Showing posts with label Kuih Ketayap. Show all posts
Showing posts with label Kuih Ketayap. Show all posts

25 February 2012

Kuih Ketayap


Menu utk minum petang
kuih dadar a.k.a kuih ketayap
senang...ringkas & sedap..

kadang2 yg dibeli
intinya terasa bagaikan hampas
ya..santannya diambil terlebih dulu
hampas digunakan sbg inti..

bila buat sendiri
gunakan kelapa muda
mmg berlemak rasanya

Bahan-bahan (kulit) – 20 biji
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
Bahan-bahan (inti)
250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka/gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
Untuk inti, panaskan air di dalam periuk.
  1. Masukkan gula Melaka /gula merah dan cairkan.
  2. (jika mengunakan gula merah
  3. ianya perlu ditapis terlebih dahulu)
  4. Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan.
  5. Kacau hingga sekata dan kering airnya
  1. Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata.
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  3. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana.
  4. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  5. Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat.
  6. Biar sehingga masak.
  7. Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung.
  8. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.