16 August 2013

Buah Salak

Ladang..Kebun salak ayah  dibelakang rumah
berselang seli dgn ubi kayu,durian,dokong,rambutan
salak madu...benihnya berasal dari Indonesia

tahu macam mana nak petik buah salak??
jgn diambil dgn tangan
kerana jari akan tercucuk durinya

sediakan sebuah bakul/raga
letak/tadah dibawah buah salak tu
goncang2 bakul supaya mengenai tangkai buah salak
buah yg masak akan gugur kedalam bakul/raga tersebut
hanya buah yg benar2 masak akan gugur
bagaimana pula utk membuang duri2 halus pada buah salak tu?
setelah buah gugur kedalam bakul
goncang2 bakul tersebut
goncang sehingga duri2 tu tertanggal dgn sendirinya

buah salak akan lebih ranggup dan manis 
jika disimpan dalam peti sejuk
kupas dahulu buah tu

29 comments:

  1. bestnyoh kak ado kebun salok.feveret tuh

    ReplyDelete
  2. Pertama kali tengok pokok buah salak, saya agak jakun.... Hihihi :D

    ReplyDelete
  3. salam syawal kak kamsiah
    rumah ayah sy di kg pun ada buah salak
    ayah selalu buat jeruk sbb anak2 susah nak balik
    kalau jeruk tahan lama

    ReplyDelete
  4. sedapnya salak..... sy suka makan fresh n jeruk.

    ReplyDelete
  5. Bos kitorang kalau poie Indon mosti bawak balik joruk eh kak. Sodap ehhh ngunyah sambil bokojo.

    ReplyDelete
  6. waaaa sedapnya kak

    Salam perkenalan kak :-)

    ReplyDelete
  7. ada satu jenis tu namanya salak nangka, isinya subhanallah, wangi dan sedap cam nangka, tapi susahnya nak jumpa buah salak yang sedap sekarang, teringat masa kecik dengan arwah datuk masuk hutan cari buah salak.

    ReplyDelete
  8. Saya baru tahu kalau nk makan salak kena buang kulit nipis menyaluti buahnya tu baru tak rasa pahit...

    ReplyDelete
  9. Kam..kalau ke Indonesia, ummi mesti cari buah salak kat sana sebab buahnya manis. Kalau benih dari Indonesia, tentu buah salak dikebun ayah Kam tu manis juga kan.Ni buat terliur ni, dah jemu makan kuih raya, hehe..

    ps: Kam..ummi selalu juga ke Besut dulu sebab kakak pernah tinggal disana. Raya kedua tu ummi ada di Ktrg, family kami asal KT, tapi sekarang ni duduk berterabur, hehe..cari rezeki.

    ReplyDelete
  10. kat umah mak zura pun ada sebatang pokok salak cm nih.. kelat2 manis buah dia kan..

    ReplyDelete
  11. sedappp!! lama tak makan buah salak fresh petik dari pokok..

    ReplyDelete
  12. assalam kamsiah..jeruh buah salak pun sedapkan..acik suka

    ReplyDelete
  13. Saya suka salak jeruk. Dulu masa saya ke Bali banyak buah salak yang segar dan baru di petik di jual di pekan Kuta... saya cuba cari dan tanya salak jeruk tak ada ke? Mereka tak tahu pun apa itu salak jeruk... Rupanya salak jeruk tu kalau kat Indonesia disebut 'asinan salak'... hish! dah terliur ni tgk gambar salak yang dah berkupas tu. Saya puasa hari ni... hari yang ke 4.

    ReplyDelete
  14. First time nmpk pokok buah salak, sy suka gak makan buah nih tapi beli jela. X penah nmpk pokoknya pun

    ReplyDelete
  15. kamsiah, ini la satu2nya buah yg saya gila suka.masa anak murid saya mai ziarah saya buah ini yg di bawa.sebab dia tau cikgu dia suka.ada kerani sekolah saya dlu org Pahang. setiap kali balik berkilo2 saya beli dri dia.saya mkn macam makan nasi.org lain dlm rumah semua tengok saja tk minat,saya hntam sorang.
    last 3 years saya pi sabah jmpa buah salak besar dan manis.smpai saya bawa balik kesini.beratnya tk kisah .heret jugak.di pdg besar ada tapi jenis kecik pjg tu tk manis , malah masam kdg2.

    ReplyDelete
  16. pernah makan tpi tak la minat sgt..hihihi

    ReplyDelete
  17. tajamnye duri dia
    buat jeruk pun sedap nih

    jemput baca & komen entry yumida ni kamsiah:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete
  18. salam k.kamsiah..

    tk pernah tgk live buah salak masih bertandan ni..
    selalu klu trnmpk mmg dah sedia tercabut durinye tu..
    kdg2 suka mkn buah ni,..rangup,masam,manis :)

    ReplyDelete
  19. Baru semalam dapat buah salak ni, buah tangan dari rakan yg balik dr Kelantan. Ooo...kalau macam tu nak kupaslah, simpan dulu dlm peti ais. Thx Akak...

    ReplyDelete
  20. Memang suka buah salak, tapi tanah tak berapa cukup utk menanamnya...

    ReplyDelete
  21. salam syawal Kak Kam...x suka buah ni...sbb bila makan rasa macam kelat...

    ReplyDelete
  22. Oh, harus dikupas dulu sebelum dimasukkan peti ais. kalau aku langsung aku masukkan tanpa dikupas.

    ReplyDelete
  23. IM tak berapa tahu sangat tentang buah salak ini. Mungkin kerana ia tak banyak banyak di kampung IM.

    Tapi kalau petai tu memang banyaklah. Berbakul-bakul bila tiba masa orang kampung bawa turun dari hutan untuk dijual di pekan.

    Sayangnya, sekarang ini anak-anak kita sudah tidak dapat lagi melihat sendiri dan merasai hasil hutan yang segar itu dengan tangan sendiri.

    Sebaliknya mereka cuma dapat pegang bila ianya sudah lama dan hampir layu di pasar basah.

    ReplyDelete
  24. selamat hari raya maaf zahir batin..
    kena paksa lah amik kad raya terlajak saya..
    mohon dimaafkan apa jua kesalahan..

    ReplyDelete
  25. first time tgk pokok salak..hehe..buat jeruk sedap.

    ReplyDelete
  26. aduhaii...ni buah utan kegemaran sy ni, kakk.
    tertelan air liur nengok..
    kat sini takde jual pulak!!!

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●