Jika ini kali pertama anda mengetahui atau mendengar mengenai minuman Ais Tingkap, berikut merupakan lima perkara menarik mengenai minuman istimewa ini yang anda harus tahu:
1. Asal usul nama
Nama Ais Tingkap tercipta kerana dahulu pemilik kedai ini menjual minuman air campuran istimewa dari tingkap kedainya.
Kini, pemilik perniagaan ini diwarisi oleh generasi ketiga keluarga mereka iaitu Mohamed Asri dan Mohamed Taufique Seeni Mohamed.
2. Harga
Harga segelas Ais Tingkap ialah RM2 .50 hingga rm 4 sahaja. Bergantung pada bahan yg diminta pembeli .Dah la menyegarkan, banyak pula isi kelapa yang diletakkan dalam setiap gelas.
3. Bahan dalam minuman
Selain kelapa dan biji selasih, herba lain seperti kembang semangkuk, biji basil dan getah anggur ditambah bagi memberi rasa sejuk apabila anda minum.
4. Jenis rempah ratus digunakan
Malah, rempah ratus turut dicampur untuk memberi rasa yang unik dan segar seperti serai, rempah kayu manis dan aroma bunga. Memang segar betul bila dapat minuman campuran sebegini.
Memang menelerakan kelihatan minuman ni. Unik lah pula nama gerai dia, suka saya tengok
ReplyDeleteSedapnya...terliur tengok๐
ReplyDeletesedaptu spesyel caranya
ReplyDeleteBegitu asal cerita ais tingkap rupanya. Memang nampak sedaplah dengan kandungan isinya. Harganya pun mampu beli.
ReplyDeletemenariknya kak... tup-tup teringin mesti segarrrr je rasa di tekak nih
ReplyDeletedah 2 tahun tak pi Penang..rindu sungguh laa. Nampak ais ni terliur sungguh
ReplyDeleteUnik betul. Bukan air sirap biasa biasa ni. macam macam ada dalam tu. Puaslah saya fikir apa getah anggur tu. Rupanya kismis ye. Menarik juga tu dengan rempah letak sekali. Letak isi kelapa dan selasih tu pastinya menyegarkan dan sedap.
ReplyDeleterindunya nak minum sini. Lepas shopping jeruk kat kedai Pak Ali memang selalu singgah sini
ReplyDelete1st time dgr..haus plak tgk air tu...oh ada herba juga
ReplyDeleteTengok bahan-bahan saya tertarik untuk rasa.
ReplyDeletePernah minummm sekali, memang sedappppp!
ReplyDeleteIst time dengar ni...x pernah rasa lagi...rasa macam nak cuba je nanti...lalu kat tekak sejuk2 ni...huiii sedap..tapi SA x minum ais plak
ReplyDeletegetah anggup ape ye kak, yg macam halwa tu ke
ReplyDelete