24 July 2014

Polleney - Pati Ikan Haruan Amerika Ginseng

Alhamdulillah...pagi semalam ada rezeki utk berurut
bila tukang urut ada kelapangan sblm pukul 10 pagi

Sebaik pegang kaki saya yg sejuk

"Kak rasa masalah hang ni dah lama
urat dah bersimpul
darah tak jalan...
Tak pa..ari ni kak 'pukui' habis satu badan..
hang kena tahan sikit nooo.."

Ya..lps bersalin secara pembedahan  8 th lps
saya tak pernah berurut haha

Sakit..memang sakit..
krup krap krup krap bunyi tulang
dan si tukang urut asyik sendawa memanjang
(org kata angin dari badan saya ditransfer padanya)

Sambil mengurut..banyak petua di perturunkan..

"orang perempuan ni..lepas kawen..lepas bersalin
seeloknya 3,4 bln sekali berurut...
naikkan semula peranakan...
sbb peranakan mmg akan jatuh/ lari
terutama bila angkat benda2 berat.."

"segala sakit org perempuan berkaitan dgn rahim/ peranakan..
rasa malas,letih,sakit kepala,sakit pinggang,sakit urat
akibat rahim yg tak betul kedudukannya.."

Lepas sejam diurut...bagai 'reset' semula urat saraf,sendi2...
saya disuruh tunduk seperti rukuk
mcm tak percaya pulak
bila saya bukan saja boleh rukuk/ tunduk tanpa rasa sakit
malah tangan pun boleh mencecah lantai ketika tunduk

RM60..tapi berbaloi dan saya sangat2 puas hati

Selepas raya,
saya diminta datang lagi utk sekali dua sesi lagi



Tukang urut menyarankan saya amik minuman ni
(RM36 sekotak-ada 6 botol-1 free)

Pati Ikan Haruan Amerika cap Polleney digunakan secara tradisi untuk tenaga, 
kesihatan kulit, menguatkan otot, 
wanita selepas bersalin dan melegakan kesukaran untuk tidur.


Tapi..baru buka kotak ja
belum lagi buka penutup botolnya
dah 'semerbak' baunya..tak tahan wehhh..
so saya perahkan sedikit limau nipis
dan cepat2 minum minuman lain sebaik saja meminum pati ikan ni

Kata anak saya
dia sanggup tahan sakit dari minum benda ni..:)

21 July 2014

Menahan Kesakitan

Orang lain dok tayang biskut raya segala bagai
kat sini dok tayang ubat2an

Saya ni jenis kalau sakit sikit2
biarkan ja...
dgn harapan akan sembuh sendiri

tp setelah 3,4 hari tak sembuh2 jugak
malah makin kronik
terpaksa jugak jumpa doktor

Sakit pinggang yg melarat hingga ke paha dan betis
hingga rukuk solat pun 'ala2 ja'
sbb tak boleh tunduk

"You nak suntik atau ubat ja..?" tanya doktor
"Dua2 Doktor...kalau ubat saya bimbang kesannya lambat sedikit.."
hmmm RM140 utk satu suntikan dan ubat2an

Alhamdulillah dah ok sikit
 Dan saya jugak cuba mendapatkan khidmat tukang urut bertauliah
sayangnya dari Ahad hingga esok(selasa)
dia telah dibooking

"Chek nak urut..sakit apa...?" mesra dan ramah Hajah Fatimah tu..

"saya sakit pinggnag..sakit urat..dulu bersalin operate.." kata saya..

"lps operate..ada makan apa2 ubat tak..? tanya beliau lagi..

"takde hehe...cuma makan ubat yg diberi pihak spital.."

"ooo tak boleh la cheq oiii..yg tu cuma antibiotik..ubat sembuh luka..
bkn ubat utk mengecutkan rahim,urat2..
haaa dah tu langsung tak berurut...
makan mcm2...4,5 tahun dah sakit2 baru nak berurut..bla bla bla.."

Saya kena sound free dek tukang urut...


15 July 2014

Suatu Waktu Dahulu...

Sapa yg pernah buat perkara ni
masa kecik2 dulu...
zaman belum akil baligh

1. Berdiri depan kipas...dan sebut aaaaaaaaaaaaaaaaa....
Seronok suara jadi bergetar2...

2. Sekali sekala naik kereta, tengok awan atau bulan atau matahari 
lepas tu ingat semua benda tu yg ikut kita.

3. Naik basikal dan lepas tangan dari handle.
Sapa yg paling lama boleh lepas tangan
dialah yg paling hebat
(biasa buat masa blk dari sekolah)

4. Kalau cikgu suruh buat lukisan
mesti ada gambar dua gunung
dgn matahari ditengah2nya,ada burung terbang,ada sawah padi

5.Petik daun dan selitkan dicelah2 buku
Biarkan beberapa lama hingga daun tu kering 
ataupun daun setawar...ia akan mengeluarkan akar
jika disimpan dicelah2 buku

6.Rasa tak berdosa amik dan makan buah2an tepi jalan 
(sbb igt pokok tak da tuan)

 7.Bila bergaduh,tak bagi lalu jalan depan / belakang rumah kita 
ada kawan2 yg lbh nakal,bila bergaduh ja..selak kain dan tunjuk buntut 
dah la tak pakai spenda.. 

