Alhamdulillah...
sudah boleh berblog dgn aman damai dan tenteram hehe
'line' / kabel telah diganti TM
tiada lagi masalah putus putus putus putus
Jom intai2 resepi bihun sup utara ni
Rendam bihun bersama sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
kemudian celur sekejap dan toskan
(siram dgn air sejuk/air paip beberapa minit
supaya bihun tu tak melekat2 dan kenyal)
setakat ni saya belum pernah tengok
bihun ni diwarnakan merah,hijau,hitam atau lain2 warna
samada putih atau kuning ja
(kalau kaler pink pun comel jugak,kan..)
identiti bihun sup utara haruslah ada sambal hitam dan merah
utk sambal merah
-blend bawang putih,bawang merah -tumis hingga keperangann warnanya
masukkan cili kering yg telah diblend
-masukkan garam dan sedikit gula perang
-tumis hingga pekat
Sambal hitam
blend segengam cili padi bersama kicap dan sedikit sos tiram
kemudian masak sekejap / hingga pekat
Sup
Bahan-bahan:
seekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 kuntum bunga lawang,
2 kuntum bunga cengkih,
3 biji buah pelaga ,
1 batang kulit kayu manis
sebungkus sup bunjut
Cara menyediakannya:
Ayam dipotong 4 bahagian
-rebus bersama perencah sup,halia,kulit kayu manis,buah pelaga
-bila ayam telah empuk
keluarkan dan carik2kan isinya
-tulangnya dimasukkan semula kedalam periuk sup tadi
lobak asin dipotong kecil2...
rendam dalam air panas selama setengah jam
dan toskan
sepatutnya ada tauhu yg digoreng dan dipotong dadu
tp dek lupa membelinya...tiadalah tauhu dalam bihun sup ni

sedapnya bihun sup akak
ReplyDeletebila warna dia kuning lagi lah
nampak meneyelerakan :)
Sedapnya..
ReplyDeleteSalam sabtu kak.....
ReplyDeletenampak menyelerakan sup bihun tu..:D
assalam kamsiah...kakak nak juga lh buat bihun org utara ni...ikut resepi kamsiah.
ReplyDeletewah sedap ni...
ReplyDeleteSalam perkenalan kak
ReplyDeleteBihun sup kegemaran Dilla. Dulu masa belajar kat UUM selalu makan bihun kuning ni
Ooooo..saya ingatkan mee nya mmg originally kuning..rupa rupanya di celup dgn serbuk kunyit rupa rupanya..
ReplyDeleteps: saya igt kan kes jiran depan rumah akak yg memaki tu dah settle...huhuhuhu...sabar ya kak
Masa tinggal di KL dulu saya selalu tak puas kalau makan bihun sup versi KL. Ini kerana bihun sup di KL betul-betul sup + sayur, tak ada perencah sambal. Bila balik ke Utara baru makan bihun sup dengan puas, warna kuningnya..sambalnya....
ReplyDeletesy suka makan sup utara ni sbb ada lobak asin tu sedap!
ReplyDeleteyg mahal tang chopsticks tu...mmg real la hehehe
ReplyDeleteKalau ditambah taugeh dan kacang tanah goreng mesti bertambah-tambah sedap.
ReplyDeleteTapi rasanya dah tak jadi bihun sup utara kot hehe.
nyum..nyum..nyum..JM memang suka mkn sup utara ni...terutama sambalnya tu terangkat
ReplyDeletemmm çok lezzetli görünüyor maşaAllah. :)
ReplyDeleteohoooo sedap sedap.. boleh la ni sejuk2 nnnt hihihih.
ReplyDeleteterliur tengok ni kak kamsiah..saya memang suka bihun sup orang utara, tapi tulah nak membuatnya malas. biasa kat kedai ajinomoto yang banyak..
ReplyDeletesaya tukar url blog, jemput singgah ye blognisalpunya.blogspot.com
tetiba terfikir mcm mana klu mee tu jadi colorful ... ok gak kan ... heh heh
ReplyDeleteSedap ditambah dgn bwg goreng, lama x pekena bihun sup
ReplyDeleteSedapnya tengok kak Kam.. menyelerakan.. :)
ReplyDeleteasalamualaikum..syukran..lepas ni akan ada entry yang lagi berbisa..( menarik)..hummm! sambal pedas tu menyengat..terbaik resepi
ReplyDeletePuan Kamsiah,
ReplyDeleteBihun sup memang kegemaran saya. Pilihan utama kalau ke gerai makanan mee. Tapi cili hitam berkicap pilihan saya sebagai penambah rasa....
Sesekali memang kena tukar menu, asyik2 nasi berlauk jer...tekak pun jemu. Bihun sup adalah yg paling mudah dan sedap! :)
ReplyDeleteWaaa...teringat bihun sup kt UUM dulu...sy suka smbal merah tuuu...mmg sedappp...hihihi
ReplyDeleteTerima kasih yee singgah blog sy...(^_^)v
tiba-tiba jadi mengidam tengok gambar kak kamsiah nih.. huhu.. >.<
ReplyDeletemmg selalu buat sbb antara feveret adik ni, neway tq share resepi ye
ReplyDeleteoh sebijik dah mcm yg orang jual kat gerai2 kak..best..cam nak buat jugaklah nanti..*-*
ReplyDeletesedap ni.. dok utara ni lama tak jumpa sup gini.. oohmai.. bihun kaler pink ? hihi..
ReplyDeletememang perlu letak lobak asin ker
ReplyDelete