30 June 2021

WW :Nasi Kerabu

Sarapan
Apa yg kurang...???
Ulam2annya
Takde hirisan kacang panjang
Hirisan daun serai kayu/ daun salam
Taugeh pun takda

28 June 2021

Selamat Berangkat Ke Negeri Abadi

Semalam menerima khabar duka
Perginya abg ipar mengadap Sang Pencipta pada pukul 4pg
Di Hospital Kuala Krai

Ya Allah..Kau ampunilah dia
Kau permudahkanlah urusannya
Kau tempatkanlah doa bersama
Orang2 yg Engkau kasihi

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

27 June 2021

Sambal Terung Pipit

Pokok terung pipit yg tumbuh
Dan survive sendiri ditepi rumah

Suami kata dizaman kanak2nya
dia jadikan buah ni sbg peluru senapang
mainannya. .

Buah ni boleh dicelur buat ulam
Atau dimasak lemak cili api campur udang atau lain2
Hari ni teringin nk mkn masak sambal
campur ikan bilis




Alamakkk...saya sorg ja yg makannya





26 June 2021

Tapai Pulut

Panas2 ni kalau dapat pekena
tapai yg baru keluar dari petiais
Huuuu nikmatnya

Sebelum sakit dulu
saya mengambil tempahan
Utk majlis kenduri,makan2 dll

Teringat masa saya dok dlm wad
Sorg costumer call nk tapai
Haha beriya2 dia minta saya buatkan
Minta maaf la..saya sendiri pun dh lembik mcm tapai masa tu

Alhamdulillah anak2 dah boleh diharap utk membuat tapai
Yg ni dari proses merendam beras pulut
Mengukus..mengaul ragi..membalutnya
Semuanya dibuat oleh chef Alia bersama Tasha



Tunggu 48 jam baru boleh makan

Alhamdulillah dah masak dgn sempurna
Manis
Saya cuma gunakan beras pulut susu
utk membuatnya
Takde biji2...putih bersih rupa tapai



25 June 2021

Indahnya Rembulan

Keindahan bulan milik Tuhan 
Dirakam pada 24 jun 2021
Bersamaan 13 zulkaedah 1442

"Jadilah cahaya, walau tak tersentuh, selalu menerangi.
 Jadilah angin, walau tak tampak, selalu memberi kesejukan.
 Jadilah sahabat sejati, 
walau tak bersama menjalani hari, selalu menjaga hati."


24 June 2021

Pasembor Kodiang

Pasembor Kodiang tp dibeli di Kulim
Ditekak saya..boleh la rasanya
Walaupun cuma ada hirisan timun
Sengkuang,telur rebus sebelah dan cucur udang yg garing
Kuahnya secukup rasa..pekat dan pedas
Terletak di Taman Selasih premis perniagaanya
Menu lain yg ada dijual disini seperti mee goreng,mi kuah,nasi goreng dll



23 June 2021

Sambal Belacan Bacang

Ketika mula2 mai kedah dulu
Saya agak pelik melihat
Org2 sini mencampurkan buah bacang ataupun kuini dlm sambal belacan
Buah yg masak samada ditumbuk bersama cili,belacan
Ataupun dicincang halus2 kemudian digaul bersama sambal belacan
Saya dok teringin nk mkn sambal belacan campur kuini atau buah bacang ni
Sayangnya suami tak beli2 jugak
Tau2 ada anak jiran mai bg
4 biji buah bacang
Alhamdulillah rezeki




Antara ulam2an yg sedap dicicah
Sambal belacan campur buah bacang

22 June 2021

Mengapa Perlu Berpuasa Sebelum Darah Diambil

Pagi kelmarin saya ke Hospital Kulim
Utk mengambil darah
Rasanya dh beratus ratus ratus kali
Sejak 2018 darah diambil
Sampai saya dh lali dh dgn segala jenis dan saiz jarum

Jarum utk mengambil darah ke jantung
besar gedabak dan amat menyakitkan prosesnya

Apa yg saya nk citer
Masuk bersama saya sorg aunti cina 
Dh 60an kut usianya

Dlm nurse dok siap2 nk cucuk jarum
Dia bertanya aunti U minum air masak tak pagi ni

" Ohhh takdak..takdak...I minum milo maaaa..."

"Haa mana boleh aunti..takdak boleh itu macam..
Nanti keputusan darah U tak tepat

U balik dulu datang semula esok..."