8.Kalau main masak2/ kawen2...
mesti nak jadi 'mak' sbb boleh marah2 org..

9.Ingatkan hati berbentuk mcm ni

12 July 2014

Iftar Di Kampung

Bermula dgn plan di Wasap
(group kaum kerabat mak mertua saya)
akhirnya berlangsung iftar dirumah kakak ipar saya semalam

konsep potluck
dah berpesan..satu family cuma bawa satu menu saja
bimbang terlalu banyak..tak terhabis nanti..
3 jenis nasi 
nasi ulam oleh mybiras
nasi kerabu ni saya yg bikin


cucur udang yg disediakan oleh tuan rumah

desert-saya menyedikan gara2 oreo tu

 
 minuman pulak disediakan mybiras
salah sorg biras lagi
menyediakan mee kuah

Nurul Izzaty
cucu ibu mertua saya yg keberapa entah lah
cucu dan cicit dah hampir 60 org..

10 July 2014

Kisah Bazar Ramadhan

Sabtu lepas suami saya membeli air kelapa dibazar
Ketika berbuka,anak saya yg 2 org tu tak minum
sbb depa kata berbau masam
dan rasa pun masam

oleh sbb saya memasukkan perahan limau nipis
bersama kulitnya sekali kedalam gelas saya
so bau dan rasa masam tu dicover oleh limau nipis tersebut

Lagi pun suami cakap
air kelapa tu baru dibuat..!!

Akibatnya..hari ahad dan isnin saya bermarathon ke toilet
sakit perut ..cuma tak termuntah2 ja
2 hari sakit perut sampai lembik badan

Ni pulak murtabak
yg dibeli suami ptg semalam

Sekali rasa...mak oiiii...
mcm sekilo garam dibubuhnya


bg kat Alex pun dia tak mau makan
last2 masuk tong sampah
"baik aku tido dari mkn murtabak masin tu.."kata Alex


Kepada peniaga2 bazar ramadhan tu
jgn marah jika ada yg mengelarkan sbg Bazar Sampah
kalau ada makanan / minuman yg tak habis tu
jangan la dok recycle
sedekah lah kat jiran2 atau kat masjid
dapat jugak pahala
dari dapat murka pembeli makanan anda

08 July 2014

Kisah Anak-Anak

Ini kali pertama si Alia ni
berjauhan dgn keluarga

Tidak seperti abangnya yg mula
'meninggalkan' rumah ketika di tingkatan 4 lagi
yg berada di SERATAS (Taiping) selama 2 tahun
dan di Matrik (Pendang) 1 tahun
dan sekarang di Gambang
tak pernah pun sikit2 nak balik rumah

Mungkin antara anak lelaki dgn anak perempuan berbeza ..


Tengok Mak nya post gambar laksa kat IG pun merenggek nak balik


 Tengoklah dia punya alasan nak blk






Jumaat lepas katanya berbuka puasa dgn YDA dan Permaisuri
Raja Permaisuri tu kan Canselor MSU
Budak comel tu anak pengiring Raja Permaisuri Agung

Alhamdulillah..
keputusan exam semester 1 memuaskan..
3.63 pointer



05 July 2014

Dodol Dalam Daun Nipah

Saya bukanlah peminat dodol
dek rasanya yg terlalu manis


Dodol berbalut daun nipah ni
dibeli suami
di Terenganu ketika berkursus disana minggu lepas
1 paket ni RM2.50

 

Haa..ni dia isinya
Oleh kerana dibungkus dalam daun nipah
rasanya dah mcm hisap rokok daun haha
terasa dan berbau aroma daun nipah


03 July 2014

Labu Masak Lemak

Labu...dari pucuknya,buah dan bijinya..
semuanya  sedap dimakan
pucuk labu sedap dimasak lemak
biji labu enak dikunyah  bila dijadikan kuaci

Manakala buah labu
boleh masak lemak cili api, masak lemak putih campur bayam atau asin2
dan dibuat kuih-muih seperti pengat, serawa, lepat,
 juga dikukus makan dengan kelapa dan gula, 
dan lain-lain cara masakan lagi. 

