08 March 2012

Penyakit kulit gatal a.k.a lapar garam

Lapar Garam...?
mungkin ada yg tak pernah dengar

sewaktu saya berusia belasan tahun dulu
salah sorg anak sedara terkena penyakit ni
(biasanya terjadi waktu malam)

dia tergaru2 seluruh badan
nangis2 sebab takleh tido

saya tgk arwah emak
ambil ibu kunyit(kunyit hidup yg agak besar)
di tumbuk bersama ibu garam
(garam yg kasar dan besar2 tu)

kemudian lumurkan pada seluruh
badan anak sedara saya tu

saya menyakat dia

"dah boh kunyit,boh garam
lepas ni goreng la.."

makin meraung la budak tu



(gambar en google)

lepas kawen
anak sulung pernah terkena
sekali
dan saya amalkan petua yg sama

dan sungguh tak sangka
saya jugak dijangkiti penyakit ni th lepas
(sedihnya suami tiada ketika tu
kerana berkursus)

mmg nak nangis rasanya
dek rasa panas,pedih,gatal
jari2 jadi merah dan bengkak
kuku rasa nak tercabut
anak saya takut tgk muka saya
yg kemerahan dan bengkak

seingat saya
ia terjadi beberapa minit
lepas saya makan mi goreng yg dibeli

saya tak pulak melumurkan garam dan kunyit
sebaliknya minyak angin ja hehe

ni yg saya google
punca serta rawatan penyakit ni


Punca utamanya boleh disebabkan
oleh alahan dan bukan alahan.
Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah
histamine yang dihasilkan oleh badan kita.

Bahan ini akan menyebabkan salur darah
mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut.
Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam,
tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab.

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut.
Jika anda alah pada sebarang makanan,
jauhi makanan tersebut.
Jika alah pada sejuk, getah,
rantai daripada emas atau perak,
elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton,
cetirizine, loratadine ataupun
steroid seperti prednisolone.

108 comments:

  1. assalamualaikum

    saya pernah terjkena penyakit ini..mmg itulah ibu saya buat..masa tu umur saya 15 tahun

    ReplyDelete
  2. akak alahan pada ape ni??
    pepun moga semuanya selamat la

    ReplyDelete
  3. adik saya penah kene gatal2 gini... sampai naik seram tgk muke dia...
    tp lps berubah kg ngn ubat moden skrg alhamdulillah dh ok dh

    ReplyDelete
  4. Ini kita panggil URTICARIA.

    Selain ambil ubat, kena sejuk, kalau panas, makin naim ruam nya

    ReplyDelete
  5. saya baru jer kena penyakit nie..sebelum nie tak pernah kena plak..kekadang kalau teruk sangat terpaksa la makan ubat..kalau naik sikit-sikit, tahan je la...

    ReplyDelete
  6. ni panggil sopak garam akak..hehe ^_^ dulu ada kak angkat tu, penuh badan dia..and dia mandi ngan air garam..baru hilang..entah napa...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kam,

    bagus juga info ni. Berguna sangat. Manalah tahu terkena, tak adalah kita panik sangat.

    ReplyDelete
  8. dulu kehadiran dengan identiti dan cara yang berbeza....
    moga bahagia membawa ke syurga bersama keluarga tercinta

    http://akuhivpositif.blogspot.com/2012/03/kisah-benar-datukku-seorang-pembawa-hiv.html

    ReplyDelete
  9. anak saya yg bongsu kerap kena kelopak garam ni atau saya pggil gelgate.Saya dulu zaman sekolah pun selalu kena.Tak boleh mkn makanan ada aji kata org.Saya pun lumur pakai garam je.

    ReplyDelete
  10. sapu DABUS cepat hilang..parut pun x de

    ReplyDelete
  11. Saya alami penyakit ini dah 2 bulan...bermula dengan hujung bulan mac sampai sekarang...ubat loratadine saya telan...tapi xde effect pape pun...pegi klinik kulit berbayar,doktor cakap penyakit nie mengambil masa yang agak lama untuk hilang...boleh jadi 4 bulan, 8 bulan atau 1 tahun...bayangkan....

    ReplyDelete
  12. saya menghidap penyakit nie dah 2 bulan...apakah???

    ReplyDelete
  13. Saya alami penyakit ini dah 2 bulan...bermula dengan hujung bulan mac sampai sekarang...ubat loratadine saya telan...tapi xde effect pape pun...pegi klinik kulit berbayar,doktor cakap penyakit nie mengambil masa yang agak lama untuk hilang...boleh jadi 4 bulan, 8 bulan atau 1 tahun...bayangkan....

