09 September 2021

Ais Tingkap

Ais tingkap



Ingatkan ais tingkap ini apa tapi rupa-rupanya minuman ais parut campuran istimewa yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang sahaja. Dari luaran nampak seperti air sirap selasih biasa yang ditambah dengan isi kelapa, tetapi  rasanya sungguh istimewa dengan campuran bahan-bahan lain

Jika ini kali pertama anda mengetahui atau mendengar mengenai minuman Ais Tingkap, berikut merupakan lima perkara menarik mengenai minuman istimewa ini yang anda harus tahu:

1. Asal usul nama

Nama Ais Tingkap tercipta kerana dahulu pemilik kedai ini menjual minuman air campuran istimewa dari tingkap kedainya.

Kini, pemilik perniagaan ini diwarisi oleh generasi ketiga keluarga mereka iaitu Mohamed Asri dan Mohamed Taufique Seeni Mohamed.


2. Harga

Harga segelas Ais Tingkap ialah RM2 .50 hingga rm 4 sahaja. Bergantung pada bahan yg diminta pembeli .Dah la menyegarkan, banyak pula isi kelapa yang diletakkan dalam setiap gelas.

3. Bahan dalam minuman

Selain kelapa dan biji selasih, herba lain seperti kembang semangkuk, biji basil dan getah anggur ditambah bagi memberi rasa sejuk apabila anda minum.


4. Jenis rempah ratus digunakan

Malah, rempah ratus turut dicampur untuk memberi rasa yang unik dan segar seperti serai, rempah kayu manis dan aroma bunga. Memang segar betul bila dapat minuman campuran sebegini.

5. Lokasi

Kepada anda yang berada di Pulau Pinang atau bakal berkunjung ke sana, jangan lepaskan peluang untuk ke gerai Ais Tingkap yang berada di Jalan Tamil, bersebelahan Pasar Chowrasta. Ia dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 7 malam.




13 comments:

  1. Memang menelerakan kelihatan minuman ni. Unik lah pula nama gerai dia, suka saya tengok

    ReplyDelete
  2. Begitu asal cerita ais tingkap rupanya. Memang nampak sedaplah dengan kandungan isinya. Harganya pun mampu beli.

    ReplyDelete
  3. menariknya kak... tup-tup teringin mesti segarrrr je rasa di tekak nih

    ReplyDelete
  4. dah 2 tahun tak pi Penang..rindu sungguh laa. Nampak ais ni terliur sungguh

    ReplyDelete
  5. Unik betul. Bukan air sirap biasa biasa ni. macam macam ada dalam tu. Puaslah saya fikir apa getah anggur tu. Rupanya kismis ye. Menarik juga tu dengan rempah letak sekali. Letak isi kelapa dan selasih tu pastinya menyegarkan dan sedap.

    ReplyDelete
  6. rindunya nak minum sini. Lepas shopping jeruk kat kedai Pak Ali memang selalu singgah sini

    ReplyDelete
  7. 1st time dgr..haus plak tgk air tu...oh ada herba juga

    ReplyDelete
  8. Tengok bahan-bahan saya tertarik untuk rasa.

    ReplyDelete
  9. Ist time dengar ni...x pernah rasa lagi...rasa macam nak cuba je nanti...lalu kat tekak sejuk2 ni...huiii sedap..tapi SA x minum ais plak

    ReplyDelete
  10. getah anggup ape ye kak, yg macam halwa tu ke

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.