Di Kelantan,kebanyakan majlis kenduri kawen
dihidangkan sira labu sbg dessert

 Antara khasiat dan manafaat makan labu ialah: 
 1. Menyejukkan bahang dalam perut 
 2. Menghilangkan dahaga 
 3. Menghilangkan panas badan
 4. Bagus untuk hempedu 
 5. Mencergaskan minda (otak)
 6. Baik untuk mata 
 7. Melembutkan urat perut

Ni resepi utk berbuka kelmarin
Masak lemak labu
(hanya saya yg makan)

-sebelah biji labu manis yg kecil
-1 cawan santan cair
-1/2 cawan santan pekat
-2 btg serai-diketuk2
-sedikit udang kering
(rendam,toskan dan tumbuk kasar)
-1 biji bawang besar-mayang
-2 ulas bawang putih-diketuk2
-sedikit serbuk kunyit
(kalau suka boleh masukkan daun kunyit
yg dihiris halus)

cara:
-masukkan labu yg dipotong,santan cair,
bawang dan serai kedalam periuk
-masukkan serbuk kunyit dan biarkan mendidih
-bila labu hampir empuk,masukkan santan pekat
-rasakan garamnya

Partner utk resepi ni
adalah ikan gelama masam yg digoreng,sambal belacan...
mmg mebeles..

02 July 2014

Kisah Seram Di Asrama

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” 
Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia. 

 “Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu. 

 “Tak, maksud aku...” 

 Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, 
Dahlia meningkah. 
“Kau tengok aje nanti. 
Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!”
 Dahlia bersuara dengan geram. 

 “Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.”
 Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya. 
 Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri.

 “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?”
 kata Dahlia. 

 “Bagus la kalau kau faham maksud aku.” 
Maria senyum memandang Dahlia.

Sedikit sinopsis novel Asrama

Koleksi buku2 seram ni dibeli
oleh anak ketika pesta buku kt PWTC baru2 ni

bukan main lagi dia promote kat saya
"takut sgt baca buku ni
nak pi bilik air pun takut.."

Tak sampai 2 jam saya baca..dah habis...(288 halaman)

"laa..tak takut apa pun.."

Sesiapa yg pernah tinggal di asrama
cerita2 seram adalah sesuatu yg lazim
diturunkan dari penghuni lama ke penghuni baru

Saya cuma tinggal di asrama selama setahun (6 atas)
Namun tak pulak mengalami sesuatu yg menyeramkan
walaupun pergi ke bilik air jam 3 pagi seorang diri...

Seorang rakan yg satu dorm dgn saya
Saya masih ingat namanya-Rosliza Mohd Noor
Dia punya rambut panjang mengurai melepasi pinggul

Satu malam...selepas habis waktu prep
lampu dalam dorm wajib ditutup
yg ada hanya lampu di hujung koridor yg malap

Rosliza duduk diatas tangga yg suram
dgn rambutnya dikuakkkan kedepan

Beberapa pelajar naik tangga..

Menjerit..kemudian tergelak2 sambil marah2..

Kumpulan yg lain pulak naik..

Menjerit2 dan marah..lps tu gelak2...

Adegan menjerit..marah2..tergelak2 tu berakhir apabila dijerkah oleh warden asrama..

01 July 2014

Ikan Pari Air Asam

Ikan pari selain sedap  dibuat kari,asam pedas
sedap jugak dicicah dgn air asam
(samada dibakar atau rebus)

Kadang2 ikan pari ni berbau sikit
kata org,ia berbau ketika bulan penuh
(saya pun tak tau betul atau tidak)

petua utk menghilangkan bau ikan pari
-selepas dipotong,rendam dalam bancuhan air kapur
ia akan menjadi berbuih2..
lbh kurang setengah jam...basuh dan toskan
ikan tu akan kelihatan putih seolah2 telah masak

-cara lain adalah rendam bersama beberapa biji limau nipis atau lemon
yg dibelah dua

Bahan2:
utk buat air asam
permintaan teman blog Aisy Nasiha

ni utk sekeping ikan pari
yg dipotong2 menjadi 4 ketul

-setengah cawan air asam jawa
-belacan (dibakar lg sedap)
-2 biji tomato yg telah masak
-sebiji bawang besar (di potong dadu atau dimayang nipis)
-cili merah dan segengam cili padi (mayang nipis)
-1 camca sos cili
-garam dan gula
-beberapa biji limau kasturi
-1 camca kerisik
-utk menambah aroma,boleh taburkan daun ketumbar yg dihiris

Gaul kesemuanya
dan masukkan ikan yg telah direbus
biarkan beberapa seketika sblm dimakan
supaya ikan tu menyerap rasa air asam tu

-semasa merebus ikan
masukkan sekeping asam gelugur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.