12 November 2019

Donat Hangit


Satu hari si isteri teringin nak mkn donat
donat fozen ja
lantas meminta si suami mengorengnya

Ketika mengoreng
boleh pulak dia masuk bilik dan bersembang dgn saya

"Ehh bkn abg dok goreng donat ke..
sat lg hangit..."

"Ok ja...abg kecilkan api.."




Bila dia bwk mai kt saya...
nah...rentung..

"Abggg...sapa yg nk mkn ni.."

"Abg saja goreng bg garing.."
(Masih tak nak ngaku silap dia)



Akhirnya..saya minta Alia tolong gorengkan

"Nahhh abg tgk mcm mana rupa yg Alia goreng.."

"Alaaaa dia chef..tentulah dia mahir.."
Ada ja alasannya

10 November 2019

Bihun Goreng Pink


Saya berasal dari Kelantan
dan bihun kaler pink  ni sesuatu yg biasa disana


1 peket mihun- direndam dengan pewarna pink/cochineal. 

5 ulas bawang merah 

7 ulas bawang putih

Sedikit serbuk cili- optional 

1 mangkuk kecil sos cili 

1/2 mangkuk kecil sos tomato

 Sayur2an secukupnya

 Udang kertas secukupnya

 Garam Gula


 Cara memasaknya;
 Mesinkan semua bawang merah dan bawang putih serta serbuk cili. 

Tumiskan bahan mesin hingga naik minyak. Masukkan udang kertas. 
Goreng sekejap.

Masukkan sos cili dan sos tomato- kacau.
 Masukkan 1 mangkuk kecil air.

 Masukkan garam dan gula. Rasakan masin dan masinnya

.Pastikan masin dan manisnya lebih sebab belum dimasukkan mihunnya.

 Bila kuah menggelegak, 
masukkan sayur2an

Masukkan mihun yang telah ditoskan.

 Kacau hingga air kering dan mihun masak.

09 November 2019

Appertizer


Hidangan Pembuka (Appetizer) adalah  yang disajikan dengan porsi kecil, atau hidangan pembangkit selera makan/makanan pemula sebelum maincourse. Appetizer berfungsi merangsang nafsu makan sebelum hidangan utama dinikmati.
Contoh makanan pembuka
  1. Cold Appetizer
    Yaitu hidangan pembuka yang disajikan secara dingin atau segar.
    Contoh: Fruit salad, Vegetable salad, Coctail
  2. Hot Appetizer
    Yaitu hidangan pembuka yang melalui proses pemasakan, disajikan dalam keadaan panas.
    Contoh: Croquette, Risoles






Chef Alia mengirim appertizer
yg dibuatnya di hotel tempat dia bekerja

08 November 2019

Doli Kue Teow

Pertama kali makan kt Doli Kueteow Goreng
ni bln 12 2012
semasa menjemput en suami pulang dari berkursus

Semasa anak sulung belajar di SERATAS dulu
tak pulak datang mkn kt sini

Ni dh 2019...dh 8 th dh
rasa kueteow goreng masih sama mcm dulu
bila buka ja bungkusan tu
terserlah bau aroma daun  pisang
yg membalut kueteow goreng 




nak dapat parking memang susah..
terpaksa pekakkan telinga ja
bila org sebelah asyik membebel
susah nk parking

Oklah sapa2 yg terlajak ke Taiping
dan berhajat nk rasa kueteow goreng tu
(Dan berbagai menu lain lg)
Ni alamatnya
                       5, Regat Tupai, Medan Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak

07 November 2019

Berbuat Baik Sesama Manusia

Ketika dalam perjalanan pulang
ke kelantan dulu
cuma saya,Alia sbg driver dan Tasha ja
melalui jalan Simpang Pulai utk ke Gua Musang

Disatu persimpangan lampu isyarat
seorang apek yg kelihatan kurang siuman
berjalan melintasi jalan yg sibuk
pemandu2 ramai yg membunyikan hon
apek tu mengosok2 perutnya isyarat lapar kut
pakaiannya lusuh serta berkaki ayam

"Baby...bagi la karipap yg kita bwk bekal
ni sikit kat dia..."

