29 November 2020

Ayam Kicap Bermadu



Hari ni takde selera nak makan nasi
Atau apa2 makanan
Tp kena juga bersilat didapur sbb ada 2 org budak tu
Yg asyik mengeledah peti ais ja

So masaklah jugak utk dia orang
Ayam masak kicap bermadu

Sebelah ekor ayam
Dipotong,bersihkan dan dilumur kunyit dan garam
Kemudian goreng sekejap
Goreng jgn smp masak ya

Blend bawang putih, bawang besar,halia
Tumiskan kemudian dah naik bau masukkan rempah 4 sekawan
Kemudian masukkan kicap masin dan sedikit kicap manis
Masukkan ayam dan tambah air
Dah empuk masukkan  madu
Tak perlu masukkan garam ya sbb kicap dh masin
kalau nak pedas letak ja cili padi

cukup hanya 2 jenis lauk utk anak2




27 November 2020

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakku

Hari ni,tanggal 27/11
14 tahun yg lepas
lahirlah seorang puteri yg comel
kelahirannya melalui 'tingkap'

Dalam keadaan mamai
saya terdengar azan dilaungkan oleh 2 orang doktor
doktor bedah dan pakar bius
sebaik baby dikeluarkan dari perut
azan adalah kalimah pertama yg didengarinya

selepas itu baru baby dibersihkan
dan baru terdengar tangisan baby

hari ni genap usiamu 14 tahun anakku, si puteri bongsu
dihari ni mak ayah ,kakak2 dan abang titipkan doa agar dirimu
sentiasa dalam rahmat ALLAH


Bunga dan coklat ni suprise dari si suami

kek tema Among US suprise dari kakak Alia


saya cuma menyediakan pulut kuning

 
dan rendang ayam





26 November 2020

Hadiah Mushroom Seasoning


Alhamdulillah...
rezeki dari cik puan Linda
empunya blog Semuanyaaaa Manisss
(linda bila nak update blog)

Beliau memberikan saya sebotol mushroom seasoning
sebagai hadiah kerana mengomen di fb nya

saya kenal Linda ni dah lama dah
sejak beliau menetap di Terenganu sblm berpindah ke KL
dari anak2nya kecik2 sehingga dah besar panjang sekarang

















terimakasih Linda
semoga ukhuwah yg kita jalinkan berpanjangan
 


 


 

25 November 2020

Ubi Kayu Rebus

Assalamualaikum
sarapan apa pagi tadi
saya makan ubi kayu rebus
cicah sambal ikan bilis dan kelapa parut gaul gula
saya pilih sambal ikan bilis

ubi kayu ni Aia beli kt pasar pagi
rm3 sekilo'
boleh la tk melepaskan ketagih
saya suka ubi yg tak empuk bila direbus
bila kunyah rasa kenyal2 gitu

23 November 2020

Nasi Kuning Dan Ayam Masak Merah

Bila anak2 dh tak berapa berselera mkn nasi putih
Dan kena masak 3,4 jenis lauk
Maka terpaksalah emaknya mencari pilihan lain

Terjadilah nasi kuning
Dimakan bersama ayam masak merah
Cuma takda timun utk dibuat acar

Nasi ni dimasak bersama air rebusan ayam

Memula panaskan butter bersama sedikit minyak
 tumis bwg putih, bwg merah dan halia yg diblend
Masukkan daun pandan yg telah disimpul
Dan rempah 4 sekawan
Kemudian masukkan air rebusan ayam
Dah mendidih masukkan sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Dan masukkan beras
Boleh jugak kalau nk letak kismis

Ayam tu masak merah mcm biasa ja la

21 November 2020

Random Picture's


apa yg dimasak sepanjang minggu..??
Biar gambar berbicara.......


ikan keli ni suami beli rm7 utk 6 ekor
bg saya dikira murahla
kalau beli yg dah siap masak mcm ni rm4 seekor
keli masak sambal

 


 

labu masak lemak

siakap sweet sour

cili padi jeruk mesti sentiaa ada
utk makan bersama bj
hun,mi atau kueteow grg

tomyam seafood putih


spageti aglio olio 


19 November 2020

Bihun Sup Dan Moi Sup

Musim tengkujuh dh mula menjelma
Hujan..hujan...
Makan sesuatu yg panas memang syahdu la

Hari ni terajin buat bihun sup
Dan moi sup
Buat sup tulang campur daging
Siap ada tauhu grg
Kacang tanah grg
Ikan bilis grg
Bwg grg
Bwg putih grg
Sambal kicap
Lobak asin

Nk buat sambal kicap yg sedap
Grg dulu cili padi
Campur dgn bwg grg semasa blend

Dan biasalah daun sup dan daun bwg





14 November 2020

Petola

Hari ni chef Alia ke Giant
Topap barang2 dapur sikit
Oleh ketana 1 kereta dibolehkan utk 3 org ja
Terpaksalah saya jd penunggu rumah

