Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas
Perdana Menteri,
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.
Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan
menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan
sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong
bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut
sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu
dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18,
Daerah Timur Laut
di tepi pantai Tanjung Bunga
dilengkapi ruang sembahyang utama,
ruang sembahyang wanita,
tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita
serta bilik menguruskan jenazah.

Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi
dengan menara azan setinggi tujuh tingkat
yang dihiasi dengan ukiran kayu jati
dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi
dengan menara azan setinggi tujuh tingkat
yang dihiasi dengan ukiran kayu jati
dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Peristiwa tsunami yang melanda negeri
di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004,
membuktikan masjid ini kukuh
apabila pembinaannya tidak sedikit pun terjejas
walaupun banyak rumah di kawasan
sekitarnya ranap sama sekali.


Pintu Kayu Durian