31 May 2021

Jun Penuh Kesuraman...???



“LANGIT kita masih kelabu pun bimbang tetap membumbung. 
Bila mentari cerah kembali 
dan hujan rahmat membasahi bumi. 
Marilah bersama impikan lazuardi, 
satukan harapan lebur keresahan. 
Pelangi pasti kan terbit lagi, 
tunggu sehingga esok, 
Tuhan hanya menguji."

Prof Dr Lim Swee Tin

30 May 2021

Asam Pedas Kelantan

2 ekor ikan sebarau yg diberi kakak ipar
Hasil anaknya memancing
Agak besar jugak hingga kena potong dua
Pikir2 nak masak apa
Teringat asam pedas style kelantan
Nampak ja kuning tp pedas berdesing
Sbb cili padi diblend sekali

 Bahan-bahan

2 ekor ikan 
5 ulas bawang merah*
5 tangkai cili padi*
1 ulas bawang putih
Sedikit hirisan lengkuas*
1/2 inci kunyit* 
Daun kesum
1 kpg asam keping
2  kuntum bunga kantan
Garam secukup rasa.

Cara-cara
1. Kisar semua bahan bertanda *. Campurkan air secukupnya.
2. Masukkan ikan dan bahan yg telah dikisar kedalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan daun kesum, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih sehingga ikan masak. Sedia untuk dihidang.

29 May 2021

Cara Melupuskan Ubat2an Dengan Betul


Jangan sewenang2nya,sesuka hati ya
mencampak ubat yg dah tamat tempoh
Atau tak habis dimakan kedalam tong sampah

Cara Pelupusan Ubat Yang Betul



1. Cara melupus ubat adalah isu yang kompleks.

2. Membuang ubat yang telah luput ke dalam tong sampah adalah merbahaya jika dikutip dan ditelan oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

3. Ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar


4. Membuang ubat ke dalam lubang tandas pula - isu alam sekitar

5. Penyelesaian yang paling baik – Pengguna harus memulangkan ubat-ubat yang telah luput/ tidak digunakan lagi ke farmasi hospital/klinik kerajaan bagi tujuan pelupusan.
P letak ja ubat2 tu dalam bakul yg disediakan

28 May 2021

Pucuk Tenggek Burung

Saya mula memakan ulam2an lps kawen
Tu pun ulam2 yg biasa2 dulu seperti timun
Lama2 terasa sedap pulak ulam2 lain seperti pucuk tenggek burung
Pucuk cemperai
Pucuk putat dll

Dah semestinya dicicah sambal belacan pedas berdesing



Sudah semestinya rata-rata di antara kita agak asing dengan pucuk tenggk burung ini. Seperti satu pucuk yang jarang didengar. Sebenarnya pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat. Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tenggek burung kecil berwarna hijau kelabu ini adalah amat berkhasiat

Antara khasiat pucuk tenggek burung ialah seperti berikut;

• merawat tekanan darah tinggi
• mencegah serangan darah tinggi
• melancarkan peredaran darah
• menghilangkan lenguh di badan
• mengecutkan rahim dan menyegarkan badan wanita yang baru bersalin




27 May 2021

Hai....Nama Saya...

Ketika otw balik kerumah 
Utk beraya baru2 ni
Alia singgah beraya kejap kt 
rumah rakan sekerjanya

Amboiii comei putih gebunya
Kata saya dlm hati

"Makkk..jgn tertipu mak
Nama dia dlm Mykad
Mohd Zaini
Tp dia mahu dipanggil Erra
Kalau panggil Mohd Zaini dia tak menjawab..."

Haha 
Dia ni keje bgh housekeeping ke SPA
Mcm tu la
Kt hotel tu
Amboii kalah anak makcik la Zaini oiii


25 May 2021

Cili Padi Paling Pedas Di Dunia




Untuk pengetahuan anda, tahap kepedasan cili dikenali dengan istilah Scoffield Heat Unit (SHU). SHU menunjukkan jumlah capsaicin (zat kimia yang menimbulkan rasa pedas dalam tumbuhan) pada cili.

Bacaan untuk cili padi Malaysia ini katanya hanya lebih kurang 100,000 ke 250,000 SHU je. Jom kita tengok bacaan cili-cili terpedas dunia ni daripada bawah sehingga paling tinggi levelnya.

#5 Bhut Jolokia – SHU 1, 041, 427



Bhut Jolokia memiliki nama lain Ghost Pepper. Ia sempat memegang gelar cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada tahun 2007.  Cili dari India ini memiliki rasa 400 kali lebih pedas dari saus Tabasco.

#4. Infinity Chili – SHU 1, 067, 286


 

Ia menggantikan posisi Bhut Jolokia sebabagi cili terpedas dunia Guiness World Records pada Februari 2011. Sayangnya, ia hanya sempat memegang gelaran ini selama dua minggu.

#3 Trinidad Moruga Scorpion – SHU 1, 200, 000 ++



Salah satu cili terpedas dengan catatan SHU tertinggi adalah Moruga Scorpion (Capiscum chinense). Ia berasal dari Trinidad dan Tobago.