Meskipun aunti tu merayu..susah nak datang..jauh..tak larat..tetap tak boleh

So anak2 yg jaga mak ayah
Tolong pantau dan pastikan mereka berpuasa 8-10 jam sebelum ke hospital



Antara pengambilan darah yg memerlukan seseorang tu berpuasa:
 
  • Cek gula darah.
  • Cek fungsi hati.
  • Cek kolesterol.
  • Cek tingkat trigliserida.
  • Cek tingkat high-density lipoprotein (HDL).
  • Cek tingkat low-density lipoprotein (LDL).
  • Panel metabolisme dasar.
  • Panel fungsi ginjal.
  • Panel lipoprotein.

Puasa sebelum peperiksaan kesihatan sangat penting untuk membantu memastikan keputusan ujian anda tepat. Oleh kerana kandungan nutrisi dalam makanan dan minuman yang anda ambil sebelum menjalani ujian kesihatan akan diserap ke dalam aliran darah dan dapat memberi kesan langsung ke glukosa darah, lemak dan kadar zat besi dalam tubuh.



21 June 2021

Masak Lemak Pucuk Geti

Pucuk geti a.k.a pucuk turi
Selain sedap dimasak lemak
Sedap jugak digoreng campur telur kan


Kenapa harus disimpul dulu sblm dimasak??
Kata suami supaya ianya tak  'hancur'
Tak kecut nnt

Inilah rupanya setelah dimasak
Campur keledek sikit
Kalau nk letak udang pun boleh

Haha simpulan dah terbuka
Kuah kurang pekat,tak cukup santan


Ni 'kawan2' utk menu masak lemak

Daging goreng kunyit





Ikan lampam goreng

Pucuk ubi celur sbg ulam
Anak2 dara yg petik
Habis yg tua pun dirembatnya


Sambal belacan campur buah macang

20 June 2021

Nyanyian Riang Si Riang -Riang

Saya seronok dan bahagia tinggal dikampung
Anak2 jugak seronok
Suasana baru..
Hidup dikelilingi bunyi2 unggas

Kokokan ayam selang sejam sepanjang malam...bersahutan2an
Bunyi katak memanggil hujan
Burung tukang bertingkah sayu

Ayam hutan begitu banyak dan senang didapati
Minggu lepas kakak ipar saya memasak 21 ekor ayam hutan yg ditangkap
Hanya perlu melastik
Ayam tu jatuh terus sembelih
Malam2 ayam2 tu tido diatas pokok disekeliling rumah

Ini bkn lalat ya anak2 
tp Reriang
Sewaktu zaman kanak2 dulu saya suka tangkap dan picit perutnya
Maka berbunyilah petttttt...petttttt.. 
Nyaring dan panjang
Tak tau la riang riang tu berbunyi sebab sakit atau geli

"Cicada tinggal bertahun-tahun di dalam tanah sebagai 'nymph' dan timbul sebagai dewasa untuk tempoh dua minggu sahaja sebelum mati. 
Yang menyanyi ialah cicada jantan untuk menarik si betina dan oleh kerana masa yang diberikan untuknya terlalu singkat, 
itu sebabnya ia menyanyi 24 jam dalam sehari."



Burung kelicap singgah didahan pokok

Saya seronok bila hari hujan
Sejuk dan nyaman
Melihat titisan hujan menimpa pokok2
Alhamdulillah


19 June 2021

Sambal Petai Bersotong

En suami belikan
cili kering yg kerinting2 tu
Sekali blend buat sambal
Pedas berdesing
Walapun dah letak bwg besar banyak2
Dan beberapa biji cili merah


18 June 2021

Nasi Impit Hangit

Beberapa hari lepas
Saya begitu teringin nak makan nasi impit
Tak kisah la kuah kacang 
atau sambal kelapa

So suruh la anak2 rebus nasi impit tu
Sambil pesan masa sekian2..kalau air kering kena tambah
Ya mak..kami tau la..

Tak berapa lama kemudian
Saya yg berada dlm bilik
(Pintu bilik tak pernah tutup)
tercium bau hangit

Cepat ja saya menjerit memanggil anak2
Hangit..hangit...hangit..
Takda sapa pun yg jawab
Adeiii...

Beberapa minit kemudian baru keluar si Eleena
Pantas dia berlari ke dapur bila tgk asap dah berkepul2

Bukan setakat hangit..rentung terus..

Mak dok panggil awat tak dengaq ka..

"Mak dok panggil hangit..hangit..
Mana ada org dlm  rumah ni nama hangit.."