"Isshhh mak ni..takut la..."

"Nak takut apanya?
org ramai ni kalau dia cuba buat apa2..
kesian tgk dia.,"

Alia lantas menurunkan cermin kereta
dan menghulurkan karipap padanya
walaupun tanpa ucapan terimakasih
saya tau dari matanya dia begitu gembira
saya juga gembira kerqna melakukan kebaikan
walau hanya sebesar zarah

Ibnu Kathir menjelaskan, “Allah tidak melarang kalian berbuat baik kepada bukan Islam yang tidak memerangi kalian seperti berbuat baik kepada wanita dan orang yang lemah di antara mereka. Hendaklah berbuat baik dan adil kerana Allah menyukai orang yang berbuat adil.”

06 November 2019

Nasi Goreng Kampung

Hari ni cuma masak nasi goreng kampung
ja sbg santapan tengahari
duduk berdua dgn Eleena ja
takda mood nk masak byk2
puas hati campak sayur banyak2

Dikala ada mood,ada idea
buat posting banyak2
berderet dok tunggu nk auto publish
haa amik..sebulan terus punya entri

05 November 2019

Adik Tak Nak Kawen...

Alhamdulillah...
selesai sudah minggu2 yg memeningkan kepala sianak
berakhir sudah exam akhir
utk sem akhir


Dan alhamdulillah jugak
sbb sudah mendapat tempat utk intern bln 12 ni

Satu hari ketika bersembang dengannya
"Mak...adik tak nak kawen..."

"Hahh...kenapa..." tanya saya

"Sbb adik tak minat masak,tak mau masak
malas nk layan mkn minum org lain...eiiiii.."

"Laaa..igt kn sbb nk jaga mak...."

Hahaha

Ada ke anak dara lain mcm ni...

Pernah satu hari saya menyuruhnya memotong
kuku ayam,nk buat sup

Apa yg dibuatnya...
punya la lama rupanya dia betul2 potong bahagian kuku ayam tu ja
mcm potong kuku org pulak

Dan pernah jugak saya memintanya
menjaga periuk diatas dapur
dok rebus solok lada sbb saya nk mandi

Ya Allah..bkn setakat hangit,rentung terus periuk
bkn setakat solok lada tu takleh dimakan
dgn periuk sekali dibuang

Pendek kata ada ja yg tak kena kalau dia didapur

03 November 2019

Bertindik

Bertindik...

Percayakah pembaca jika saya katakan
diusia saya 48 tahun ni
saya tak pernah menindik telinga
sekalipun tak pernah...!!!

Zaman kanak2 dulu
ramai kawan2 sepermainan saya
pergi bertindik dirumah sorg makcik ni
biasanya diletakkan kemucut supaya
lubang tu tak tertutup semula

Tp saya langsung tak teringin..

lama2 lepas kawen,beranak pinak
keinginan tu terus berkubur
haha langsung takda peluang la
nk merasa pakai anting2
dan rasanya tak akan bertindik kut

Kini anak2 perempuan saya jugak
nampaknya bakal mengikuti jejak emaknya
Alia 26 th tak pernah
menyuarakan hasrat nk pakai subang
si adik,Eleena dh 22 th pun sama
Tasha..13 th..lagi lah tak minat hal2 mcm ni..

Haha untung mak nya..

01 November 2019

Minyak Angin Aura Terapi


Ni minyak angin ya
bkn deodrant sapu kt ketiak

Ianya berangin...wangi serta menyegarkan
Minyak angin aura terapi ni boleh digunakan utk
-sakit kepala
-sakit sendi/ otot
-mabuk dlm perjalanan
-mabuk mengandung
-meredakan stress
-batuk/selesema/kembung bg kanak2

Setiap warna mempunyai fungsi yg berbeza


Boleh lawati web ni utk lebih detail

30 October 2019

Daun Kaduk

Pada mulanya saya kurang mengemari
ulam daun kaduk ni
sbb baunya yg kuat
bila dicelur , satu dapur berbau
tp lama2 dh jadi kegemaran pulak
samada dibuat ulam atau dibuat miang kham
ini yg ditanam en suami
bkn main galak lagi tumbuhnya 

28 October 2019

Pisang Rebus

Budak2 zaman sekarang menjuih
bila dihulur pisang rebus
ooohhh...depa tak tau nikmatnya
pisang rebus dicicah kelapa atau gula
kena pula kopi o

Antara pisang yg sedap dan sesuai
direbus adalah pisang nangka, kebatu
pisang nipah ,pisang lang..

