 2 1/2 cwn air 
2 sudu kecil yis (mauripan)
 kelapa parut dgn sedikit garam

 Cara Penyediaan 

 1. Blend nasi dan air sehingga hancur 

 2. Setelah hancur,gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati

 3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

 4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
Boleh dimasukkan beberapa titi pewarna

 5. Perap selama 3 jam.

 6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

 7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

 8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

 9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.


kukus sebentar kelapa parut ni
supaya lambat basi

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak merekah
 sila guna api kecil semasa mengukus…. 
Kalau suka permukaan apam tu merekah dan tersenyum mekar
 boleh gunakan api besar semasa mengukus…. 
terpulanglah pada citarasa masing2.


21 March 2015

Colek Ayam D'Cherang Restoren

Saya berada  di Kelantan dari 17-20 hb
pulang bersama adik
utk menziarahi ayahanda yg kurang sihat

Semasa disana sempatlah  saya merasai makan 
Colek Ayam D'Cherang,Kota  Bharu
ni pertama kali makan


'
Sebenarnya ia ala2 pasembor kat  Penang
gabungan ayam, popia goreng,kentang ,cucur udang  dan lain2 lagi
dicicah bersama sos
tp kuah pasembor lebih pekat,pedas

10 March 2015

Menamatkan Langganan

Bermula 1 Mac yg lepas
saya telah menamatkan langganan akbar BH
Dapat la save bajet lebih kurang RM60 sebulan
(Hari Ahad langgan 2 akhbar)


sekarang baca online ja..

06 March 2015

Pertama Kali Berpisah

Suami kini berada  di Johor..kerja kat sana
walau boleh ber wasap
tak sama dgn dia berada disisi

Bagaikan separuh jiwaku pergi...
namun ku cekalkan hati demi anak2..

(mood:rindukan suami)

Lautan luas ku seberangi
 Ombak dan badai ku harungi
 Demi cinta ku hanya untukmu 
 Engkaulah seri dalam hidupku

 Gunung yang tinggi 'kan ku daki
 Lembah dan lurah ku harungi 
 Mati pun aku rela berkorban 
 Asalkan kau setia selalu

 Walau kini jauh 
 Kesetiaan ini hanya untukmu
 Berjuta godaan takkan mampu 

 Bisikanlah cinta
 Lewat angin malam
 Agar hidup ini
 Bukan dalam mimpi

 Malam-malam sunyi 
 Bayang-bayanganmu 
 Selalu dalam mimpiku 
 Berjuta harapan ku nantikan

04 March 2015

WW : Malam

jom layan keindahan panaroma malam







“Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran,
 penglihatan dan hati”. 
(Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.“

01 March 2015

Akuarium TAR Pulau Pinang

Dulu akuarium ni diberi nama Akuarium FRI Pulau Pinang
(Institut Penyelidikan Perikanan PP)
 tapi kali ni dah di tukar ke Akuarium TAR Pulau Pinang.

Tiket berharga RM5(dewasa)
dan RM2(kanak2)

Jom layan gambar2 ikan kat sini










kepala ikan ni mcm katak,kan.





sudut bergambar jugak disediakan..


 
Rangka ikan paus ni
terletak dibahagian luar

Berpadanan dgn harga tiket
akuarium ni tak la sebesra mana..


Kepada yang nak berkunjung, ni sedikit maklumat Akuarium TAR Pulau Pinang.
 Akuarium nie dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Ditutup pada hari Rabu
 Harga tiket Dewasa RM 5.00,
kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM2.00
dan rombongan sekolah RM 1.50.
 Lokasi muzium nie di Batu Maung..