Alhamdulillah...
Syukur pada Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan
sebelum ni saya ada publish entri mengenai bakal menantu
ni antara hantaran dari pihak kami
cheesetart yg dibuat Alia
Kami bertolak ke Tapah pada petang raya pertama
dgn 2 buah kereta
sampai di homestay Tapah dah dekat pukul 7 malam
masing2 keletihan dan kelaparan
maka bermulalah sesi membelasah bekal yg dibawa
Sebelah malamnya kami dijemput oleh bakal besan
utk makan malam didumahnya
Alhamdulillah
kiranya ni pertemuan pertama kami sebagai bakal besan
ketika berada dikhemah
seseorang yg begitu familiar wajahnya datang mendekati saya
tunduk dan mencium tangan sambil bertanya
"ni mama Badri ya..aunti apa kabar.."
terkedu seketika sbb yg bertanya itu adalah Tania Hudson
sepupu bakal menantu saya hehe
Selesai makan2,bersembang..dah hampir pukul 11 malam
Dihomestay Alia dan emAk sedaranya menyiapkan hantaran sehingga pukul 4.30 pagi
dengan saya sekali tak boleh melelapkan mata
dok dengar dia org bersembang
pukul 10 pagi tiba lagi 3 buah kereta
terimakasih kerana sudi datang abg ipar saya serta isteri
dan biras2 saya

cincin dijari sebaai tanda diri sudah diikat
Tania Hudson
peramah,suaranya lembut ja bila bercakap
Alhamdulillah
selesai sudah majlis pertunangan anakanda saya yg sulung
Insya Allah majlis kawen dipihak perempuan pada 9/12 nanti di Kem Sg Besi,KL..