Secara peribadinya
saya kurang mengemari tapai pulut
tapai ubi kayu adalah kesukaan saya
Namun saya 'dicop' tokey tapai pulut
kerana 'dipaksa' membuatnya
tiap kali raya/kenduri kendara
utk hasil terbaik
gunakan beras pulut susu
yg ni,ori dari Siam
saya bkn memperkecilkan brg tempatan
tp ada perbezaan dari segi tekstur,warna
berbanding beras tempatan
Siam punya lbh lembut,wangi,putih melepak
dan tiada langsung rasa 'biji2' bila dimakan
oleh kerana anak buah suami saya
bersuamikan kastam
yg bertugas di Padang Besar
tiada masalah utk mendapatkan beras ni
ni ragi...import dari Kelantan
rm1=2 biji
ni rupa ragi yg telah dihancurkan
ni beras pulut yg telah dikukus kali pertama
renjis2kan sedikit air
kemudian kukus lagi
bila dah sejuk
taburkan ragi
sebiji ragi utk 2kg beras pulut
cup ni pun dah naik harganya...
jika mengunakan 'cup'
boleh tahan berbulan2 dalam peti ais
lagi pun mengisinya lbh cepat
berbanding proses membungkus mengunakan daun pisang/getah
versi daun pisang
tunggu 48 jam/2 hari
baru boleh makan...
(utk kenduri rumah
abg ipar sabtu,24 hb ni)
(utk kenduri rumah
abg ipar sabtu,24 hb ni)



Pintu Kayu Durian