#2 Naga Viper – SHU 1, 382, 118




#1 Carolina Reaper – SHU 1, 569, 300 ++



Ya, inilah cili terpedas dengan bentuk yang paling buruk, Carolina Reaper.  Jika memakannya, maka korang akan merasakan kepedasan lima ratus kali lipat melebihi sos Tabasco. Dari namanya saja dah tahu bukan cili ini berasal dari mana? Rockhill, South Carolina. Reaper rasmi menyandang gelaran cili terpedas dunia dari Guiness World Records pada 7 Ogos 2013 sehingga kini.

23 May 2021

Daging Dendeng

Alhamdulillah
Anak sedara saya di Bangi
Ada buat daging dendeng ni utk jualan


1 pack percuma utk mak sedaranya
Yg sakit merasanya

Sedap...sangat sedap..
Cukup rasa masam manis pedasnya
Sesuai dimakan dgn nasi putih
Atau apa2 nasi beraroma
Pulut,ketupat,lemang
Roti atau apa2 ja la




21 May 2021

Alhamdulillah Dah Sembuh

Alhamdulillah
Cucu tokma dah sembuh
Doktor kata cuma disebabkan masalah kulit kering

Dah membuas semula
Dah bergaya semula

Cepat2 la Pkp ni berakhir
Dah tak sabar nk jumpa si cucu ni








18 May 2021

Semoga Cepat Sembuh Sayang

Alahaiii
Kesiannya cucu Tokma
Alergic ke
Kudis buta ke
Ekzema ke

Tentu Arash tak selesa

Tok ma doakan agar Arash cepat sembuh

14 May 2021

Salam Lebaran

Assalamualaikum
Mcm mana sambutan lebaran kawan2
Ditempat saya ni boleh dikatakan ramai yg patuh pd arahan

Ada la sikit kuih muih raya yg dibeli
Sbg syarat letak atas coffee table

Jiran terdekat kena kuarantin
Pihak KKM datang pasang tape keliling rumah dia
Abg ipar saya jugak kena kuarantin
Sbb anak bongsunya merupakan contact rapat pd pelajar +ve covid dlm kelasnya

Ya Allah...
Kau peliharalah kami dari jadi mangsa

3 org anak dara keluar beraya dihujung kampung
Ada lombong tinggal kat situ
Yalah nk mengunjungi rumah sanak saudara tak boleh







Apapun bersyukurlah kerana masih diberi peluang utk meraikan lebaran
Walau dlm keadaan serba terhad
 

09 May 2021

Alhamdulillah

Alhamdulillah...
Setelah seminggu  lebih bertarung dgn ketiadaan selera makan
Hari ni Dia datangkan kembali sedikit
keinginan utk makan

Maka jadilah ayam masak ros
Sawi goreng campur tauhu


Tauhu sambal


Ada jugak ikan grg dan sambal belacan

Dan pengat pisang nangka sbg pencuci mulut


07 May 2021

La haula wa la quwwata illa billah


La haula wa la quwwata illa billah

(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)


Pada hari pertama puasa
Saya bersahur dgn 2 keping biskut
Dan secawan milo
Itupun terpaksa telan

2,3 hari lps tu
Hanya mampu mkn sekeping ja biskut
Dan last2 jadi setengah keping
Air masih mampu diminum

Jgn tanya pasal nasi
kerana tengok nasi,bau nasi
Dah membuatkan saya termuntah

Sekarang
Dah beberapa hari saya tak bgn sahur
Langsung takde selera nk mkn dan minum

Siap pesan kt suami
Tolong tutup pintu bilik rapat2
sbb saya tak boleh bau nasi yg dia grg waktu sahur

Ya Allah..
Kau permudahkan urusanku
Berilah aku kekuatan mental dan fizikal
Dlm menyempurnakan ibadahMu ini



03 May 2021

Menu Hari Ke 21

Diam tak diam kita sudah memasuki
10 malam terakhir ramadan
Tak terasa pantasnya ramadan berlalu
Rasa sedih pulak bila mengingatkan
Adakah kita akan bertemu lagi ramadan tahun depan

Apa menu utk berbuka ptg ni
Menu yg simple2 ja
Ketam masak lemak cili padi
Lagi pedas lagi terangkat rasanya

Daging masak hitam

Kari ikan bawal
Dan telur dadar




02 May 2021

Google Adsense

Saya cuma blogger picisan ja
Suam2 kuku
Menulis sekadar mengisi masa terluang

Dulu2 saya letak iklan Nuffnang
Sempat la beberapa kali cash out

Lps tu bercerai talak 3 dgn Nuffnang
Berjinak2 dgn google adsense
Walaupun beberapa kali register kena reject

Alahhh ketat syarat2nya

Akhirnya berjaya jugak 
Cash out $100
Dollar convert to RM
Dapat la Rm400 lebih

Yg ni bila pulak nk cukup $100
Sedikit2  lama2 jadi bukit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.