02 August 2021

Mengutip Buah Sawit Lerai

Biasanya org yg membeli sawit
datang mengait buah waktu pagi
Kt sini sekarang buah sawit berharga rm800 lbh utk 1 tan
Ni kebun sawit en suami
betul2 didepan rumah/seberang jalan ja

Masa dia mesin rumput dulu
Ada jiran yg perli
"Hang nk buat padang golf ka
Clear elok ja.."

Haha tgk la yg mcm hutan simpan tu jiran punya kebun


Eleena dan Tasha dikerah utk mengutip buah sawit yg ylerai
Sbb biasanya pembeli tak amik buah tu
Kutip dan pergi jual sendiri
Rm8.40/kg
Kata org ayam hutan suka duduk
dlm kebun sawit
Betul la..malam2 kalau rajin pergilah suluh..mmg ramai yg dok bertenggek kt pokok2..



01 August 2021

Habuan Derma Darah

Pagi semalam Alia menyahut seruan
kerajaan utk menderma darah
Pertama kali buat
Katanya ngilu dicucuk jarum yg besar

Alahai anak..
Emak ni dah lali bab saiz jarum
Yg kecik,besar,panjang,pendek
Semua dah rasa

 Biasanya cuma air kotak
Roti dan sebiji buah sebagai cenderamata
Ketika menderma darah

Tp kali ni apa yg ada dlm goodies bag
Beras basmathi,minyak masak ,gula dll
Dah mcm bakul makanan  dh..





31 July 2021

Pening Kepala Lepas Makan Durian?

PUNCA SAKIT LEPAS
 MAKAN DURIAN DAN SOLUSI


Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?

Durian tiada kolesterol. 
Rillek
 Zero kolesterol. 
Kolesterol wujud dalam haiwan, 
bukan tumbuhan.

Malah durian sangat
 rendah lemak tepu 
(0.85g) per 100g durian. 
Malah durian tinggi lemak 
mono taktepu
  yang bagus untuk 

kesihatan jantung dan salur darah. 

Tapii..

Kenapa pening, 
tekanan darah naik
 lepas makan durian?

Sebenarnya, 
puncanya mungkin
 kerana durian tinggi asid amino tyramine.
 Biasanya orang ada 
masalah  sistem  pencernaan 
@ "angin"  akan akan mengalami 
masalah tak
 serasi tyramine ni:

- Pengecutan salur darah
 ( mampu cetus migrain)
- Pening melayang
 ( risiko cetus vertigo)
- Tekanan darah meningkat (hypertension)
- Jantung berdegup kencang
 (palpitation)
- Kemungkinan perut tak selesa
 (gastrik)
-  Kembung ( angin SIBO)
- Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)

Selain tyramine, 
durian tinggi sulfur 
jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur.
 Risiko sama alergi lain, 
boleh jadi semput,
 bengkak mata dan pengsan. 
Mati? 
boleh jadi. 

Senang cerita, 
semua ini berlaku jika ada angin.
 Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!

Jadi orang ada masalah 
angin jangan combo 
pulak makan durian 
dengan makanan streskan perut ini:

#Kafein dan teobromine: 
Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi)

# Alkohol 
(Histamine, tyramine)

# Seafood bercengkerang 
(Histamine)

# Cili, peram 
(tempoyak lah)


Solusinya:

#1: Pulihkan Perut dengan 
rehatkan dulu makanan
 pencetus seperti makanan di atas.
 
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, 
antioksida dan antikeradangan.

#3: Kembalikan cara hidup fitrah 
untuk bantu pemulihan badan. 
Pilih makanan toyyib, 
tidur awal dan 
aktifkan diri di waktu siang.



Jangan fikir banyak sangat. 
Kalau takde 
masalah kesihatan..
Makan sahaja durian 
dengan penuh 
kesyukuran kerana durian sememangnya
 adalah superfood. 

Makan durian bawa
 manfaat jika sederhana.
Jika tak cakna jadi 
musibat kita merana.

.
Selamat menjamu selera 😊 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.