30 March 2021

Tips Mengelakkan Bendi Berlendir

Bendi
Antara sayur yg murah dan mudah didapati
Boleh dimasak dgn pelbagai cara
Namun ada jugak segelintir mereka
Yg tak menyukai bendi
Sebab lendirnya

1. Rendam dengan cuka makanan

Rendam bendi yang telah dipotong bersama dengan 2 sudu cuka makan. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, rendam airnya dan rendam kembali dengan air biasa. Ramas bendi dan buangkan lebihan lendir yang masih ada. Toskan semula dan cuci lagi sebelum digunakan untuk memasak.

2. Basuh dengan asam jawa

Potong bendi, kemudian basuhkan bendi bersama dengan air asam jawa. Boleh juga rendamkan bendi seketika dengan air asam jawa untuk hilangkan lendir.

3. Garam

Selepas memotong bendi, cuci dan bersihkan bendi seperti biasa. Ambil garam secukupnya dan gaulkan. Biarkan seketika dan cuci terlebih dahulu sebelum masak. Perhatikan lendir pada bendi sudah berkurangan.

4. Rebus

Salah satu kaedah yang tanpa memerlukan beberapa cara di atas adalah dengan merebus. Gunakan teknik memasak yang melibatkan proses merebus seperti singgang, masak asam pedas dan kuah kari.

5. Lapkan

Kadangkala beberapa teknik di atas seperti merendam dengan air asam jawa dan menggaulnya dengan garam mampu menghilangkan rasa ‘manis’ atau rasa semula jadi pada bendi.

Cara ini mungkin agak remeh, tetapi bolehlah dicuba bagi mengekalkan rasa bendi. Caranya belahkan bendi terlebih dahulu. Bersih dan toskan. Kemudian biarkan bendi bertapis dalam bekas berlubang. Ambil kain yang bersih dan lapkan tengah-tengah bendi.



6. Basuh bendi terlebih dahulu

Sebelum dipotong dan disiang. Basuh bendi terlebih dahulu kemudian sejatkan dalam penapis. Bila air benar-benar kering, barulah bendi dipotong. Tak perlu membasuh lagi bendi selepas dipotong.

7. Jangan potong bendi terlalu awal

Potong bendi sewaktu kuah betul-betul menggelegak atau sewaktu anda benar-benar hendak masukkannya dalam masakan. Cara ini adalah untuk tidak membiarkan bendi mengeluarkan lebih banyak lendir selepas dipotong dan dibiarkan terlalu lama.

Semoga perkongsian tip ini memberi manfaat kepada anda semua!



29 March 2021

Kerabu Terung Ala Kelantan


Kelmarin YB datang bawak selori sayur2an
Haaa sapa yg nak p amik ja
Tuan rumah simpan kt saya
5 biji terung,2 biji labu air
Dan bendi

Haha maunya hari ni menu setiap rumah
Kt kg ni berasaskan sayur2an yg dapat
Free kelmarin

Terung tu saya jadikan kerabu ala2 kelantan
Dah lama dok teringin tp tak terbuat2 pun
sbb yg makan cuma saya sorg ja

Memula celur terung sampai empuk
Toskan
Siat2 kulitnya kemudian susun dlm mangkuk isinya

Grg kelapa hingga keperangan
Tumbuk bersama isi ikan yg telah direbus
Bawang merah
Garam gula dan garam serta jus limau nipis
Tuang sedikit santan pekat
Siap
Kalau nak pedas boleh ja diletakkan cili padi

Dan jugak bendi grg telur

Labu air ni berbulan mau habis
Terung pun masih ada lg
Dan bendi pun berlambak lg dok ada

18 March 2021

Fish & Chips


Dikala takda selera mkn
Saya gagahkan jugak diri menelan sedikit makanan
Nasi..mi..bihun..tu langsung
Tak boleh nk telan

Kata bakal besan saya
Ubat2an yg diberi doc tu
sebenarnya yg membantutkan selera mkn saya
Yalah dgn berbagai penyakit
Saya tak boleh mkn ikut sedap mulut ja

Fish & chips
Ada sos tartar 
Yg masam2 tu boleh la jgk ditelan
Dah tu perah lemon lagi

