01 November 2020

Buah Kulim

Suami bertanya samada saya biasa tgk
tak buah kulim
Usahkan nk tgk
Dengar namanya pun jarang2
Lantas dibelinya sebiji kt market
Rm4 sebiji
Tidak ramai kenal pokok kulim. Namun jika disebut Kulim, Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu biarpun tidak pernah pergi ke sana. Di Pasir Putih, Kelantan pula ada nama tempat Gong Kulim. Di Tanah Merah pula ada nama Kampung Kulim. 

Pokok kulim semakin kurang ditemui, kecuali di dalam hutan tebal. Pokok kulim tergolong kategori pokok sederhana keras. Pokoknya tinggi dan batang pokok boleh dijadikan balak.

Pokok ini mengeluarkan buah kulim. Buah kulim juga dipanggil bawang hutan. Buah kulim biasanya berbuah sama dengan musim durian. 

Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya. 

Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan. 

Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.

Buah kulim dipercayai mempunyai kaya khasiat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan menjaga kesihatan. 

Antara khasiat buah kulim ialah merawat atau mengawal:
- Kencing manis. 
- Buasir berdarah.
- Masalah buah pinggang.
- Penyakit darah tinggi.
- Penyakit resdong.
- Penyakit gout.
- Membuang kolesterol.
- Menghilangkan rasa berat, badan menjadi ringan dan bertenaga. 
- Membuang toksin dari dalam badan



8 comments:

  1. salam
    sy pun baru tahu rupanya buah Kulim ni

    ReplyDelete
  2. Dapat ilmu baru harini, rupanya Kulim itu sejenis buah 😁

    ReplyDelete
  3. JENIS BUAH LANGKA NI N BANYAK KHASIATNYA

    ReplyDelete
  4. Agaknya boleh makan terus tidak buah kulim ini memandangkan rasa seperti bawang putih.

    ReplyDelete
  5. First time dengar tentang buah kulim. Banyak dah pokok pupus, generasi baru tak kenal.

    ReplyDelete
  6. kakak saya ada beli online buah ni..utk ubat diabetes..perghh..bau dia sgtlah tak sedap..

    ReplyDelete
  7. dana pun baru pertama kali nampak ni kak... menarik betul nih..

    ReplyDelete
  8. first time tahu kewujudan buah Kulim.. mmg kalau saya
    tahu kulim kedah tu saja hehe..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.