Pilih pisang yg tidak terlalu ranum
masukkan sedikit garam dan tebuslah dalam 10 minit lebih kurang...

26 October 2019

Pertubuhan Abang Botak Malaysia

Beberapa minggu yg lepas
semasa melawat Tasha di Seratas
otw balik pusing2 taman tasik taiping
kami kesana berempat ja
si ayahnya tak ikut

Tengok2 kt tasik tu kebanyakan kereta
menampal pelekat ni
Pertubuhan Abang Botak Malaysia

Kami dlm kereta tergelak terkekeh2


"Rugi ayah tak ikut tadi..."

Semua ahlinya berkepala botak,licin berkilat

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN ABANG BOTAK MALAYSIA. PERTUBUHAN ABANG BOTAK MALAYSIA telah didaftarkan pada 8hb Ogos 2016 dibawah AKTA PERTUBUHAN 1966. PERTUBUHAN ABANG BOTAK MALAYSIA ini telah diluluskan oleh JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA dengan nombor pendaftaran PPM-018-10-19102016. 
Matlamat kami adalah memberi bimbingan keusahawanan dan modal insan dan mengeratkan persahabatan sesama ahli khasnya serta merapatkan hubungan kemasyarakatan. Selain itu juga kami turut menjalankan program-program riadah, sukan dan aktiviti amal.
Pertubuhan ini boleh menjalankan aktiviti ekonomi seperti perniagaan, pelaburan, penyewaan dan lain lain yang boleh membantu ekonomi pertubuhan
Mari menjadi sebahagian dari kami Abang Botak Malaysia

DAFTAR MENJADI AHLI

25 October 2019

Kambing Golek

Gambar ni dikirim Alia menerusi wasap
kambing golek utk mkn2 staff party
malam sebelum tu masa dia walk in chiller
utk simpan brg
terkejut bkn main tgk benda berbalut
kain putih
rupanya sekor kambing yg sedang diperap

bagi saya yg tak mkn kambing ni
saya cakap padanya

"Mak tgk pun ngeri...hehehe.."

23 October 2019

Bila Alia Bertemu Sharifah Khassif

Ketika Alia menghadiri 
kenduri kawan kakak iparnya di Ipoh
tetiba muncul Sharifah Khassif

"ehh mak minat kt dia tu..."

"Ya ka baby ni..pandai2 ja.."
Kata abg nya yg mmg jenis tak kenal selebriti

Cepat2 Alia minta nk berselfie

21 October 2019

Erti Kebahagiaan Seorang Ibu

Seorang ibu sentiasa menganggap
anak2nya masih kecil
yang perlu dijaga..dimanja..
sedangkan tanpa disedari
sianak telah meningkat dewasa
telah berumahtangga
namun soalan yg sama ditanya

"Dh makan...
makan apa tadi..."

Seorang ibu juga
merasa bahagia bila kesemua
anak2nya berkumpul
menatap wajah sianak tiap sorang demi sorang
Ahhh...anak2ku dh besar

Doa seorang ibu
agar anak2nya dimurahkan rezeki
dilindungi...dirahmati..
dan saya selalu menitipkan doa
Ya Allah..jika Kau mahu mengambil nyawaku
biarlah ketika anak2ku telah pandai membawa diri
.