    ReplyDelete
  14. dulu pernah jadi..dan skrg dh makin teruk, jd alergik dgn mknan semuanya xleh mkn..seafood xleh, yg seangkatan dgn ayam pn xleh..nk mkn kat kedai pun xberani..kdg2 naik bengkak kt tangan, belakang bdn..kdg2 muka jd bengkak...huhu..dugaan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jadi sekarang masih lagi gatal2 tak?... Baik pakai ubat apa saya pun dah berbulan kena ni

      Delete
    2. Assalam sis, cuba Ikhtiar dgn sapu Minyak Kelapa Buta Warisan Pok Loh Tok Barat. Blh tgk kat FB PAGE, in sya Allah mujarab. Tiada campuran bahan kimia. 100% ramuan dan campuran bahan semulajadi.

      Delete
  15. dulu pernah jadi..skrg dh jadi lain kena alergi makanan seafood xleh mkn, yg seangkatan dgn ayam pn xleh mkn..kalau mkn gak muka jd bengkak, kadang2 naik bengkak kt tgn & bdn..skrg nie nk mkn kt kedai pun xberani..hospital dh jd rumah ke 2..asai bengkak je kene thn wad..huhu dugaan2

    ReplyDelete
  16. saya pun kena juga 3bulan ohh. di panggil urticaria. saya ade baca mungkin di sebabkan sistem intestine da rosak. minum apple cider vinegar yg raw organic dan elak mkn mknan yg bertepung(roti, pasta, pizza...). skrg tgh cuba tgk mcm mana nanti

    ReplyDelete
  17. Luqman Herbs Centre terbukti boleh merawat pelbagai jenis panyakit kritikal seperti sopak,ekzema,psoriasis, masalah tulang belakang, HIV, kanser , masalah sakit tuan/puan dan sebagainya dgn selamat.Anda boleh hubungi terus Dr LUQMAN-0146332307 untuk temu janji. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.luqmanherbscentre.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana pula dgn kes setiap hari sopak garam ni naik? Sye ni boleh kata setiap hari, setiap masa.. dh tak tahan nk mgaru .. gatalnya... dh jdi mcm kera dh tergaru2������

      Delete
    2. Sis masih kna pg ke sampai skrg?

      Delete
  18. Salam. InsyaAllah saya ada terjumpa penawar utk Psoriasis dlm bentuk kapsul. H-Tonic & Tri-Tonic dr company Vivie-E Healthcare yg menggunakan 100% Herba melalui Teknologi Nano untuk mempercepatkan pemulihan sel dan anda dapat melihat kesannya didalam 4 hari ke seminggu InsyaAllah. Produk ini mendapat kelulusan KKM serta JAKIM. Hubungi saya di talian 0194762661 utk keterangan lanjut, InsyaAllah

    ReplyDelete
  19. Saya kena juga..slalu je..gatal gatal..stress ooo...cuma mkn yg ubat selsema biji kuning tu..doc ade bg steroid dan loratadine tp takut nak mkn...sbb tak biasa..skunk amalkan vit c ..alfafa..dngn b complek br je mkn 4 hari..dlm kuantiti 2 biji sehari..jgn mkn 10 biji..sbb alfafa memekatkan darah...so amal sikit sikit aje...tak mudarat...tunggu result..nie pon baru habis mkn kfc...makan seketul..mmg naik ruam..tp tak le byk mcm dulu..cuma tahan..tak mau garu..kalu garu lg menjadi gegata tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm..nak tanya..hasil dari makan produk shaklee tu dh okay ke gatal2 awak?

      Delete
  20. Tiap2 malam mesti kena Lapar Garam nehh . . . :'( xthu alergic dgn ape . . .

    ReplyDelete
  21. sy slalu trjadi pnyakit ni apabila sejuk.. bila sjuk bdn sy akn jd mcm tu. kdg2 ktka sy diluar rumh. so, ada apa petua ke utk hlangkannya selain garam?

    ReplyDelete
  22. Untuk hilangkan penyakit nie mudah saja , dapatkan rokok daun nipah (tanpa tembakau) selubungkan badan dengan kain batik ,nyalakan rokok daun nipah asapnya di hembus kedalam kain , buat begitu sehingga habis 2 @ 3 ikat rokok daun tu insyaallah gatal dan bengkak di badan akan hilang.

