06 September 2018

Anugerah Tokoh Pelajar


Tahun lepas semasa hadir hari anugerah cemerlang
Tasha ditahun 5
penerimanya pelajar lelaki
ibu dan ayah dijemput naik ke atas pentas

terdetik dihati saya
dan saya berdoa
agar th depan(tahun ni)
anugerah tu milik anak saya

Alhamdulillah..doa ibu tiada hijabnya
kami suami isteri dijemput hadir pada majlis tersebut
berkali2 suami bertanya
saya pasti ke nak kesana
yalah berkerusi roda
nanti lenguh duduk berjam2 kat  sana

Allah memudahkan urusan saya
sampai disekolah ramai yg menolong menyorong kerusi roda saya




ketika cikgu membaca biodata tokoh anugerah pelajar
saya sebak mendengarnya

"Beliau anak bongsu daripada 4 org adik beradik
kepada pasangan Kamsiah Yusoff dan En Shaharudin Abdlah
bercita2 ingin menjadi seorang doktor
aktif dalam berbagai ko korikulum
mendapat sokongan padu rakan2 utk jawatan ketua pengawas..

satu persatu disebut kemenangan Tasha dalam berbagai kegiatan..

saya dibawah pentas sebak lagi..


alhamdulillah..semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu wahai anak..

04 September 2018

Jeruk Mempelam

Sejak jatuh sakit ni
mulut terasa payau sentiasa
dek kerana banyaknya ubat yg terpaksa ditelan

Asyik nak makan buah2an yg masam2 ja

buah mempelam telur

siap dipotong2..

rendam bersama air garam semalaman...
tujuannya ialah utk mengekalkan keranggupannya


Esoknya...buang air garam tersebut
jika terlalu masin
bolehlah dibilas seklai
jika dah elo masinya..
masukkan gula
dan biarkan semalaman lagi


yg ni belum diletak gula lagi..

Duit Google Adsensse


Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNYA
menyedut udaraNYA dibumi ini
doakan kesihatan saya makin baik

Dan alhamdulillah jugak
semalam saya  mengeluarkan duit
hasil iklan yg dipasang diblog ni
terimakasih en google
walaupun blog dah suam2 kuku

Yang bestnya ianya dibayar dalam USD
 dan bila ditukar ke RM..lumayan juga



USD 101
dapat la RM400lebih..alhamdulillah..