26 July 2016

Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu


 di kampung..pucuk ubi terbiar macam tu ja..takde nilainya
bila di buat masak lemak cili api pucuk ubi
anak2 a.k.a golongan muda tak memakannya
depa cakap pahit la...
BAHAN2NYA:-
 pucuk ubi kayu
 santan 
50g ikan bilis 
5 biji cili api 
seinci kunyit hidup
 3 ulas bawang merah
seulas bawang putih
garam 

 CARA2NYA:- 
pucuk ubi dipotong @disimpul..kemudian dicelur sebentar 
cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
kemudian tumbuk ikan bilis pula.
satukan pucuk ubi dan bhn yg dikisar.
 masukkan santan,garam dan .kacau sehingga mendidih
boleh  la ditutup api dapur..:)

22 comments:

  1. Kalau kakak biasa tak letak cili tapi makan dgn sambal belacan aduhai sedapnya.. Dpt petik dari pokok dia lagi best berbanding beli yg di pasar.

    ReplyDelete
  2. masak lemak mmg slera orang veteren ni akak suka sangat
    apa2 sayur kampong mesti nak masak lemak
    campur rebung pun sedap ni

    ReplyDelete
  3. Antara sayur faveret...sebab tu bila balik kg tak lepas peluang petik kt kebun mertua.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
    masakan kampung

    ReplyDelete
  5. Akak pun suka,anak2 akak yang besar2 ni pun suka bila sesekali masak lemak pucuk ubi ni.Akak sama macam kakzakie tak taruk cili....tapi ada lauk sampingan yg pedas lh

    ReplyDelete
  6. Saya suka celur sahaja dan makan dengan sambal kacang.
    Kalau ambil sendiri di kebun, kita ambil pucuk ubi saje,
    Kalau yang dijual di pasar tu daun ubi, banyak yg tua2.

    ReplyDelete
  7. SEDAPNYA MASAK LEMAK PUCUK UBI..MAKAN NASI PASTI BERTAMBAH TU

    ReplyDelete
  8. alahai kak... memang sedappp...huhuu...rindu masak lemak air tangan mak di kampung...:)

    ReplyDelete
  9. Salam kak kamsiah...lama tak singgah sini..maafkan saya

    Belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat akak sekeluarga....

    pucuk ubi ni rasa apa...belum pernah cuba...

    ReplyDelete
  10. sdp nih kak tp jgn mkn banyak... blh sakit urat hehehe
    dana lah tu klu mkn banyak2 sakit urat..

    ReplyDelete
  11. Teringat kisah lama masa mak baru bersalinkan adik di hospital.

    Saya masakkan gulai lemak pucuk ubi dan bawa ke hospital untuk mak...

    ReplyDelete
  12. sedapnya..makan sampai hirup kuah kat pinggan..

    ReplyDelete
  13. Sedapnya.. tambah-tambah kalau ada sambal tumis ikan bilis..
    Pergh!! Memang ohsem..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●