Lada utk buat solok ni
dibawa oleh my sis dari kelantan
haha..dia siap bawak kelapa 2 biji
utk buat solok lada
dah hampir 2 minggu terperap dlm peti ais
hari ni baru ada mood nak buat
saya tak tau apa nama spesis lada ni
tp amat senang didapati di kelantan
selain dibuat solok
lada ni jugak sedap dibuat jeruk
makan bersama bihun atau mee
membuat solok lada mengunakan lada spesis lain
kurang sesuai a.k.a tak sedap..!!
mula2 belah lada ditengah2
mengunakan hujung mata pisau
kemudian buang biji/empulurnya
basuh dan toskan
bahan utk isinya:
-10 ekor ikan kembung/selayang
-sebiji kelapa-parut
(seeloknya kelapa yg masih muda)
-10 ulas bawang merah
-sedikit halia dan serai
-garam dan gula
-sebiji telur
cara2nya:
-rebus ikan,toskan kemudian asingkan isi dan tulangnya
-tumbuk bawang merah,kelapa dan isi ikan tersebut
-tambahkan sedikit garam dan gula (boleh juga gunakan gula melaka)
-masukkan sebiji telur
gaulkan hingga sebati
masukkan kedalam lada yg telah dibelah tadi
ini rupa sebelum dikukus
utk memasaknya boleh direbus atau kukus
jika merebus
masukkan sedikit santan
ni rupa selepas dikukus
(kalau ada nasi kerabu..best ni..)


Pintu Kayu Durian