F&c kt Urban Inn
 Makan kt Nana's Classic

F&C dari Marrybrown



Fish & chips dari SR
2 potong ikan
Tak mampu dihabiskan


16 March 2021

Anak Dara Dipinang Orang

Alhamdulillah...Alhamdulillah...
syukur pada MU YA ALLAH
tanggal 12/3 yg lalu
anak kedua saya, Alia Laila
selamat melangsungkan pertunangan dgn pilihan hatinya
Muhd Adzeem Mahatzir

Pada majlis merisik akhir bulan 12 th lepas
pihak lelaki bercadang utk datang meminang pada 12/2
tp dek covid 
dan si abangnya kena kuarantin kt KL
majlis ditangguhkan pada 12/3  pulak

majlis yg sederhana ja



ini antara hantaran dari pihak kami






rombongan lelaki tiba selepas asar

pelamin yg simple









bila chef bertemu jurutera kimia
















si abang dh jadi bapa org dah
no 2 dh jadi tunang org dah
tinggal 2 kuntum bunga lagi





15 March 2021

Sup Ketam




Ketam bunga beberapa ekor
Bersihkan dan dipotong dua

Tumis bwg putih,bawang holland,hirisan halia
Dah naik baunya masukkn air,sup bunjut
Dah mendidih masukkan ketam,
Perasakan dgn garam,serbuk perasa,cili padi dan taburkan hirisan daun syp dan daun bawang
Utk lebih beraroma,
Tuangkan sedikit minyak bawang putih
Sedia utk dinikmati




14 March 2021

Siapa Artis Ni..



2,3 hari lepas
Alia keluar bersama adiknya Tasha

Tak lama kemudian saya terima call darinya

" makkkkk...baby jumpa artis yg baby dok minat sgt tu.."

" sapa..."jwb emaknya acuh tak acuh

Lantas disebutkan namanya
"Haaa sapa tu
Tak pernah dgr pun.."

"Mak ni..dia berlakon dlm drama!@÷#$#%%"
Dan diberikan lg beberapa contoh hasil lakonan artis ni

"Tak kenal..dan mak tak minat .."

"Mak ni..buat penat baby explain ja..
Dah la.."

Hahaha...ternyata dunia artis/ hiburan
Bkn lg menjadi minat saya dikala usia begini



13 March 2021

Pengat Pisang Nangka

Pisang nangka yg berbaki 3 biji
Terbiar ranum
Alahhh..anak2 katanya tak makan kuih muih kampung mcm cekodok
Tuuu...yg depa dok pulun makanan korea tu

So emaknya mengagahkan diri membuat
Pengat pisang nangka
Cari2 sagu tak jumpa
Santan pun guna yg dlm kotak ja

Simple pun simple la


11 March 2021

Menu Pembuka Selera

Alhamdulillah hari ni ada selera sikit nk makan
Habis la sesenduk nasi
Kalau tak sesuap ja dh tolak pinggan nasi

Menu disediakan anak menantu
Cuma pesan mak nk mkn yg simple2 ja

So jadilah ayam goreng halia
Oleh chef Alia
Ayamnya mesti digoreng garing
Itu selera saya


Kailan goreng ikan masin
Campur udang dimasak oleh menantu


Ulam pucuk ubi

Ada ulam mestilah ada sambalnya


Dan desert lotus biscoff dibuat oleh menantu




09 March 2021

Sibuk Layan Cucu



Setelah berkali2 terpaksa ditangguhkan
Alhamdulillah akhirnya cucu nan sorg
Telah selamat tiba dipangkuan pd 8 mac lps
Cadangnya depa nk  balik KL pada 14 hb ni
Pool ni saya oder kt shopee
Seminggu sebelum Arash blk
Haha nasib baik muat nk letak kt laman


Kereta ni pun oder kt shopee jgk
Kalau kt kedai biasa harganya antara rm300- 400 lbh
Kt shopee bawah rm20
Untuk cucu ,kan
Haha tokwan siap tempah nama plat lg


02 March 2021

Menu Sepanjang Minggu

Apa yg dimakan sepanjang minggu..?
Alamakk..org lain sibuk pasal hantar anak th 1 kesekolah
saya pulak sibuk dgn makan..makan..
Yalah..saya dh lepas zaman tu
Yg bongsu pun dh tingkatan 3 dh th ni

Char kueteow


Talapia masak asam pedas


Sayur campak2


Ketam masak lemak cili api

jemu makan nasi putih
kita bertukar selera ke nasi tomato pulak


acar timun campur nenas
dan ayam masak merah sbg pelengkap


bihun goreng simple



cili kering blend siap2
simpan dlm petiais bahagian dinginbek