Musim bah datang lagi
teringat memori dulu2
sewaktu di alam kanak2
musim bah sinonim dgn segala ubi2
yg 'wajib' menjadi makanan harian
dikala itu...
(tak kenal kentang goreng atau pelbagai makanan segera)
dirasakan ubi2 yg direbus
adalah makananyg paling lazak
paling nikmat
kerana hanya itu yg ada utk dimakan
ini ubi gadong
sebelum boleh dimasak/makan
ia perlu direndam beberapa hari ditempat air mengalir
arwah emak akan merendamnya didalam sungai
ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun
ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun
iaitu alkaloid Dioscorine yang larut dalam air
biasanya mak akan masak ubi ni bersama pulut
kemudian digaul bersama kelapa muda...
baunya...aromanya...
membuatkan cepat2 bangun dari tidur
ubi kayu...
pastinya semua org kenal
jika 'mood' teramat2 malas
ubi ni boleh direbus
dan dimakan bersama kelapa yg digaul
bersama garam/gula
atau sambal ikan bilis
kalau 'rajin'..
boleh dibuat kerepek,bingka,pengat
atau disira...
dulu2..dan sekarang..
saya sukakan ubi kayu yg tak empuk
bila direbus..
emak kata,ubi tu ditenggelami air
so teksturnya berubah..
walau direbus selama mana pun
ia tetap tak empuk.
keledek...
biasanya emak cuma merebusnya utk dimakan
atau dibuat cek mek molek
ataupun 'kaki ayam'....sedapnya..
ini pulak ubi badak
biasanya emak cuma merebusnya saja
utk memakannya
ubi itik..direbus bersama kulitnya
nak makan...kupas ja..
ubi sarek..
biasanya dicampur dalam bubur asyura
atau dibuat pengat
sekarang...sekali sekala..
ada la sekali dua dalam setahun
menikmati ubi kayu rebus
lain2 ubi...usahkan nak makan..
jumpa ubi2 ni pun tak..
anak2 pun tak kenal
dan tak tau nak makan...
semua gambar adalah sumbangan en google
K Kamsiah: saya mkn ubi kayu goreng semalam kak!
ReplyDeletebaru semlm kak saya makan ubi kayu rebus cicah gula/garam, fuuhhh sedapp, tambahan lak makan time panas2
ReplyDeleteSalam Kam,
ReplyDeleteBestnya tengok gambar-gambar pelbagai ubi tu.
Sedap ubi kayu rebus cicah nyior makan dengan air kopi panas.
Sayangnya anak-anak sekarang tak pandai makan ubi rebus macam kita dulu2.
oh!Ubi badak ni dah lama tak makan.
ReplyDelete@azzeyazzey...saja nak bg terliur la tu...:)
ReplyDelete@MAMASYAZAkalau ada air kopi kaw2..lg best...
ReplyDelete@Kunang-Kunangitu la..anak2 skrg lbh kenal makanan segera..tau nak oder..smp depan pintu ja
ReplyDeleteubi badak tu nampak yummyyyy...:)
ReplyDeletesedapnya ujan2 nie mkn ubikayu rebus campur kelapa dan gula.. plus air kopi kan..
ReplyDeletesalam Yah..wow sedapnya makan ubi gadung dgn pulut tu n makan pengat sarek..tapi yah sekarang ni susah nak makan ..agaknya dah tak ada yg tanam kut..makan time panas2 dimusim hujan ni terangkat kaki..hehe..
ReplyDelete@Ivy Metagaivy..kalernya tu yg mengancam hehe..
ReplyDelete@Cikgu Yus ya la cikgu..tp dok taman perumahan ni..mana nak cari..kena beli semua
ReplyDelete@mohdandmeriamtu la makcik yam...ngidam lak nak makan pulut campur ubi gadong..dah berpuluh th tak merasa
ReplyDeleteMama sgt sgt suka ubiiiii.........
ReplyDeleteSalam kam..
ReplyDeleteMemang menarik..ubi ni memang makanan berkhasiat..boleh buat macam2 jenis kuih..menarik..pic2 tu..berbeza2 bentuk..
@azzey Assalam ubi ni memang sedap bila di buat kuih muih..laris..
ReplyDeleteWahh bestnyer kalau ada kat kg time tengkujuh ni.. , time ni la ubi murah... dapat pula makan tengah panas2 tu dengan air kopii...yum yum...
ReplyDeletetime hujan,rebus ubi kayu,cicah sambal tumis,pastu pekena kopi...pergghhh!! best kak...
ReplyDeleteSalam Kamsiah, sedapnya ubi rebus..lama tak makan..byk betul species ubi ni...
ReplyDeletemusm ujan nimakan roti keras ngan air kopi best gak
ReplyDeletesaya cuma pernah makan ubi kayu dan ubi keledek je... yang lain tak pernah rasa lah kamsiah...
ReplyDeletewah macam2 jenis ubinya.. ;)
ReplyDeleteterima kasih postingannya ya..
ReplyDeletekunjungi halaman kami ya !!
dulu suka makan ubi bakar dengan kawan kampung...
ReplyDeleteMacam mana nak dpt ubi sarek yer??
ReplyDelete