19 October 2019

Gulai Ikan Tongkol

Ikan tongkol/ikan kayu /ikan aya
enak dimakan bersama nasi dagang
atau nasi berlauk

Tp kadang2 bila kita makan
terasa tawarnya ikan tu
sebenarnya kalau nk buat gulai ikan ni
tak boleh short cut

Ianya wajib direbus dahulu
bersama beberapa keping asam keping
garam dan hirisan lengkuas
biarkan airnya kering
lbh sedap jika dibiarkan semalaman

lepas tu nk goreng ke
gulai ke
sambal ikan tongkol ke
pasti rasanya lbh sedap

17 October 2019

Rumah Sewa Anak Dipecah Masuk

Cuti semester yg lepas
ketika kebanyakkan penuntut 
UniSHAMS
sedang bercuti
rumah yg disewa anak bersama rakan2nya
telah dipecah masuk

Khabarnya kejadian berlaku waktu siang
sewaktu solat jumaat


Apalah barang berharga yg ada
dlm rumah budak2 U ni 


Kata anak saya
al quran dicampak,dibaling merata

Diselongkarnya setiap ceruk

Tak pasal2 anak yg sedang bercuti
terpaksa kesana...report polis segala bagai

15 October 2019

Nangka Madu

Sesiapa yg melalui jln berhadapan Inokom tu
pasti akan menoleh pada penjual nangka madu ditepi jalan
ada beberapa penjual
nangka siap dipack
ada la dlm 5,6 ulas setiap pek

Sedap...isinya pejal dan tak berair

13 October 2019

Sambal Ikan Masin Cilipadi

Saya ni kalau makan nasi
mesti nk kena ada sambal
tak kiralah sambal belacan ke
janji mesti ada rasa pedas
Sambal ikan masin cilipadi
ni Alia beli kt kwn dia
rm15 sebotol...
walaupun namanya ikan masin
tp takla masin sgt rasanya
tambah sedap jika diperah limau nipis / kasturi

11 October 2019

Sambal Belacan

Bila tgk cili padi
dalam kepala dh terbayang sambal
tak kira la sambal belacan ke
sambal jantan ke
sambal kelantan ke

Ada jugak yg suka buat ulam yg muda mcm ni

yg ni pedasnya tak boleh dibawa berbincang

Percayalah..
sambal belacan yg ditumbuk
lbh sedap dari yg di blend..

09 October 2019

Bakal Bergelar Atok Dan Tokwan

InsyaAllah...jika diizinkan Allah
saya dan suami akan menjadi datuk dan nenek
pada bulan januari depan
menantu sulung sedang berbadan dua,6 bulan..
 Betul lah kata org
keterujaan nak sambut cucu
lebih dari nk sambut kelahiran anak sendiri..

07 October 2019

Stok Sambal Tumis

Bila terlebih rajin
maka terhasillah stok sambal tumis
setengah kilo cili kering
bwg putih bwg merah, bwg besar
belacan
mula2 blend bawang2 dan belacan
tumis hingga berubah warnanya,
baru dimasukkan cili blend
biarkan sejuk dulu
baru disimpan dibahagian dingin beku


05 October 2019

Alia Patah Pinggang

Alia cuti hari khamis
so pd ptg rabu saya dan suami
menjemputnya di rumah yg disewa majikannya

"Ok..dah siap..nk turun dh ni..."
Katanya melalui wasap
rumah yg dia duduk tu 3 tingkat

Tp 10 minit...20 minit..setengah jam
tak turun2 lagi

Tiba2 dia call hp suami
"Ayah...pinggang baby patah..
takleh nk jalan ni..,"
Katanya sambil teresak2 menangis

"Baby cuba turun pelan2..."

Dlm 20 minit baru nampak kelibatnya
menapak perlahan..
ooiii susah dan seksanya nk masuk dlm kereta
katanya ketika dia tunduk utk angkat
raga kain dan bamgun semula
ketika itulah bunyi pprrraaappp pd pinggangnya


Terus kami bawak ke klinik berdekatan

Selepas disuntik
doktor tu cakap
kalau takda perubahan
terus pergi hospital
dapat MC 2 hari

sebenarnya saya jugak pernah kena dulu
sakit dan azabnya hanya Allah yg tahu
pergi ambil doktor datang suntik kat rumah
lgt lagi kata2 doktor tersebut

"Ni kalau U p spital
confirm kena tahan
diorang akan bagi straight badan U
utk memasukkan semula tulang yg terkehel
masa tu U meraung sekuat hati pun diorang tak peduli.."