Isshhh budak ni
Saya pandang dia kecik besar kecik besar ja nampak


Boleh la makan kat bahagian yg tak rentung

17 June 2021

Dalca Kaki Ayam


Sapa yg geli tgk kaki ayam??
Kaki ayam mengandungi kadar kalogen
yg tinggi
So sapa2 yg nak awet muda
dgn kos yg murah
Sila lah makan kaki ayam banyak2

Selain sedap dibuat sup,kerabu
Saya suka buat gulai/ dalca 
letak kaki ayam banyak2

Tumiskan hirisan bawang merah
Bawang putih
Halia

Dah naik bau bubuh campuran serbuk kari daging yg dibancuh dgn air

Biarkan kering kemudian masukkan air dan kaki ayam

Dah hampir kering airnya masukkan santan dan ubi kentang
Dah empuk ubi kentang masukkan carrot
Last sekali masukkan terung dan kacang panjang
Garam dan sikit gula

Siap....!!!


16 June 2021

WW:Ubi Kayu Goreng VS Rebus

Samada direbus cicah kelapa 
yg digaul gula
atau cicah sambal bilis

Ataupun dihiris, celup tepung
kemudian digoreng

Dua2 saya suka

Dan nikmat mana lagi yg mahu engkau dustakan..

15 June 2021

Anda Pengemar Nasi Kandar???

Sapa kt sini pengemar nasi kandar?
Meh geng dgn ahli keluarga saya
Hanya saya..ya hanya saya yg tak sukakan makanan ni
Saya tak berapa lalu nk telan dgn rasa rempahnya yg terlalu kuat tu
Depa kata nasi kandar melayu kurang umphhh..entahlah...


Depa punya tahap suka makan tu
Sampai boleh bezakan antara nasi kandar restoren mana,brand apa..



Makanlah selagi ada selera..

12 June 2021

Kerabu Peria Cara Kelantan

Biasa kalau beli peria saya akan goreng ja
Pecahkan telur sebiji
Zup zap zup zap...setel

Hari ni teringin nak makan
kerabu peria la pulak
Kelapa yg disanggai dah ada
Ikan ada
Limau nipis/kasturi pun ada

Peria tu dipotong nipis2
Rendam dalam air garam lbh kurang 10 minit
Lepas tu celur sekejap
Toskan

Dalam mangkuk
Campurkan isi ikan yg direbus/dibakar
Lebih kurang 2 atau 3 ekor
Tumbuk bersama 4 ulas bawang merah
Kelapa yg disanggai dan ditumbuk
Tal perlu sampai pecah minyak ya
Setengah cawan santan
Garam,gula dan jus limau
Saya campurkan jugak 3,4 biji cili 
padi yg ditumbuk bersama ikan tadi
Gabungan rasa masam,manis ,masin,pahit2 peria tu memang membuka selera


11 June 2021

Belalang Kunyit Goreng

Pernah dengar belalang kunyit goreng?
Ni bkn menu jalanan di Thai,Kemboja ataupun Loas ya
Tp di Kelantan

Waktu zaman saya kanak2 dulu
Bila habis ja musim menuai padi
Berduyun2 la org2 kampung 
keluar ke bendang utk menangkap belalang
Ohh ada jugak yg keluar waktu malam


Saya tak pernah ikut
Cuma tangkap belalang sebagai
umpan mengail ja




Memang banyak la dia orang dapat
Balik2 ja terus goreng
Campur kunyit dan garam
Krup krap krup krap pakat makan ramai2

Saya tak pernah mkn
So tak tau rasanya mcm mana
Walau disuruh berkali2 saya tetap menolak



Sekarang pun masih ada lg yg menjualnya 
Diatas pasar2 besar
Bkn main mahal harganya
Rm10 utk 200g khabarnya
Mungkin sbb susah nak
Dapat belalang dh kut skrg 

10 June 2021

Gulai Pisang Muda

Gulai pisang muda/putik pisang
Antara pisang yg sedap dibuat gulai
ialah pisang awak,pisang emas
Pisang nangka pun sedap


Pisang dikupas kulitnya
Tinggalkan sedikit bahagian berkulit
Masakkan santan bersama segenggam ikan bilis dan sepaket rempah kari ikan
Dua tiga kali mengelegak masukkan pisang
Masukkan garam secukup rasa

Dalam kuali lain goreng hirisan bawang merah ,bawang putih dan beberapa tangkai daun kari
Bila pisang dh empuk cepat2 tuangkan 
Bawang yg digoreng tadi bersama minyaknya sekali

Lps tu tutup api dan tutup periuk

Ni ayam goreng berempah
Yg dimasak puteri bongsu

09 June 2021

Dua Beradik

Aksi dua beradik
Berlainan ibu dan ayah
Tp tetap akrab

Figa dan Arash

Tido bersama
Main bersama


Santai bersama


Sijil kelahiran Figa







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.