24 October 2020

Sup Tulang

Sup tulang sekilo
Campur dgn daging cincang sekilo
Saya rebus dulu biar mendidih
Kemudian buang airnya

Dalam rice cooker
(Periuk tekanan dh lama rosak)
Tumis bawang putih,bwg holand yg dipotong dadu,halia,akar daun sup
Dh wangi masukkan air
Kemudian masukkan daging
Dh empuk isinya bolehlah tukar ke mood warm periuk tu

23 October 2020

Bawal Masak Masan Manis

Bawal masak masam manis
Antara menu kegemaran anak2
Kalau suami dia suka bawal grg cicah kicap cili padi
Atau dibuat kari

Saya sukakan bawal yg kurang besar
Sebab ianya garing bila digoreng

Potong dadu carrot,timun,putik jagung,
tomato,bawang holland
Tumiskan bawang putih yg diketuk
Masukkan hirisan halia yg dipotong memanjang
Masukkan cili kering yg diblend
Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan sos labu
Masukkan setengah cawan air
Masukkan sayur2an yg telah dipotong
Masak lebih kurang 3 minit
Tutup api 
Dan boleh disiram keatas ikan yg telah digoreng
Ikan tu sblm digoreng perapkan sekejap 
Bersama garam,serbuk kunyit dan tepung jagung

22 October 2020

Sambal Terung

Sambal terung
Biasa saya gunakan terung ungu yg panjang
Terung dipotong menyerong
Tumiskan bawang putih dan bawang merah
Masukkan sedikit belacan
Kemudian masukkan cili yg diblend

Samada terung tu nk dicelur ,digoreng terlebih fahilu
Ataupun dimasukkan terus kedalam sambal tadi
Perasakan sgn garam dan gula
Serta ikan bilis yg digoreng garing

Sengaja lebihkan sambal 
Sbb anak dara tak mkn terung


 

18 October 2020

Meraikan Si Bongsu

Jumaat 16/10 anak bongsu di Seratas dibenarkan
balik  bermalam (BBM) dirumah
sebelum balik lagi dah pesan nak makan macam2

dn sebagai ibu
dan saya pasti semua yg bergelar ibu jugak begitu
sedaya upaya memenuhi apa yg dihajati,diingini oleh sianak
selagi ada kemampuan , kudrat,,,
selagi iulah akan diusahakan

Ayam masak merah
Mak masak lebih sikit tau
Esok nk bawak blk asrama..
Yalah yalah

Kangkung goreng belacan
Haha dipilih,dikutip isi ayam ja


rebung madu buat gulai campur daging rincik

bawal goreng cicah kicap cili padi

17 October 2020

Cendawan Goreng

petang2 ni sedap jika pekena
sesuatu yg panas2

saya buat cendawan goreng
guna cendawan tiram
kalau ada cendawan enoki pun sedap jugak

celup dlm telur
lps tu celup dlm bancuhan tepung bestari
siapppp...
makan cicah sos cili

11 October 2020

Rebung Masak Lemak Campur Bayam Brazil

Stok rebung masih ada dlm petiais
So hari ni terjadilah
Rebung masak lemak campur bayam brazil
Bayam tu petik dlm pasu ja
Ditambah lg dgn ikan pekasam goreng


07 October 2020

WW :Tidurlah Sayang

dah 10 bln cucu tokma ni
dah boleh bangun nak berjalan
dah pandai pegang botol susu sendiri











Ya ALLAH..
jagalah anak2ku
disaat penjagaanku tak sampai padanya

Peluklah anak2ku
disaat tanganku tak sampai utk memeluknya

Usaplh airmatanya
disat tanganku tak mampu mengusapnya

05 October 2020

Masak Lemak Cili Padi

Minggu ni minggu masak lemak cili padi
Alahhh..2 kali ja pun masaknya
Tp masak banyak,frozenkan
 

 masak lemak kulat sisir campur udang
dah lama tak jumpa kulat ni
rm6/100g

beli ja la
walaupun dah tak berapa nak fresh

dulu2 masuk kebun getah
seronok bkn main kalau jumpa kulat ni


ni rebung masak lemak cili padi campur ayam
kalau dicampur tulan,daging yg ada lemak2 sikit tu
ataupun udang pun sedap

yg ni rebung madu fresh
bkn yg jeruk dan berbau tu
rm10/ 1kg

teringat zaman kanak2 dulu
nak pi gali rebung
sekali terkejut kena sergah dgn beruk yg ditambat
dkt perdu pokok buluh tu
terus tak jadi buat sayur rebung

