31 July 2021

Pening Kepala Lepas Makan Durian?

PUNCA SAKIT LEPAS
 MAKAN DURIAN DAN SOLUSI


Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?

Durian tiada kolesterol. 
Rillek
 Zero kolesterol. 
Kolesterol wujud dalam haiwan, 
bukan tumbuhan.

Malah durian sangat
 rendah lemak tepu 
(0.85g) per 100g durian. 
Malah durian tinggi lemak 
mono taktepu
  yang bagus untuk 

kesihatan jantung dan salur darah. 

Tapii..

Kenapa pening, 
tekanan darah naik
 lepas makan durian?

Sebenarnya, 
puncanya mungkin
 kerana durian tinggi asid amino tyramine.
 Biasanya orang ada 
masalah  sistem  pencernaan 
@ "angin"  akan akan mengalami 
masalah tak
 serasi tyramine ni:

- Pengecutan salur darah
 ( mampu cetus migrain)
- Pening melayang
 ( risiko cetus vertigo)
- Tekanan darah meningkat (hypertension)
- Jantung berdegup kencang
 (palpitation)
- Kemungkinan perut tak selesa
 (gastrik)
-  Kembung ( angin SIBO)
- Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)

Selain tyramine, 
durian tinggi sulfur 
jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur.
 Risiko sama alergi lain, 
boleh jadi semput,
 bengkak mata dan pengsan. 
Mati? 
boleh jadi. 

Senang cerita, 
semua ini berlaku jika ada angin.
 Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!

Jadi orang ada masalah 
angin jangan combo 
pulak makan durian 
dengan makanan streskan perut ini:

#Kafein dan teobromine: 
Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi)

# Alkohol 
(Histamine, tyramine)

# Seafood bercengkerang 
(Histamine)

# Cili, peram 
(tempoyak lah)


Solusinya:

#1: Pulihkan Perut dengan 
rehatkan dulu makanan
 pencetus seperti makanan di atas.
 
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, 
antioksida dan antikeradangan.

#3: Kembalikan cara hidup fitrah 
untuk bantu pemulihan badan. 
Pilih makanan toyyib, 
tidur awal dan 
aktifkan diri di waktu siang.



Jangan fikir banyak sangat. 
Kalau takde 
masalah kesihatan..
Makan sahaja durian 
dengan penuh 
kesyukuran kerana durian sememangnya
 adalah superfood. 

Makan durian bawa
 manfaat jika sederhana.
Jika tak cakna jadi 
musibat kita merana.

.
Selamat menjamu selera 😊 



29 July 2021

Puisi Doa Utk Suami

Ketika mentari di ufuk barat,
Aku berdiri menghadap kiblat,
Kuutarakan dengan khidmat,
Hingga aku dengan-Nya terasa dekat..

Kutadahkan kedua tangan,
Mengharap Dia mendengarkan,
Atas apa yang aku sampaikan,
Atas semua asa dan harapan..

Air mata mengalir membasahi pipi,
Bagai terhanyut dalam mimpi,
Segumpal do’a di penghujung hari,
Untukmulah, wahai sang suami..

Kupanjatkan harapan dan asa,
Menghadap Tuhan Yang Maha Kuasa,
Semoga engkau mendapat berkah,
Setiap kali mencari nafkah..

Oh Suamiku,
Betapa aku mencintaimu,
Do’aku tak henti mengalir untukmu,
Semoga kebaikan selalu padamu..



Beberapa malam lepas
Ketika suami sedang mengurut
kaki isterinya(rutin setiap malam)
Kami bersembang santai
Tentang nk deko rumah
Tentang anak2

Tiba2 suami berkata
"Kalau abg dh takda nanti
Yah teruslah duduk rumah ni..
Ada bahagian anak2 kita dalam tanah abg ni......"

Allahu...terkedu saya tak terkata


28 July 2021

Anak Ayam Comel

Melihat anak2 ayam warna warni ni
Siapa yg tak geram kan..
Sangat comel

Melihatnya terus membuatkan
saya teringat zaman kanak2 dulu
Ayah suka beli anak ayam/itik
warna warni mcm ni
Saya dan adik akan pilih
nak warna apa utk dijaga

Tp 2,3 minggu lps tu
Anak ayam dah bertukar
jadi warna asal
Haha time tu dh malas nk jaga
Pandai2 la nk hidup






Sebenarnya ketika telur dieram
Penternak menyuntik pewarna
Kedalam telur
Dh menetas nanti..
Keluarlah anak ayam comel ni


