PUNCA SAKIT LEPAS
MAKAN DURIAN DAN SOLUSI
Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?
Durian tiada kolesterol.
Rillek
Zero kolesterol.
Kolesterol wujud dalam haiwan,
bukan tumbuhan.
Malah durian sangat
rendah lemak tepu
(0.85g) per 100g durian.
Malah durian tinggi lemak
mono taktepu
yang bagus untuk
kesihatan jantung dan salur darah.
Tapii..
Kenapa pening,
tekanan darah naik
lepas makan durian?
Sebenarnya,
puncanya mungkin
kerana durian tinggi asid amino tyramine.
Biasanya orang ada
masalah sistem pencernaan
@ "angin" akan akan mengalami
masalah tak
serasi tyramine ni:
- Pengecutan salur darah
( mampu cetus migrain)
- Pening melayang
( risiko cetus vertigo)
- Tekanan darah meningkat (hypertension)
- Jantung berdegup kencang
(palpitation)
- Kemungkinan perut tak selesa
(gastrik)
- Kembung ( angin SIBO)
- Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)
Selain tyramine,
durian tinggi sulfur
jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur.
Risiko sama alergi lain,
boleh jadi semput,
bengkak mata dan pengsan.
Mati?
boleh jadi.
Senang cerita,
semua ini berlaku jika ada angin.
Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!
Jadi orang ada masalah
angin jangan combo
pulak makan durian
dengan makanan streskan perut ini:
#Kafein dan teobromine:
Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi)
# Alkohol
(Histamine, tyramine)
# Seafood bercengkerang
(Histamine)
# Cili, peram
(tempoyak lah)
Solusinya:
#1: Pulihkan Perut dengan
rehatkan dulu makanan
pencetus seperti makanan di atas.
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C,
antioksida dan antikeradangan.
#3: Kembalikan cara hidup fitrah
untuk bantu pemulihan badan.
Pilih makanan toyyib,
tidur awal dan
aktifkan diri di waktu siang.
Jangan fikir banyak sangat.
Kalau takde
masalah kesihatan..
Makan sahaja durian
dengan penuh
kesyukuran kerana durian sememangnya
adalah superfood.
Makan durian bawa
manfaat jika sederhana.
Jika tak cakna jadi
musibat kita merana.
.
Selamat menjamu selera 😊
sebelum habis musimdurian mesti nk jamu selera dgn durian heh..heh..
ReplyDeleteTerima kasih untuk penerangan ni kak. Betul tu, makan durian bersederhana :)
ReplyDeleteHehe saya makan sedikit sahaja durian.
ReplyDeleteSA baru pekena durian hari ni..pagi sekali petang repeat lagi...hehehe
ReplyDeleteLama menanti musim durian tak kunjung lagi....!
ReplyDeleteKena bersederhana, jangan makan ikut selera. Nasihat untuk diri sendiri juga ni hihihihii!
ilmu baru ni. good sharing kak.saya cuma tak amalkan makan durian kalau perut kosong. kalau tidak memang sebu
ReplyDelete