Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

08 March 2012

Penyakit kulit gatal a.k.a lapar garam

Lapar Garam...?
mungkin ada yg tak pernah dengar

sewaktu saya berusia belasan tahun dulu
salah sorg anak sedara terkena penyakit ni
(biasanya terjadi waktu malam)

dia tergaru2 seluruh badan
nangis2 sebab takleh tido

saya tgk arwah emak
ambil ibu kunyit(kunyit hidup yg agak besar)
di tumbuk bersama ibu garam
(garam yg kasar dan besar2 tu)

kemudian lumurkan pada seluruh
badan anak sedara saya tu

saya menyakat dia

"dah boh kunyit,boh garam
lepas ni goreng la.."

makin meraung la budak tu



(gambar en google)

lepas kawen
anak sulung pernah terkena
sekali
dan saya amalkan petua yg sama

dan sungguh tak sangka
saya jugak dijangkiti penyakit ni th lepas
(sedihnya suami tiada ketika tu
kerana berkursus)

mmg nak nangis rasanya
dek rasa panas,pedih,gatal
jari2 jadi merah dan bengkak
kuku rasa nak tercabut
anak saya takut tgk muka saya
yg kemerahan dan bengkak

seingat saya
ia terjadi beberapa minit
lepas saya makan mi goreng yg dibeli

saya tak pulak melumurkan garam dan kunyit
sebaliknya minyak angin ja hehe

ni yg saya google
punca serta rawatan penyakit ni


Punca utamanya boleh disebabkan
oleh alahan dan bukan alahan.
Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah
histamine yang dihasilkan oleh badan kita.

Bahan ini akan menyebabkan salur darah
mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut.
Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam,
tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab.

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut.
Jika anda alah pada sebarang makanan,
jauhi makanan tersebut.
Jika alah pada sejuk, getah,
rantai daripada emas atau perak,
elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton,
cetirizine, loratadine ataupun
steroid seperti prednisolone.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.