27 July 2021

Tahniah Anakku

Alhamdulillah...
Penat lelah belajar akhirnya terbalas
Walaupun sedikit terkilan sbb 
takda majlis konvo..
takda jubah..
Tak dapat hadiah bunga
Mak ayah tetap bangga dgn kejayaan adik

Harap2  utk konvo degree nnt 
covid dah lenyap


Kata Eleena lps degree dia nk sambung ACCA
Belajarlah selagi ada kudrat dan kemahuan

"Association of Chartered Certified Accountant(ACCA) 
adalah sebuah badan perakaunan professional global yang beribu pejabat di London.
 ACCA. 
Dengan motto "The global body for professional accountants", 
ACCA berfungsi sebagai platform yang memberi latihan kepada pelajar perakaunan
 dan menawarkan sijil kelayakan atau gelaran
 Akauntan Bertauliah ataupun Chartered Acountant.
Pada hari ini, 
ACCA diiktiraf oleh 180 buah negara termasuk Malaysia. 

ACCA telah mempunyai 170,000 ahli dan 436,000 penuntut
 di seluruh dunia. 
Pemegang gelaran Chartered Accountant ini adalah high demanded dan dipandang tinggi oleh kebanyakan
 syarikat di seluruh dunia serta diberi keutamaan untuk
 mendapatkan pekerjaan atau jawatan sebagai pengurus
 kewangan di dalam sesebuah syarikat"


 

Kelmarin dia p Spice,Penang 
Utk suntik vaksin
Semalam cari panadol sakit kepala katanya

26 July 2021

Sup Daging Korban

Dah jemu makan daging berkuah lemak
Kali ni bikin sup pulak
Sup daging ala2 Thai gitu
Pedas,masam
Dgn harum daun ketumbar
Ni pulak daging korban yg digoreng kunyit

Kita tambah panaskan badan lg
Dgn makan durian


22 July 2021

Aktiviti Santai Petang Hari

Seronok duduk kt kampung ni sebenarnya
Dengan ditemani bunyi2an alam
Tak payah dengar jeritan jiran
Kiri kanan depan belakang rumah

Petang tadi suami memanjat buah dokong

Aikkk mana kepala Tasha
Dapat la sikit
Setelah berperang dgn semut hitam

Ni buah rambutan
Yang tinggal dihujung2 dahan ja


Kambing ni bkn kami yg punya
Tp dia memgembek boleh didengari
sampai kt rumah saya

Esok suami ckp nk bawak
Anak2 mandi sungai
Kt dalam kebun sawit depan rumah




20 July 2021

Korban Kibas

Adik ipar saya buat korban hari ni
Seekor kibas
Saya mulanya ingatkan kambing
Sbb tak pernah tgk secara berdepan



Monyok ja..mcm tau2 ja bakal dikorbankan


Terimakasih..hantar daging kibas
Lembut ja isinya

Alhamdulillah selamat dimasak kari
Boleh makan dgn roti,ketupat,nasi putih
Langsung takda bau








18 July 2021

Cekodok Untuk Minum Petang

Ada 10 biji pisang embun
Yg telah ranum diberi kakak ipar
Saya dh terbayang sedapnya jika dibuat cekodok
Makan panas2 bersama kopi o

Chef Alia ada kt rumah
So dia la yg buatkan cekodok
comel2 dan bulat2 ni
Lembut dan gebu
Bila dia letakkan secamca besar planta

17 July 2021

Payahnya Nak Ajar Orang Tua


Haha dah puas hati..?
Selagi tak kena kuarantin satu kampung
Selagi tu la yg pakai gelang pink 
dok merayau2 kesegenap kampung

Tak amik iktibar langsung
Dah ramai yg meninggal kt kampung
ni sbb covid

Yang geramnya yg dok merayau2 tu dah tua
Dah kategori warga emas

Semalam polis,ambulan masuk kt kampung
Buat pengumuman

"Tuan puan berada dalam zon merah
Jgn keluar rumah tanpa apa2 keperluan mendesak.."

Dah sunyi sepi jadinya kampung ni
Macam dilanggar garuda
Ramai yg kena angkut oleh ambulan
Yg tinggal dok dlm rumah masing2

Seperti kata suami yg geram
"Dah tua2 pun bodoh lagi.."

