Menu utk minum petang
kuih dadar a.k.a kuih ketayap
senang...ringkas & sedap..
kadang2 yg dibeli
intinya terasa bagaikan hampas
ya..santannya diambil terlebih dulu
hampas digunakan sbg inti..
bila buat sendiri
gunakan kelapa muda
mmg berlemak rasanya
kuih dadar a.k.a kuih ketayap
senang...ringkas & sedap..
kadang2 yg dibeli
intinya terasa bagaikan hampas
ya..santannya diambil terlebih dulu
hampas digunakan sbg inti..
bila buat sendiri
gunakan kelapa muda
mmg berlemak rasanya
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKq-XS10OJ1IVACoLx1nHc4LobNm_8AHwCPSA8ew8wR-FkpaDPev0qtDp1jCvkLcrgQ7_Qitkouv4rRcjUDl0f2o_UeklHJB6DcIgBbdbAkoUg4WtVsycSz5rfGJXMc2_HKeoZauva_MI/s320/ketayap+1.jpg)
Bahan-bahan (kulit) – 20 biji
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
Bahan-bahan (inti)
250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka/gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
3 keping gula Melaka/gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
Untuk inti, panaskan air di dalam periuk.
- Masukkan gula Melaka /gula merah dan cairkan.
- (jika mengunakan gula merah
- ianya perlu ditapis terlebih dahulu)
- Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan.
- Kacau hingga sekata dan kering airnya
- Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata.
- Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
- Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana.
- Sapu sedikit minyak pada kuali.
- Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat.
- Biar sehingga masak.
- Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung.
- Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
- Siap untuk dihidangkan.