10 November 2019

Bihun Goreng Pink


Saya berasal dari Kelantan
dan bihun kaler pink  ni sesuatu yg biasa disana


1 peket mihun- direndam dengan pewarna pink/cochineal. 

5 ulas bawang merah 

7 ulas bawang putih

Sedikit serbuk cili- optional 

1 mangkuk kecil sos cili 

1/2 mangkuk kecil sos tomato

 Sayur2an secukupnya

 Udang kertas secukupnya

 Garam Gula


 Cara memasaknya;
 Mesinkan semua bawang merah dan bawang putih serta serbuk cili. 

Tumiskan bahan mesin hingga naik minyak. Masukkan udang kertas. 
Goreng sekejap.

Masukkan sos cili dan sos tomato- kacau.
 Masukkan 1 mangkuk kecil air.

 Masukkan garam dan gula. Rasakan masin dan masinnya

.Pastikan masin dan manisnya lebih sebab belum dimasukkan mihunnya.

 Bila kuah menggelegak, 
masukkan sayur2an

Masukkan mihun yang telah ditoskan.

 Kacau hingga air kering dan mihun masak.

7 comments:

  1. Nampak sedap tengok bihun pink kamsiah..

    Nanti nak jalan2 Kelantan pulaklah..
    Byk makanan yg menarik disana .

    ReplyDelete
  2. so far ammi tak pernah jumpa lagi bihun pink..
    kalau terjumpa ntah ammi ambil ke tidak sbb hahahahha..entahlah. lenmacammm

    ReplyDelete
  3. Resepi dah simpan lama, sos labu pun dah beli.. buatnya saja belum lagi..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah nampak bihun goreng kaler pink ni kak

    ReplyDelete
  5. JM suka warna pink tapi kalau bihun warna pink rasa pelik lak nak makan ihihih

    ReplyDelete
  6. kalau di Kelantan mana boleh dapat bihun goreng pink ni ?

    ReplyDelete
  7. Cantiknya.. Kalau buat kat rumah nie, sure anak-anak suka..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●