14 July 2021

Menu Anak Dara

Rabu...Eleena free..takda kelas
So maknya train dia masak yg simple2

Kangkung goreng belacan
Kena ajar step by step langkah2nya

Ni ayam goreng halia
Mak nya minta dia lebihkan kuah



Sup ketam daun sup dan daun bawang berlambak




10 July 2021

Kuntum Kawen Kulit Hijau

Kalau jadi apa2 kt saya
Salahkan Alia sbb dia yg beli dan bawak balik durian ni..kata saya
Walhal alasan sbb nk makan durian



Cik kuntum
Kulit hijau
Kawen
Tak tahan godaannya
Setahun sekali langgar pantang
Boleh kut...



09 July 2021

Siakap Stim Limau

Ni menu menyambut kepulangan saya
dari spital
Disediakan anak dara

Siakap stim limau


Sayur brokoli,bunga kobis,cendawan campur tauhu telor


Ayam goreng halia


Goodbye belacan,ikan kering,benda2 masin,jeruk
Terpaksa dan memaksa diri demi kesihatan

Teringat pesanan doc sblm keluar wad

"I tak nak u datang lg disebabkan masalah yg sama..."

08 July 2021

4H3M Berehat DiHospital

Assalamualikum
Alhamdulillah dengan izinNya
saya dapat kembali mencoret sedikit
pengalaman bermalam di hospital
Utk yg keberapa kali entahlah

Pagi 5 hb lps
Seperti biasa ke Hospital Kulim
Memenuhi temujanji dgn doc

Sebaik memasuki bilik doc Pakar 3
Dr Adillah Alias
Beliau terkejut melihat keadaan perut
saya yg membusung tinggi
Bagaikan wanita hamil kembar 4

"Dah bertahun2 doc ..saya dah tak larat nk membawanya...ia benar2 menganggu hidup saya..
Ubat utk membuang air dh tak berkesan..."

"You dok berulang alik ke Spital Bahiyah
Apa yg diorang buat??
Kalau tak cukup sel darah merah utk buat angio,
Dia org sebenarnya boleh tambah.."

"Mcm ni..I refer tu ke pakar gastroenterologi
Apa2 cadangan dari beliau U kena ikut.."

So saya berjumpa pulak dgn Dr Azlina
Pakar Gastroenterologi
Iaitu pakar berkaitan soal jantung,hati

"Puan..I terpaksa tahan U dalam wad
Esok kita akan buat proses menyedut air dari perut u. 
Dh nazak sangat dh U tgk ni..

So lps swab covid dan hasilnya -ve
Dari jam 8.30 pagi..
Pukul 4 lbh baru masuk wad
Wad 8

Dah setel segala urusan
dgn suami tak boleh temankan
Datanglah sorg doc pelatih
Utk cucuk branula di tangan saya

Cucuk punya cucuk tak keluar darah
Padagal tgn dah bengkak dh
Sebaik beliau mencabut jarum
Darah memancut keluar dgn banyaknya
Hingga meleleh kebawah meja
Masa tu la baru beliau kalut nk pergi cari tisu segala bagai
Sambil lap darah,membebel pulak dia

"Puan..u sepatutnya dlm keadaan baring"

"I dah beratus kali amik darah dalam keadaan duduk,takde masalah pun.."
Balas saya sbb geram



Hari kedua
Proses memasukkan albumin
Ditangan kanan
Diperut kiri tercucuk jarum
Utk proses mengeluarkan air yg bertakung
Seksanya  sbb tak boleh bergerak langsung takut jarum tercabut

2 beg air dikeluarkan pada hari ke 2



Hari ke 3
4 beg air berjaya disedut keluar
Ya Allah..mcm tak percaya perut saya dh kempis


Ok siap..kata doc hensem
Hah ..ya ke doc..kata saya sambil tersenyum

Bkn akak yg siap tp dh siap beg ke 3
Katanya sambil gelak2 sambil dok pasang beg ke 4 pulak...

Kalau waris nk hantar makanan atau apa2
Just drop kt guard ni ja
Takleh masuk
Nnt guard akan tolong hantar ke wad

Alhamdulillah hari ni dh boleh discaj
Berita gembira lagi
Keadaan saya dh layak utk buat angiogram
Cuma dok tunggu surat dari spital ja


04 July 2021

Durian Buttercake Oleh Menantu

Bila bro DHL  call suami tanya
rumah dimana
Ada kiriman utk saya katanya
Kami berteka teki sebab takde buat 
apa2 pembelian online ke apa

Bila suami terima bungkusan tu
Semerbak bau durian
Dan sendernya Arash Badri
Haha apa pulak yg dikirim oleh
anak menantu cucu ni





Pos kelmarin 2 hb
3 hb dah selamat landing kt kampung


Sungguh gebu...sedap..

Alahai terharunya atas ingatan kalian
pada mak ayah dan adik2 kt kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.