31 July 2013

Gerbera Daisy

Nama biasa: Gerbera Daisy
Nama Botani: Gerbera jamesonii
Keluarga: Asteraceae
Nama lain: daisy biasa, Bunga sawi, Afrika Daisy
Asal: Afrika Selatan, Afrika, Asia Tropika























29 July 2013

Antik

Saya bukanlah peminat barangan antik
tp sangat2 suka melihat dan menghayati
keindahan dan kehalusan kerja tangan org dulu2

kata org..semakin lama..semakin bernilai

nikmatnya menikmati teh panas
dalam cawan begini

ada harta karun tak didalamnya..??

mesin taip
mcm mana nak guna ni..?

melihat kacip pinang ni
teringat zaman dulu2
dikebanyakan rumah,
ada peralatan utk makan sirih
-gobek,kacip,pinang,sirih,kapur dan gambir

semuanya diperbuat dari tembaga
pernah mengunakan sterika tembaga zaman kanak2 dulu
ketika belum ada bekalan letrik
terpaksa bakar arang terlebih dulu
kemudian ramai2 ,kawan sekampung...pakat2 gosok uniform sekolah
pandai2lah kontrol supaya baju tak hangus

27 July 2013

Demi Sesuap Nasi..

Mencari rezeki
demi sesuap nasi
mengetepikan perasaan malu
membuang jauh penat lelah...






24 July 2013

Awan



Sangat indah...sangat menakjubkan ciptaanNYA
putih bersih bak kapas












maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


23 July 2013

Petua ketupat sedap dan putih bersih

Ketupat...hidangan wajib dihari lebaran
tanpa ketupat,lemang..seolah tak berseri
tak lengkap,tak sempurna..

tiap kali raya
saya gigih membuat sendiri ketupat
walaupun tak cantik
walaupun tak tahu apa 'jantinanya'-jantan atau betina
tp saya puas..

(ketupat saya mmg tak comei hehe)

Arwah nenek saya dulu
terkenal dgn keenakan ketupatnya
sebelum beras pulut direndam
beliau dgn tekunnya membelek beras tersebut
jika ada antah atau beras biasa yg bercampur dgn beras pulut
kemudian merendam beras tersebut dgn air kelapa

beberapa petua yg diperturunkan oleh arwah

-guna kelapa yg masih hijau kulitnya
iaitu kelapa yg dikait,bukan yg telah kering dan jatuh sendiri tu

-ketika mengukur atau memesin kelapa
jgn sampai terkena tempurung kelapa
amik isinya yg putih tu ja

-ketika memerah kelapa
jgn melebihi 2 kali perah

-ketika memasak santan 
biarkan mendidih dan sentiasa mengacaunya
jgn sesekali sampai santan pecah minyak

-ketika merebus ketupat
(dikampung2 ketupat direbus mengunakan kayu api)
masukkan air 1/2 dari bahagian ketupat

-alas beberapa helai daun palas sebelum dimasukkan ketupat

-jgn sesekali membuka penutup periuk ketika merebusnya
supaya ketupat putih bersih,tidak berwarna kekuningan dek dimasuki asap

-nak tau airnya telah kering atau tidak
dengar bunyinya
jika kedengaran seperti bunyi minyak ketika mengoreng
itu tandanya air telah kering
perlahan api

-biarkan hingga bunyi itu tak kedengaran lagi
jgn bimbang ketupat akan hangit kerana dasar periuk telah dialas dgn daun palas

                                        -ketupat akan tahan 3,4 hari...tak basi                                        




21 July 2013

Kerabu Sare

Di Kelantan,kerabu sare ni amat2 popular
dibulan puasa
Biarpun dulu kecoh mengatakan
ianya berbahaya pd kesihatan
dek kandungan plumbum yg tinggi
dalam rumpai laut itu
org ramai seolah2 tak mempedulikannya

gabungan rasa masam,manis dan sedikit pedas tu
benar2 mengecurkan
rumpai laut ni ada berbagai warna
ada yg kehijauan,keunguan,kekuningan,keputihan..

yg ni telah 'dimodenkan'
dgn menambah kacang panjang
tomato dan lobak merah






19 July 2013

Bunga2 Desa


Bunga2 yg terdapat disekeliling rumah
dikampung
walau takde nilai komersial
tp cantik dan menyerikan laman


kesidang

bunga kangkung

senduduk

tak tau apa nama bunga renek ni

rossele


bunga semalukah??
bukan...
bunga petai belalang kah?
bukan kut

sbnrnya saya pun tak tau namanya hehe


cempaka putih

ni pun tak tau namanya..

kenanga




18 July 2013

Tak Kenal..

Cerita 1

Kisah anak sedara suami
yg bekerja sbg nurse
lps SPM...keluar dari kampung,belajar merata2 tempat'
lps kawen pun tak menetap di kampung

Satu hari...anak kepada jiran sebelah rumahnya dikampung
(jiran sblh rumah,betul2 sblh rumah)
datang ke klinik tempat dia bertugas
utk buat pemeriksaan (mengandung)

Anak sedara..:" berpantang nanti kat mana?"

Anak jiran :"kt kampung la.."

Anak sedara : "kampung kat mana? ooo kat Terap (bila tgk alamat pada kad)
Cheq pun org Terap jugak...rumah kat mana..?"

Anak jiran :"sebelah rumah hang la.."

hahahaha

Cerita 2

Saya meminta anak dara saya,Alia
utk mengambil halia dibelakang rumah
dah bgtau dia..dalam pasu sekian2..pokoknya sekian2..

agak lama dia kat belakang...

"mak..tak jumpa la.."

isshhh budak ni

"mak jugak nak kena amik.."

"laa mak amik kat mana..cari tak jumpa pun.."

"cari kat mana..? halia ni kena korek tanah,kena gali sikit.."

"laaa ya ka..ingatkan dia dok tergantung kat pokok
mcm cabai,mcm buah terung"

iissshhhh2 budak ni
nak masak ayam  grg halia,kena guna banyak halia





Cerita 3

Di market

"adik..tlg bg keladi tu rm3"
kata saya bila lihat batang2 warna keputihan mcm keladi yg telah disiang

"tu bkn keladi kak...tu batang pisang"
kata budak lelaki penjual tu sambil gelak terbahak2..

hahaha...padan muka saya...


saya cari keladi,bkn batang pisang hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.