Saya pesan suruh beli petola
Haha di wasap ya gambar sambil tanya yg ni ke
Ni peria nak oiiii


Ke yg ni
Dia wasap lg
Bukannn.. ni labu air


haaa yg ni baru betul petola
alahai chef
alaaa mak..kat hotel tu bkn kena masak petola
takda org oder pun


10 November 2020

Tenanglah Disana Kakakku

Hari ni, tanggal 10/11
Kembalinya kakak saya kepangkuan Maha Pencipta
Setelah sebulan lebih ditahan diwad HPRZ
Malam semalam dia sempat memohon maaf dari anak2
Sbb telah menyusahkan mereka menjaganya

Dia terjatuh dlm bilik air
Lps tu sesak nafas
Bila ditahan diwad doc kata ada kuman dlm paru2
Lps tu ada byk darah beku dlm otak
Doc tak mau buat pembedahan dh
Risiko tinggi

Pg td keadaan makin tenat
Dan doc telah meng off kn semua mesin2
Minta anak2 dan suami bersedia

Al fatihah
Maka tinggalah kenikmatan dunia yg sementara
Harimu telah tiba
Pasti kami akan menyusul jua


07 November 2020

Mummy..Dia Org Bakar Bab*

Beberapa minggu lepas
Hotel Alia menerima tempahan event
Utk meraikan pelajar2 seluruh Pulau Pinang
Yg cemerlang dlm percubaan SPM
Maka penuhlah dewan dari guru2,pelajar2,
Org2 kuat Kem Pelajaran dll

Alia dan chef dari Arab
Ditugaskan membakar kambing

Maka ramailah kanak2 yg berkerumun kambing tersebut
Sambil bertanya
“Kakak,..apa tu”
Kambing dik...
Begitulah berulang kali terpaksa mengulang jawapan yg sama
Tiap kali ditanya
Ada yg malu2 cuma bisik2 ja
Last2 Alia tak larat nk jawab dh
“Chef.. u pulak yg explain..”

Bila ada budak2 yg datang tanya lagi
Yerus dijawab cher Arab tersebut

“ ya dik.. ni kambing, bkn babi...”

Haha terpingga2 budak tu

Last2 ada sorg budak menghampiri meja tersebut

“ mummy... dia org bakar babi...”
Astarfirullah..jwb si ibu sambil menarik telinga si anak
Tu kambing,bkn babi

Tadi abg tu cakap babi..



06 November 2020

Tomyam Seafood Putih

Bukan takde pes tomyam
Tp saja nk cuba tomyam putih pulak

Bahan2nya sama seperti tomyam merah 
Cuma tak letak pes tomyam ja
Tomyam ni bg saya perlu pedas dan masam
Dan ketam,udang dan sotong direbus berasingan
Nak makan baru diletak didalam kuahnya
Kalau dimasukkan sekali ketam tu akan jadi ‘berbiji2’ kuahnya

Saya gunakan air kelapa muda sbg kuahnya
Tomato,cilipadi merah dan hijau
Bawang holland,
2 ulas bwg putih diketuk
Lengkuas
Serai,daun limau purut dan jus limau nipis
Masak hingga mendidih
Lps tu tuang kedalam mangkuk yg berisi seafood tadi
Nyum nyum

 

04 November 2020

WW: Lepat Ubi Kayu

Lepat ubi kayu
Sedap dimakan semasa minum petang

01 November 2020

Buah Kulim

Suami bertanya samada saya biasa tgk
tak buah kulim
Usahkan nk tgk
Dengar namanya pun jarang2
Lantas dibelinya sebiji kt market
Rm4 sebiji
Tidak ramai kenal pokok kulim. Namun jika disebut Kulim, Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu biarpun tidak pernah pergi ke sana. Di Pasir Putih, Kelantan pula ada nama tempat Gong Kulim. Di Tanah Merah pula ada nama Kampung Kulim. 

Pokok kulim semakin kurang ditemui, kecuali di dalam hutan tebal. Pokok kulim tergolong kategori pokok sederhana keras. Pokoknya tinggi dan batang pokok boleh dijadikan balak.

Pokok ini mengeluarkan buah kulim. Buah kulim juga dipanggil bawang hutan. Buah kulim biasanya berbuah sama dengan musim durian. 

Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya. 

Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan. 

Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.

Buah kulim dipercayai mempunyai kaya khasiat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan menjaga kesihatan. 

Antara khasiat buah kulim ialah merawat atau mengawal:
- Kencing manis. 
- Buasir berdarah.
- Masalah buah pinggang.
- Penyakit darah tinggi.
- Penyakit resdong.
- Penyakit gout.
- Membuang kolesterol.
- Menghilangkan rasa berat, badan menjadi ringan dan bertenaga. 
- Membuang toksin dari dalam badan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.