Alia pulak tambah MC sehari lagi
tp chefnya baik hati...
bg cuti lagi 4 hari

03 October 2019

Airtangan En Suami


Selera org tak sihat mcm saya ni
sering berubah2
hari ni suka mkn ikan kering
esok dh tak lalu dah
kdg2 tgk nasi pun tak lalu


teringin mk mkn gulai daging cicah roti
daging yg ada lemak2 tu
suami masakkan juga la utk memenuhi
permintaan isteri
walaupun mulutnya tak henti membebel
sbb saya ni ada masalah jantung
mkn pulak yg lemak2, berminyak..


ok...ni kali kedua dia masak
daging yg takda lemak2 dah
pun membebel jugak
badan ja tak sihat tp selera kuat katanya

02 October 2019

Ikan Sepat Ronggeng

Saya pun tak tau kenapa
ianya dipanggil sepat ronggeng
kata makcik sipenjual kt Pekan Rabu tu
ikan ni suka meronggeng malam2 haha

apapun ianya memang sedap
digoreng garing dan dimakan bersekali
dgn tulangnya

teringat la 
pulak kenangan zaman kanak2
mengail ikan sepat,puyu,haruan dimusim banjir

01 October 2019

Endoskopi...sakit ke...?

(Peralatan yg digunakan)
Endoskopi adalah sebuah prosedur pemeriksaan yang bertujuan untuk melihat kondisi organ tubuh tertentu secara visual, dengan menggunakan alat khusus yang disebut endoskop. Selain untuk pemeriksaan, endoskopi juga dapat digunakan sebagai prosedur pembedahan.


Saya diarahkan menjalani endoskopi pd 28/8
Daftar masuk wad jam 6.30 pagi
nasib baik hospital kulim tu sepelaung ja dari rumah

Ketika di Hospital Sultanah Bahiyah
doktor pelatih ada bgtau
prosedur ni dibuat dlm keadaan saya tak sedar-bius

Tau2 masa kat Hospital Kulim
doktor bgtau tak dibius..
saya dh mula mengerutkan muka
"Sakit tak doc..."

"Tak sakit...cuma u akan rasa tak selesa sikit.."

Sambil tu diterangkan risikonya
"Tp u jgn bimbang..
pasukan doc kita ada bersama
utk memantau keadaan u.."

Sebaik masuk kedewan bedah
ada pesakit yg sedang menjalank endoskopi
termuntah2...sambil saya dengar riuh rendah doktor ng arahan..


Tiba giliran saya
doktor memasukkan ubat yg maha pahit kedalam mulut
sambil menyuruh menelannya
kebas satu mulut
dan saya disuruh mengiring ke kiri
sambil tangan memeluk tubuh

Dan dipakaikan alat dibahagian mulut supaya mulut terbuka
saya terus pejamkan mata
terasa ada wayar yg dijolok masuk
nk termuntah tu jgn cakap la

Lbh kurang 15 minit...siap..
saya disuruh ludah diatas plastik yg diletak dibawah kepala

"Ok puan..siap..."



keputusannya
itulah penyebab saya kekurangan darah

29 September 2019

Ulangtahun Perkahwinan Ke 28

Alhamdulillah..
hari ni genap 28 tahun kita melayari hidup bersama

Maaf diatas ketidaksempurnaanku sbg isteri
halalkan segala kekuranganku
semoga Allah memanjangkan jodoh kita hingga ke syurga

26 September 2019

Ladang Nipah Ismail Che Kar

Jika di kelantan
air nira kelapa
dipanggil 'tuak'
Di kedah pulak ada air nira nipah
dh tentu rasanya keduanya berbeza

Menikmati keenakan air nira nipah didalam 
ladang nipah
sesuatu yg sungguh menarik
Terletak di jalan Kuala Sedaka 
dlm daerah Yan
ketika saya sampai
11.30 pagi...tak ramai pengunjung lagi...
boleh la pilih tempat duduk yg dekat dgn parking 


Suasana nyaman dgn angin bertiup sepoi2
mengembalikan nostalgia duduk dikampung dulu2

redup ja suasananya
Itu bunga pokok nipah
nira keluar dari situ


Oleh kerana saya tak boleh minum air
melebihi 300ml ja
so yg dlm gelas kecik tu saya punya
bihun grg kuah laksa pilihan en suami



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.