    ReplyDelete
  23. Sy dari bulan 2 sampai skang tak hilang..huhuhu

    ReplyDelete
  24. Sy pn baru kne...4mngu xbaik p doc mntk injection sb xthan gatal...nie dh 2 3 ari xde kne gatal2 dh

    ReplyDelete
  25. Sy pn baru kne...4mngu xbaik p doc mntk injection sb xthan gatal...nie dh 2 3 ari xde kne gatal2 dh

    ReplyDelete
  26. mkn ubt dic nmanye clarityne..gatal akn hilang n bgkak akn surut kl mkn bla serangan gegata dtg..mkn ubt ni dlm bpe hari gegata hilang n xdtg dh..beli di farmasi .sllu doc pkar hspita krjn mmg bg ubt ni

    ReplyDelete
  27. adooi skg tgah garu bahagia teruk kena 2belah lengan.leher .gatal naik biji merah tapi tak berair bertompok.kalau kuat garu akan luka.dulu dah naik dekat setahun lepas 6tahun naik balik.

    ReplyDelete
  28. adooi skg tgah garu bahagia teruk kena 2belah lengan.leher .gatal naik biji merah tapi tak berair bertompok.kalau kuat garu akan luka.dulu dah naik dekat setahun lepas 6tahun naik balik.

    ReplyDelete
  29. Sy kena dulu sampai masuk wad. Terapi yg sy buat hanya maian kurma mariami sehari 3 biji selama 6 bln. Mmg berkesan.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum....sy selalu kena penyakit ni.. mula2 kena mcm gigit nyamuk..then bila garu makin bengkak dan besar..dan saya tak tahu mcm mana nak berubat...dah p hospital kena inject then kena lagi.. p klinik swasta bg ubat sapu then kena balik...sekarang rasa dah give up...sebab selalu jadi..harap dapat membantu saya..

    ReplyDelete
  31. saya dah dekat 2 bulan alami masalah ni. tp gatal nya pada waktu malam je. dia punya gatal azab sgt sampai nangis2 saya. Alhamdulillah ber'blogwalking, sampai kat sini. Thanks kat Anonymous 26 October 2015 @ 4:22pm .. Saya akan cuba makan Clarityne.. Saya jugak bercadang nak sapu cream Econazine, khas untuk sakit2 gatal macam ni & nak try sabun Bidara.. Katanya daun Bidara ni banyak khasiat dalam menyembuhkan sakit2 kulit. Satu lagi, saya baru start mandi ngan air suam, rasa lega sket gatal2 ni.. Mungkin saya jadi macam ni sb hari2 asek makan telur je. Harini berazam nak mkan buah jer, takut nk makan telur, ikan & benda2 bertepung.. Doakan saya ye kawan2 semoga cpat sembuh. Saya pon doakan kalian cepat sembuh juga. Yang penting kita ikhtiar kan..

    ReplyDelete
  32. Sb penyakit ni..sy keguguran... sb garal tu naik kt tengkuk..sampai dlm leher pun naik. Sy jd batuk2 dan rasa mcm ada jaruk cucuk2 dlm tekak..

    ReplyDelete
  33. http://momsavenues.com/petua-hilangkan-geligata-paling-mujarab-cara-kampung/

    Sapukan bawang merah. Inilah petua hilangkan geligata paling mujarab cara kampung yang saya dah cuba. Alhamdulillah, kesan dia lebih cepat dari ubat sapu dan ubat makan yang doktor bagi. Bila saya lumurkan ke badan Abang, kering je bawang tu, gatal pun hilang. Tak sampai 5 minit!! Saya adalah SANGAT-SANGAT TERUJA dengan hasilnya. Bolehlah tidur lena lepas tu. Dan esoknya bila bangun pagi kesan gatal tu pun hilang. *lompat bintang*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah nak cuba la malam ni.. teruk sgt dh sy kena ni.. masuk 2 bulan.. seksa .. tqtq!

      Delete
  34. http://momsavenues.com/petua-hilangkan-geligata-paling-mujarab-cara-kampung/

    Sapukan bawang merah. Inilah petua hilangkan geligata paling mujarab cara kampung yang saya dah cuba. Alhamdulillah, kesan dia lebih cepat dari ubat sapu dan ubat makan yang doktor bagi. Bila saya lumurkan ke badan Abang, kering je bawang tu, gatal pun hilang. Tak sampai 5 minit!! Saya adalah SANGAT-SANGAT TERUJA dengan hasilnya. Bolehlah tidur lena lepas tu. Dan esoknya bila bangun pagi kesan gatal tu pun hilang. *lompat bintang*

    ReplyDelete
  35. ooo...rupanya ni namenya lapar garam...tq ye for hte info...
    suami selalu kena.

    jemput ke blog saya :

    adianazulhilmistory.blogspot.com

    ReplyDelete
  36. Ubat apa yg btul2 berkesan? Sya dah berapa bulan dh nie jdi mcm nie.. malam2 pling teruk sgat2.. naik gatal2 teruk.. xtahan.. smpai xboleh nak tido..

