Kejadian ini berlaku semasa saya
di tingkatan 4
walau dh berpuluh tahun berlalu
ia tetap segar diingatan
Ketika saya sedang nyenyak tidur
pintu bilik diketuk bertalu2 oleh emak
suruh saya bangun....dh lewat katanya
Saya yg terpisat2 dek terkejut
mengintai dicelah2 dinding
Ya Allah..
dah terang benderang
tengok jam...dh pukul 7.30 pagi
Sepantas kilat saya bersiap
cuma gosok gigi dan basuh muka ja
Buku2 pun main sumbat ja dlm bag sekolah
Amik basikal..,terus kayuh sampai ke simpang jalan
jaraknya lbh kurang setengah km
jalan tu melalui tebing sungai
Sampai ja dekat simpang tu
kenapa sunyi sepi ja ni
(Saya menunggu kawan kt situ)
Sebuah kereta,moto pun tak lalu
Mana kawan saya ni..
saya merunggut sambil tgk jam
Ya Allah...
baru jam 2.30 pagi
tadi kenapa nampak mcm 7.30 dh..
Tiba2 rasa seram,takut..
nak terus tunggu kawan
(Ada pondok kt situ)
Atau nk blk ke rumah semula
Ahhh...
nak melintas rimbunan pokok buluh
tu yg seram tu..
Nak tunggu pun seram jugak
kang datang org gila ke apa ke..
Last2 dgn bacaan Bismillah...saya tawakkal
balik kerumah semula
mak bkn main terkejut
"Hahhh kenapa blk.."
" baru pukul 2.30 pagi..."
Saya menjawab dgn airmata bertakung
dan berjalan naik sambil hrntak2 kaki tanda marah
Rupanya yg mak tengok
terang benderang tu adalah cahaya bulan.
Waktu pagi dikampung
Kampungku nan permai