03 September 2021

Khasiat Bebuas

Selesai saya memblend sambal belacan
Suami tanya nk makan ulam tak
Ulam apa..saya tanya
Ada pucuk cabang tiga,/tenggek burung
Kt belakang rumah.
Banyak pucuknya..

Haa..pergi la ambil kata saya

Tp yg dibawa masuk bukan pucuk cabang tiga
Rupanya pucuk bebuas
Hmmm bebuas pun bebuas la
Jgn cik abg yg membuas sudah..


Bebuas, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. 
Bebuas ialah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak di tanam di halaman rumah. 

Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat melayu kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. 

Selain daripada di makan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu. 

Bebuas merupakan tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. 

Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur jika mendapat cahaya matahari dan air yang cukup



Pokok bebuas terkenal dengan khasiatnya yang dapat membuang angin dalam badan dengan cepat jika dimakan mentah sebagai ulam. 
Angin dalam badan akan menyebabkan penyakit seperti sakit pinggang, sakit belakang, lenguh-lenguh sendi dan kembung perut.
 Secara tidak langsung amalan menjadikan pucuk bebuas sebagai ulam dapat membantu mengelakkan masalah tersebut.




 

11 comments:

  1. Ada pokok ni merimbun di belakang rumah
    tapi jarang2 buat ulam sebab rasanya agak pahit/kelat

    ReplyDelete
  2. Dekat rumah atok ada pokoknya tp dana tak pernah buat ulam, nanti nak cuba la kalau balik kh

    ReplyDelete
  3. bebuas biasanya dlm hutan n antara daun nasi ulam

    ReplyDelete
  4. Tenggek burung pun saya tak tahan pahitnya, kalau Bebuas ni rasanya tak mampu kot. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pahitnya x sampai mcm tenggek burung...pahitnya sedap je rasa....

      Delete
  5. First time dengar bebuas ni, banyak jugak khasiatnya, baru saya tahuuuu.

    ReplyDelete
  6. Bagus makan ulam-ulaman. Banyak khasit dan menyihatkan. Tak pernah lagi jumpa bebuas di LD.

    ReplyDelete
  7. Ulam tenggek burung tu saya suka. Bebuas ni tak pernah nampak pulak. Sedapnya ada ulam dan sambal belacan. Tambah ikan goreng. Dah cukup untuk saya :)

    ReplyDelete
  8. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete



• ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●