    ReplyDelete
  37. Tengah merana sekarang ni..baru lepas mandi air garam..Ya Allah memang x tahan..mintak2 lah cepat sembuh..sy syak sbb panas..kulit sensitif..

    ReplyDelete
  38. Saya pun dah x tahan gatal ni...x nk garu...mulanya kn gigit serangga apa x tau la kt peha..mlm td sdp lak garu...tertidur lps 2..bgn kul 12 lbh gatal,pnas kt blkang tgkuk,leher..dan bhg tapak kaki...garu2 gak la kt leher ni..dlm x tahan ntah kul brp tertidur gak la..dlm kul 3 bgun blk..rs len mcm jer..tgok seluruh kaki mcm kn gigit kalikata..abis bngkak2 gatal2..telinga blkang bdan leher abis...x thn gatal dh..dh bbh ubt calamine..sama jer gtalnya..mengenyam-ngenyam..

    ReplyDelete
  39. Saya pun dah x tahan gatal ni...x nk garu...mulanya kn gigit serangga apa x tau la kt peha..mlm td sdp lak garu...tertidur lps 2..bgn kul 12 lbh gatal,pnas kt blkang tgkuk,leher..dan bhg tapak kaki...garu2 gak la kt leher ni..dlm x tahan ntah kul brp tertidur gak la..dlm kul 3 bgun blk..rs len mcm jer..tgok seluruh kaki mcm kn gigit kalikata..abis bngkak2 gatal2..telinga blkang bdan leher abis...x thn gatal dh..dh bbh ubt calamine..sama jer gtalnya..mengenyam-ngenyam..

    ReplyDelete
  40. Saya pun dh tkena.. dh dekat 4 tahun.. belum ok2.. mula2 kena seksa laa juga.. mgaru je.. lgi2 lau nk tidur tpi sekarang dh biasa mlas nk mgaru biakn mcm to je.. selalu pgi2 mgaru mmg naik laaa.. muka.. lengan.. tpi nasib baik saya punya lepas mgaru 10 kemudian baru mjadi.. lepas to.. bebirat2 laa.. lau d biarkn.. stgh jam surut balik.. dah biasa dh gan penyakit ni.. sampai Malas nk mgaru.. baba gatal smpi rasa panas to mmg jadi kebiasaan.. tak tahu laa bila nk ok.. so far xde mkin teruk laaa.. sama je keadaan dri mula2 kena sampai ke hari ni 4 tahun dh belalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya 4thn.. sy pernah kena 4bln gatal x berhenti beberapa thn lps.. tiba2 xnaik gatal lepas sy simbah satu badan dgn air dettol. Tp thn ni dh mula naik balik. Sy cuba mandi dettol lg. X berkesan mcm dulu. Now thn gatal je lah. Selalu jd time nk masuk senja n perubahan suhu. Xtau nk buat apa lagi. Nk kata elegik mknan, cuba puasa beberapa hari pun sama naik gatal jugak.

      Delete
  41. sy pn kena nie.. x tahu nk buat mcm mane. g klinik inject ok la skjap pastu jd balik..

    ReplyDelete
  42. Saya dan anak2 pon kena gatal2 juga..dah sapu bawang merah, krim, bedak sejuk, mkn vit c dll ..tp still ade lg..seksanya waktu mlm..nak tido pon susah..

    ReplyDelete
  43. Sy dh 2 bulan kene ni.ubat makan, ubat drip semua dh try tp masih gatal2.makan semua dh pantang dh.smpai rase mls dh nk layan gatal2 ni

    ReplyDelete
  44. Ada cara lain lagi x utk hilangkan rsa gatal ni..sy dah lama kena tp x hilang²..sapu ubat hilang kejap lpstu naik balik..

    ReplyDelete
  45. saya kena waktu 14-16 tahun..pastu umur 20 jadi balik...bila nk dekat magrib je badan start bengkak²..esok pagi,elok sendiri

    ReplyDelete
  46. An impressive share! I have just forwarded this onto a co-worker
    who was doing a little research on this. And he in fact bought me lunch simply because I found
    it for him... lol. So allow me to reword this....
    Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending time to talk about this
    subject here on your website.