30 September 2020

Kejutan Ulangtahun Perkahwinan

cerita kelmarin
menerima kejutan dari suami
memang taaak sangka sbb beliau bkn serang yg romantik
malah seingat saya
sepanjang 29 tahun berkahwin
ni kali ke 2,3 saya menerima hadiah darinya

tak mengapalah...
yg penting kasih sayangnya,tanggungjawabnya
terhadap saya dan anak2



 

hmmm coklat tu jadi habuan anak2 lah


 


 

29 September 2020

Bimbing Aku Ke SyurgaNya

29/9/1991
Hari kita disatukan 
Bersaksikan nama Allah dan RasulNya
Dengan akad...
“Aku terima nikahnya......”

Hari ini
29/9/2020
Genap 29 th usia rumahtangga kita
Semoga kasih sayang terus mekar mewangi

Terima kasih Allah,
 Meminjamkan nafas dan semangat untuk terus melangkah. 
Walau adakala perjalanan terasa terlalu payah. 
Sungguh~ Tegur kerna sayang, 
agar kelak bersama berpimpin jalan ke syurga yang dijanjikan.


Selamat ulangtahun perkahwinan ke 29 suamiku

26 September 2020

Pak Malau Kueteow Goreng

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

Itu ungkapan Damak dlm Seri Mersing


huuhhh mengalahkan org yg sedang bercinta
tiap jam nak diberitahnya nak balaik dah



super....kueteow goreng pak malaun...ehh pak malau
cili padi jeruk tu stok yg
sentiasa ada kt rumah

24 September 2020

Baby Nenas

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
 mengesahkan bahawa 'baby nanas' jenama Dragon King dari Thailand
 yang tular didakwa mengandungi siklamat tidak dieksport ke Malaysia.

So baby nenas ni ditanam di Kedah
Boleh dimakan tanpa ragu2

Pasal apa dipanggil baby nenas
Sbb ianya kecik...comel..
Manis..ranggup..tak gatal lidah
Saya membelinya yg telah siap dikupas
Disediakan sekali dgn serbuk asamnya
  

22 September 2020

Ujian MUET

Hari ni anak ke 3 
Menduduki ujian MUET utk menyambung ijazah perakaunan

Oleh kerana di Kulim dh pun full
Terpaksa terima jugak la
Walaupun nun jauh di Baling
Nun tersergam Gunung Baling


Ni dia sekolah tu
SMK Kuala Pegang

Mak doakan agar adik tenang
Dan berjaya mendapat band yg tinggi


15 September 2020

Suntikan Insulin

Diabetis dan suntikan insulin 
umpama irama dan lagu
Berkait rapat

Sewaktu mula2 disahkan mengidap diabetis dulu
Dok berulang alik pi amik ubat
 chek paras gula
Tak banyak penurunannya
Hinggakan doc tak larat nk berleter dh

Akhirnya doc mengsyorkan saya amik suntikan insulin
Dengar ja suntikan
Berkerut dahi saya

Akhirnya terpaksa la menyuntik diri sendiri
2 kali sehari dgn dos yg ditetapkan

Satu hari ke hospital utk follow up
Doc bertanya adakah saya akhir2 ni pening2
Mual2,rasa loya
Ya doc..malah pening kepala smp tak boleh nk bgn

Puan tau tak
Paras gula puan terlalu rendah
1.1 ja
Puan boleh pitam bila2 masa
Saya minta puan hentikan  suntikan insulin
Mkn ubat ja utk control diabetis


