08 July 2021

4H3M Berehat DiHospital

Assalamualikum
Alhamdulillah dengan izinNya
saya dapat kembali mencoret sedikit
pengalaman bermalam di hospital
Utk yg keberapa kali entahlah

Pagi 5 hb lps
Seperti biasa ke Hospital Kulim
Memenuhi temujanji dgn doc

Sebaik memasuki bilik doc Pakar 3
Dr Adillah Alias
Beliau terkejut melihat keadaan perut
saya yg membusung tinggi
Bagaikan wanita hamil kembar 4

"Dah bertahun2 doc ..saya dah tak larat nk membawanya...ia benar2 menganggu hidup saya..
Ubat utk membuang air dh tak berkesan..."

"You dok berulang alik ke Spital Bahiyah
Apa yg diorang buat??
Kalau tak cukup sel darah merah utk buat angio,
Dia org sebenarnya boleh tambah.."

"Mcm ni..I refer tu ke pakar gastroenterologi
Apa2 cadangan dari beliau U kena ikut.."

So saya berjumpa pulak dgn Dr Azlina
Pakar Gastroenterologi
Iaitu pakar berkaitan soal jantung,hati

"Puan..I terpaksa tahan U dalam wad
Esok kita akan buat proses menyedut air dari perut u. 
Dh nazak sangat dh U tgk ni..

So lps swab covid dan hasilnya -ve
Dari jam 8.30 pagi..
Pukul 4 lbh baru masuk wad
Wad 8

Dah setel segala urusan
dgn suami tak boleh temankan
Datanglah sorg doc pelatih
Utk cucuk branula di tangan saya

Cucuk punya cucuk tak keluar darah
Padagal tgn dah bengkak dh
Sebaik beliau mencabut jarum
Darah memancut keluar dgn banyaknya
Hingga meleleh kebawah meja
Masa tu la baru beliau kalut nk pergi cari tisu segala bagai
Sambil lap darah,membebel pulak dia

"Puan..u sepatutnya dlm keadaan baring"

"I dah beratus kali amik darah dalam keadaan duduk,takde masalah pun.."
Balas saya sbb geram



Hari kedua
Proses memasukkan albumin
Ditangan kanan
Diperut kiri tercucuk jarum
Utk proses mengeluarkan air yg bertakung
Seksanya  sbb tak boleh bergerak langsung takut jarum tercabut

2 beg air dikeluarkan pada hari ke 2



Hari ke 3
4 beg air berjaya disedut keluar
Ya Allah..mcm tak percaya perut saya dh kempis


Ok siap..kata doc hensem
Hah ..ya ke doc..kata saya sambil tersenyum

Bkn akak yg siap tp dh siap beg ke 3
Katanya sambil gelak2 sambil dok pasang beg ke 4 pulak...

Kalau waris nk hantar makanan atau apa2
Just drop kt guard ni ja
Takleh masuk
Nnt guard akan tolong hantar ke wad

Alhamdulillah hari ni dh boleh discaj
Berita gembira lagi
Keadaan saya dh layak utk buat angiogram
Cuma dok tunggu surat dari spital ja


8 comments:

  1. Ya Allah gerammnya baca part ambik darah tuuu, alhamdulillah dah boleh keluar. Perut dah tak macam pregnant kembar 4. Alhamdulillah. Moga moga akak cepat cepat sihat seperti sediakala. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak! Kuatkan semangat terus akak :)

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Boleh bayangkan saiz perut kak Kamsiah kalau sampai 4 beg air yang disedutnya. Semoga akak terus sihat ye dan doktor dapat jumpa cara terbaik merawat akak. Syafakillah

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH SYUKUR KESIHATAN SEMAKIN BAIK..KAK PERNAH SAKIT DARAH TINGGI AIR BERTAKUNG DLM BADAN MEMBESAR MCM BELONTIKA HAMIL ANAK KE 3...ELAKKAN MKN UBI KAYU N MASIN2

    ReplyDelete
  4. Sabar sahajalah kalau ada yang berkasar atau buat kerja tidak bagus.
    Moga Allah tinggikan darjat Puan Kamsiah atas tempoh masa kesusahan dihadapi. Insaf saya.

    ReplyDelete
  5. Allahu..dapat bayangkan besar perut kak..Alhamdulillah jumpa doktor yg prihatin mcm Dr Adillah..

    semoga dipermudahkan urusan rawatan seterusnya..syafakillah kak..

    ReplyDelete
  6. Lama x ziarah kesini. Boleh tahu kam sakit apa.

    ReplyDelete
  7. Allahu Akbar, air tu bertakung dalam perut, ke kak.. Semoga Kak Kam cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  8. Allahu..semoga yang baik2 aje buat akak ye..macam mak SA perut besar sebab dalam perut ada air CAPD, 4 kali tukar pagi, tghari , petang dan malam

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.