    ReplyDelete
  47. Asalammualaikum..bagi mereka yang menderita penyakit elergik ini tentu banyak cara telah dicuba namun tidak berkesan..cuba cara saya insyaAllah berkesan.Beli sabun 999(chlorophyll soap)basahkan jari jari anda dengan air kemudian sentuh sabun tersebut dan sapukan ditempat gatal atau bengkak bengkak akibat gatal itu sehingga mengeluarkan buih buih putih sabun tersebut..biarkan ia mengering dan jangan bilas..kegatalan akan hilang dengan cepat tanpa rasa tidak selesa akibat sabun itu..anda akan tidur dengan selesa..

    ReplyDelete
  48. Skrg ni tgh alami.. Bdn dh hbis merah start dr leher sampai lutut lengang semua ada.. Mula2 besar ibu jari je.. Xsangka lak boleh melarat smpai camni skali..kerajaan dh pegi swasta dh pegi so skrg tgh cube cara kpg hari2 mandi air garam..so skrg die dah x merebak cume belum berkurang je lg..harap2 berhasil.. mari kita sama2 doakan yg menghidap penyakit ni cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  49. srs la, baru saya tahu, saya ada gatal gatal macam tu, kat lengan, badan tapi tu la saya taktahu nak buat apa 😭

    ReplyDelete
  50. saya pernah alami bengkak2 mcm lapar garam n gatal teramat bila bengkak tu jadi.. biasa dalam satu hingga dua jam je pastu surut sendiri. Kadang tu waktu tengah masak dye naik kat bahagian kaki hingga peha ya ampun.. sapa terpaksa berhenti masak sbb bengkak naik sendiri walaupun x garu. pastu jadi panas bahagian bengkak tu. Abg saya MA dye sarankan utk saya jangan makan ayam.. hampir setengah tahun kot saya kene penyakit ni tp ade time2 dye lah.. pas sy berpantang x makan ayam x jadi dh bengkak tu. sy cume makan ikan je. n after beberapa bulan sy try makan ayam balik dan tengok penyakit ni x dtg. sampai sekarang dh sembuh alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy br jd dlm 2 bln ni.. N last plg teruk kn smpai bengkak muka lps mkn ayam.. Skrg dh sebulan pantang xmkn ayam.. Awk pantang ayam tu brapa lm ye? N mcm mn tau yg blh mkn ayam blk? Sy jd trauma nk mkn ayam..

      Delete
  51. Hi every one, here every person is sharing such know-how, so it's nice to read this weblog,
    and I used to go to see this blog everyday.

    ReplyDelete
  52. If you want to increase your familiarity only keep visiting this web
    site and be updated with the most up-to-date gossip posted here.

    ReplyDelete
  53. Apa ubat nya....saya alami sekarang ni


    ReplyDelete
  54. Saya dok kena dekat seminggu. Berbirat2 mcm apa dah. Panas dekat gegata tu, tak boleh tido malam.dahla baru habis pantang..

    ReplyDelete
  55. Saya pun mengalami perkara yg sama. Mcm2 buat nak bagi sembuh tapi tak berhasil. Cuma dia akan hilang sekejap then naik balik. Saya try detol, mandi air suam, ddk dlm aircond, letak calamine lotion, rendam dgn air garam, lumur dgn kunyit sekali garam. Ibu saya masak kunyit dgn garam skli ngn minyak lumur kat bdn saya. Guna sabun sebamad masa mandi. Lpas dah buat dia hilang lega tapi a few hours later naik balik. Tak boleh tidur������ asyik terjaga pagi then terus pergi mandi tdo balik. Dia slalu dtg dekat subuh. Saya nak pergi check doktor pakar. Sebab makan ubat dah tak jalan.Semoga kita semua selamat drpd sebarang penyakit dan sihat walafiat. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Ikhtiar sapu Minyak Kelapa Buta Warisan Pok Loh Tok Barat. Nti blh cuba tgk fb page.smg dberi kesembuhan.. Aamiin

      Delete
  56. Yaallah sedih sgt..ni yg kna ank sy..sy igt skjp je bnda ni..bila dh bca komen rupanya mkn masa.

    ReplyDelete
  57. E6707
    ----
    ----
    ----
    matadorbet
    ----
    ----
    ----
    ----
    ----

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.