Pesanan untuk anak2 perempuanku
Pesan bonda
kerana kita perempuan
doa adalah pohon kekuatan
kerana kita perempuan
malu adalah dahan keimanan
kerana kita perempuan
harga diri bukan nilai tukaran
kerana kita perempuan
sabar itu mahkota kemenangan.
Pesan bonda
kerana kita perempuan
air mata bukan penyudah jalan
kerana kita perempuan
di situlah akar diri bertunjang.
nice one...perempuan walaupun lemah fizikal tapi dia kuat..
ReplyDeletePuisi yang indah,
ReplyDeletewanita juga kuat sekuat akar yang memaut pohon di bumi
ReplyDeleteHarap kekuatan dan doa daripada ibubapa.
ReplyDeletePesanan yang baik. Semoga anak-anak akak menjadi wanita solehah
ReplyDeletePesanan yang baik dan indah. Saya nak ambik jugaklah pesan akak untuk diri saya.
ReplyDeletePerempuan tak dapat dipisahkan dengan airmata, tetapi di sebalik air mata itu ada kekuatan jiwa.
ReplyDeletePesan bonda kena ingat selalu. Semoga anak anak menjadi anak yang solehah. Aaaminnn...
ReplyDelete