Itu citer th lps
Dh setahun lebih saya bebas suntikan insulin

Tp peralatan suntikan masih tersimpan rapi
Doc memberikan 2 batang pen utk suntikan
Satu utk ubat kaler hijau
Dan satu lg utk ubat kaler kuning
Kalau beli sendiri pen ni berharga rm200 lbh satu

Doc akan ajar cara mengunakannya dgn betul

Stok jarum
Ada berbagai warna jarum
Saya pilih kaler ungu utk jarim palin pendek


Percayalah...suntikan insulin sikit pun tak rasa sakit
Malah lbh sakit jika digigit semut gatal


14 September 2020

Random Picture’s

Makaroni meatball

Yong taufu

Aiskrim tealive
Agak kenyal sikit bubble dia tu


Kuah rojak yg super duper sedap

Spageti aglio oliio
2,3 kali seminggu pun tak jemu

Jom relaks 
Pakai mask...pejamkan mata sambil bayangkan yg indah2

12 September 2020

PKPD

                      Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran 
                         akan dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.
Ia akan berkuat kuasa  sehingga 25 September depan


Saya ada temu janji doc pada 4/10 depan
Di hospital Sultanah Bahiyah
Minta2 jgn la dilanjutkan tempoh PKPD ni
Ya ALLAH Kau lindungilah kami yg tak berdaya ini

09 September 2020

Top Fans FB

Pembaca tentu sedia maklum dengan pengenalan pangkat
‘Top Fans’ yang diperkenalkan oleh facebook tak lama dahulu.

Untuk pengetahuan  semua, 
Feeling The Vibe Media melaporkan bahawa facebook
 mengemaskini pangkat Top Fans ini secara mingguan. 

Ini bermakna, mana-mana warga maya yang mendapat gelaran 
Top Fans akan memakai pangkat tersebut pada
 satu-satu page untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu sehinggalah kemas kini terbaru daripada Facebook

Sesuai dengan tujuannya sebagai satu bentuk penghargaan kepada
 para pembaca yang setia,
Top Fans akan diberikan kepada mereka yang aktif dalam mengikuti semua posting di sesebuah page.

Aktif yang dimaksudkan termasuklah dalam memberi komen
, memberi reaksi seperti tekan butang ‘Like’
dan berkongsi posting berbanding pembaca-pembaca yang lain

Haha top fans la sangat

Setakat ni saya baru menerima 4 top fans fb

Top fans of IIUM Confessions






Top fans of Harian Metro

Dan ke 3 dari Dj Zambri Page

Top fans Sinar Harian




07 September 2020

Si Manis Utk Anak Dara

Beberapa hari lepas
Bila diberitahu saya akan melawatnya di asrama
Amboii bkn main happy la si anak bongsu
Padahal baru 2 minggu ja pergi ke sana menghantarnya

Maka mcm2 la permintaannya
Nak mkn itu, dh lama tak mkn ini
Bwk lebih sikit nak mkn dgn kawan2
Dlm sehari 2 kali call maknya ni




Mula2 saya oder 3 biji kek ja
1 utk Eleena
2 lagi utk dibawa ke Taiping

Tp kata Tasha
“ makkk... kwn Tasha tanya boleh
dak dia nk rasa kek sikit...”

Alahai...luluh hati mendengarnya

Saya terbayang jika Tasha yg berada dlm keadaan mcm tu

Maka up lagi sebiji kek


“Makk... mak bwk berapa cucuk satay ikan..kwn2 tasha pun nk mkn jugak..”

Berapa org kwn2 Tasha??
“6 org..yg kt dlm dorm ada lg 6...”

Haha makanlah anak2...hanya ni ja yg nampu makcik belikan
50 cucuk satay ikan

Disamping smile &  curly potato


Alhamdulillah...sampai2 ja kat asrama beliau
Dh siap bergayut dh kt gate
bersama 6 org kawan2nya
Dgn ikhsan pak guard, beliau dan kawannya boleh keluar utk mengambil barang

Koko crunch,honey star
sabun basuh baju,pewangi pakaian
Sabun mandi
Biskut
Al quran



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.