30 October 2020

Gulai Ikan Talang



Gulai isi/ tulang ikan talang
Ikan tu lepas dipotong2 perlu direndam 
Utk mengurangkan kadar kemasinannya
Dan jugak supaya ianya cepat empuk bila dimasak nanti

Memula rebus isi dan tulang ikan talang tu
Bersama air dan rempah kari ikan
Biarkan hingga isinya empuk
Kemudian masukkan nenas
Dah hampir kering airnya masukkan santan
Kemudian masukkan terung bulat

Sementara tu didalam kuali berasingan goreng bawang merah, bawang putih, halba campur dan beberapa tangkai daun kari
Bila terung dah empuk masukkan bawang yg digoreng tadi
Bersama minyaknya kedalam periuk
Tutup periuk cepat2 supaya aromanya berlegar2 dlm periuk
Saya masak ni tak perlu bubuh garam dah

29 October 2020

Terimakasih Dana Miswan

Terimakasih tak terhingga utk blogger Dana Miswan
yg sudi mengirim cendermata tanda ikatan ukwuwah
yg terjalin sekian lama

Dana mengirimkan seutas tasbih dan mask extension
kerana saya kerap memberi komen diblog beliau









 

28 October 2020

Pokok Apa Ni

Dari jauh kelihatan seperti pokok tiruan

Bila dekat rupanya pokok hidup



26 October 2020

Aku

Ku singkap tabir kedukaan
Dikaki malam tanpa bintang
Ku lindungi wajah kecewa
Di balik sinar mentari pagi

Aku ini
Hanya menumpang dilembah kehidupan
Mencari antara yang tersirat dan tersurat
Sebelum dipanggil kembali mengadapNYA

25 October 2020

Spageti Aglio Olio

Buat sendiri baru puas hati
Nak makan berapa kali
Nak letak sayur sebanyak mana
Nak tabur cili flakes sebanyak mana
Suka hati laaaa

24 October 2020

Sup Tulang

Sup tulang sekilo
Campur dgn daging cincang sekilo
Saya rebus dulu biar mendidih
Kemudian buang airnya

Dalam rice cooker
(Periuk tekanan dh lama rosak)
Tumis bawang putih,bwg holand yg dipotong dadu,halia,akar daun sup
Dh wangi masukkan air
Kemudian masukkan daging
Dh empuk isinya bolehlah tukar ke mood warm periuk tu

23 October 2020

Bawal Masak Masan Manis

Bawal masak masam manis
Antara menu kegemaran anak2
Kalau suami dia suka bawal grg cicah kicap cili padi
Atau dibuat kari

Saya sukakan bawal yg kurang besar
Sebab ianya garing bila digoreng

Potong dadu carrot,timun,putik jagung,
tomato,bawang holland
Tumiskan bawang putih yg diketuk
Masukkan hirisan halia yg dipotong memanjang
Masukkan cili kering yg diblend
Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan sos labu
Masukkan setengah cawan air
Masukkan sayur2an yg telah dipotong
Masak lebih kurang 3 minit
Tutup api 
Dan boleh disiram keatas ikan yg telah digoreng
Ikan tu sblm digoreng perapkan sekejap 
Bersama garam,serbuk kunyit dan tepung jagung

22 October 2020

Sambal Terung

Sambal terung
Biasa saya gunakan terung ungu yg panjang
Terung dipotong menyerong
Tumiskan bawang putih dan bawang merah
Masukkan sedikit belacan
Kemudian masukkan cili yg diblend

Samada terung tu nk dicelur ,digoreng terlebih fahilu
Ataupun dimasukkan terus kedalam sambal tadi
Perasakan sgn garam dan gula
Serta ikan bilis yg digoreng garing

Sengaja lebihkan sambal 
Sbb anak dara tak mkn terung


 

18 October 2020

Meraikan Si Bongsu

Jumaat 16/10 anak bongsu di Seratas dibenarkan
balik  bermalam (BBM) dirumah
sebelum balik lagi dah pesan nak makan macam2

dn sebagai ibu
dan saya pasti semua yg bergelar ibu jugak begitu
sedaya upaya memenuhi apa yg dihajati,diingini oleh sianak
selagi ada kemampuan , kudrat,,,
selagi iulah akan diusahakan

Ayam masak merah
Mak masak lebih sikit tau
Esok nk bawak blk asrama..
Yalah yalah

Kangkung goreng belacan
Haha dipilih,dikutip isi ayam ja


rebung madu buat gulai campur daging rincik

bawal goreng cicah kicap cili padi

17 October 2020

Cendawan Goreng

petang2 ni sedap jika pekena
sesuatu yg panas2

saya buat cendawan goreng
guna cendawan tiram
kalau ada cendawan enoki pun sedap jugak

celup dlm telur
lps tu celup dlm bancuhan tepung bestari
siapppp...
makan cicah sos cili

11 October 2020

Rebung Masak Lemak Campur Bayam Brazil

Stok rebung masih ada dlm petiais
So hari ni terjadilah
Rebung masak lemak campur bayam brazil
Bayam tu petik dlm pasu ja
Ditambah lg dgn ikan pekasam goreng


07 October 2020

WW :Tidurlah Sayang

dah 10 bln cucu tokma ni
dah boleh bangun nak berjalan
dah pandai pegang botol susu sendiri











Ya ALLAH..
jagalah anak2ku
disaat penjagaanku tak sampai padanya

Peluklah anak2ku
disaat tanganku tak sampai utk memeluknya

Usaplh airmatanya
disat tanganku tak mampu mengusapnya

05 October 2020

Masak Lemak Cili Padi

Minggu ni minggu masak lemak cili padi
Alahhh..2 kali ja pun masaknya
Tp masak banyak,frozenkan
 

 masak lemak kulat sisir campur udang
dah lama tak jumpa kulat ni
rm6/100g

beli ja la
walaupun dah tak berapa nak fresh

dulu2 masuk kebun getah
seronok bkn main kalau jumpa kulat ni


ni rebung masak lemak cili padi campur ayam
kalau dicampur tulan,daging yg ada lemak2 sikit tu
ataupun udang pun sedap

yg ni rebung madu fresh
bkn yg jeruk dan berbau tu
rm10/ 1kg

teringat zaman kanak2 dulu
nak pi gali rebung
sekali terkejut kena sergah dgn beruk yg ditambat
dkt perdu pokok buluh tu
terus tak jadi buat sayur rebung