Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6
yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’,
yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan,
sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan
bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya.
Mereka bertindak sebagai role model,
promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting.
Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik,
memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh,
suka menolong dan cemerlang dalam akademik
menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.
OBJEKTIF
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah
dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat
:
Mengamalkan cara hidup sihat
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.
Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
1) Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
2)Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
3)Murid belajar menghargai kesihatan.
4)Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
5) Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
6) Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
7)Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
8) Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
9)Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
10)Sekolah bersih
11)Sekolah bebas Aedes
12)Imej sekolah meningkat
Bagus penekanan yang diberikan kepada doktor muda...SA notice anak zaman sekarang sgt berbakat dlm kepimpinan..
ReplyDeletesalam kamsiah ..
ReplyDeletemoga nanti terzahir menjadi doktor yg sebenar ..
dapat berbakti kepada anak bangsa ..
tahniah atas pemilihan anak kam ..
Memang ada gaya doktor pun...
ReplyDeletebagus untuk anak2 mempelajari asas kesihatan..
ReplyDeleteAnak-anak perlu ditanam dari kecil apa yang ingin kita bentuk...
ReplyDeleteBagus adanya program macam ini